♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, July 20, 2010

Menyemai rasa kasih yang istimewa



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sekali lagi kita mampu bertemu. Menatap lembaran maya yang sentiasa setia memberikan manfaat kepada kita semua. Subhanallah. Subhanallah Allah yang senantiasa merahmati kalian yang membaca jua penulis yang serba kekurangan.


Soalan pokok yang ingin di tanya. Apakah yang akan menyebabkan anda sayangkan seseorang?


Takpe. Biar ana yang teka. Mungkin ada yang tak pernah menyayangi sesiapa. Mungkin la.


Secara pemerhatian peribadi, antara factor yang boleh menyebabkan kita menyayangi seseorang (tak kira jantina atau apa saja. Sayang tak bermaksud cinta atau gila) ialah:



  • Sentiasa bersama

  • Saling memahami

  • Saling percaya

  • Memberi manfaat

  • Saling melindungi.

Itu yang ana mampu senaraikan. Selebihnya anda senaraikan sendiri. Ana bukan HM Tuah Iskandar nak jadi terror sangat.


Okeyh, dengan factor yang ada, dari situ ana nak kaitkan. Bagaimana kita nak timbulkan perasaan sayang kita kepada ALQURAN adalah sama seperti mana factor yang menyebabkan timbulnya perasaan semasa manusia. Tak paham? Takpe. Teruskan pembacaan.


Bagaimana