♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, July 23, 2010

Aku risaukan aqidahmu teman..

Salam sejahtera. Alhamdulillah. Subhanallah dan segala kepujian dipanjatkan kepadaNYA.

Liputan terkini- kecurian di KC masih berlaku dan berlaku. Semakin pelik dan semakin pelik. Aku difahamkan, tindakan telah diambil terhadap suspek,namun kes masih berleluasa. Salah siapa? Rasanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita menuding jari kepada sesiapa. Tapi sama2lah kita sabahat-sahabatku, sama-samalah kita muhasabah diri kita kembali. Kes yang menggemparkan sehingga kehadiran pihak polis pada hari Rabu yang lepas. Namun selepas itu aku sudah tak tahu apa perkembangannya. Sudah lama aku tidak bersua muka dengan Madam Saayah, Principal KC. Segan pulak bila lama tak jumpa. Kejam jugak aku ni,sampai Madam yang call aku. Aku tak reti-reti lagi nak p jumpa Madam. Asif jiddan Madam, alasannya, sebuk dengan preparation untuk Midterm. Alasan tetap alas an. Walaupun kalo dulu, bila balek kelas, sempat je mencapub kat MO (bukan Modus Operandi,tapi Mahallah Office). Sekarang ni jadi segan + malas pulak. Alohai Husna..

Aku mengakui pelbagai cara dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak Madam sendiri (pihak Madam,bukan pihak UIA ye). Dan kadang-kadang aku kasihan pada Madam. Dengan kudratnya, beliau membantu apa yang beliau mampu. Sesungguhnya wajarlah aku tabik SPRING pada Madam. Baru-baru ini,aku mendapat berita, tidak pasti soheh atau tidak.. 3 buah bilik di masuki pencuri di tingkat 9. Fuiyoo! Paling tiinggi kali ni 'hantu' tu mencuri. Dan kes inilah yang melibatkan polis. Aku juga boleh dikatakan terkena virus 'aku tidak pedulism'
yang menyebabkan aku tidak mengetahui berapa jumlah kerugiaan dan apa sebenarnya yang terjadi. Sebagai pengajaran, kita tidak wajar mempunyai sikap 'aku tidak pedulism' kerana ia sangat membahayakan. Tapi aku masih mempunyai sebab kenapa aku bertindak begitu. (sebab atau alasan?) Namun aku tetap mengakui kekhilafan aku dan syndrome yang aku ada insya allah bakal aku ubah. Insya allah

. KITA PEDULISM! Kan?

Kalau kita seorang yang pedulism, bagaimana skop pandangan kita terhadap kes yang sedang berlaku? Aku risau setiap kali aku terdengar ayat seperti:-

"Nasib baik pencuri tu tak masok bilek kite kak. Kite mmg tampal ayat kursi depan pintu. "

"Haa,tu lah,bilek diorang tu ayat Quran yang Madam suro tampal mana ade diorang tampal. Sebab tu la pencuri masok."

"eh, bilek akak tak tampal ke kertas yang madam bagi tu? Bahaya tu kak.."

Sekali dengar, mmg tak de apa yang nak dirisaukan. Tapi hakikatnya, telinga ni terasa panas sangat bila dengar teman-temanku menuturkan bicara sedemikian. Bukan aku mengaku aqidahku mantap, pegnaganku kukuh. Tapi aku Cuma risau sekiranya kata-katamu dijadikan peluang oleh syaitan untuk meyesatkan manusia. Aku risau Syaitan menganggap ia satu lubang untuk kejayaan besar memesongkan kita. Aku jua risau engkau akhirnya termakan dengan kata-katamu sendiri. Aku risau teman. Aku risau akan aqidahmu. Aku risau akan aqidah kita bersama. Sesungguhnya, seperti yang kita sedia maklum, aqidah adalah akar, tonggak, pegangan seseorang. Jika rosak aqidah, bagaimana? Benar,aku semakin risau.

Tidak salah usahamu menampal kertas, menampal ayat Quran didinding. Di pintu atau di mana sahaja selagi kesucian ayat mulia itu terjaga. Namun, ingatlah, sedarlah dan ketahuilah, bukan ayat-ayat itu yang melindungi mu. Hakikatnya, Dialah yang SATU dan yang MAHA MELINDUNGI. Bergantunglah kepadaNya. Mengharaplah padaNYA. Mintalah perlidungan dariNYA. Ayat-ayat mulia itu medium kita,teman.. Ingatlah, dengan ayat, tanpa keyakinan, ayat itu tiada apa-apa kesan keatas makhluk. Dan hanya Allah yang MAHA KUASA member kesan seperti yang Dia mahu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada sekelian MAKHLUK CIPTAANNYA.

Mungkin aku bukanlah manusia yang selayaknya bercakap soal aqidah mu teman. Kerana mungkin aqidahku tidak semantap Rasulullah. Aqidah ku tidak sehebat Al-Siddiq. Tapi aku menyuarakan rasa risau dan PEDULISM aku terhadapmu temanku. Aku saudara seAGAMAmu, maka wajarlah aku berpesan-pesan dengan kebaekan. Tuhan, aku menyayangi saudara seAGAMAku, lindungilah kami dan selesaikanlah segala kesulitan dan musibah yang melanda Mahallah kami. Jadikanlah Mahallah kami harmoni. Seperti harmoninya taman-taman syurga. Yakni harmoni dengan keadaannya dan harmoni kerana penghuninya. Ya Ghaffar, ampunilah kami sekiranya kami pernah mahupun hampir mahupun seakan-akan terpesong dan hilang pergantungan kepadamu. Hinalah aku sekiranya Kau tidak mengampunkan segala dosaku. Tuhan, aku merindui suasana yang harmoni. Seharmoni taman Syurga.

Semoga Allah mendengar rintihanku dan mengangkat beban yang ditanggung oleh Madam Saayah dan beban yang di tanggung oleh mangsa2 yang ditimpa musibah. Sesungguhnya teman, aku peduli akanmu. Tetapi beberapa kekangan membuatkanku seperti 'tidak kelihatan' lagi, walaupun untuk mengalunkan bacaan MANZIL. Ampunkan aku diatas ketidakistiqamahanku. Ampunkan aku diatas ketidakseriusanku mengambil berat perihalmu teman-temanku, bakal penghuni Syurga. Ameen.

p/s: tadi, setelah kami bertiga usai menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau, dalam perjalanan pulang, (lebih kurang pukul 6Pagi.) kami ternampak satu beg pikul berada di atas tangga. Kedudukannya sangat pelik. Lalu dengan perasaan takut, kami menghampiri. Lantas, rasa cuak nak bukak beg tu. Risau jugak. Hanya Allah tempat pergantungan. (bayangkan suasana suram dan tade orang). Lalu, kami beranikan diri bukak beg pikul (beg tawe adik2), Allah! Banyaknya….. BEG-BEG lain dalam tu! Lalu aku teringat ayat Madam Saayah,

"diorang curi, pastu diorang pulangkan balik beg tu kat tangga-tangga. Banyak dah student kita jumpa."

Tetiba meremanglah kami bertiga. Saling berpandangan. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar beg yang misteri itu ke PONDOK GUARD. Lalu turunlah kami bertiga dengan berpakaian telekung smayang. Nescaya orang lari bila tengok. Guard pun dah alah bias tegal biasa dah dengan keadaan canni. Seterusnya…. Tak sempat nak g update dengan GUARD apa yang terjadi. Insya allah. Petang ni nak g usya. Akhirnya, aku sendiri bersama Nadiah Hassan dan Farah Adlina melihat bukti seperti yang sering dikatakan. Aku sendiri merasai kepelikan dan keanehan yang berlaku. Namun, segalanya dalam Ilmullah. Dia MAHA MENGETAHUI. Barangkali Dia sedang menguji aku dan kita serta kamu jua. Jangan berlepas tangan, Ini tanggungjawab kita. Bakal dipersoalkan jua. Bersama membasmi jenayah.

Kita cakna, kita terjaga!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.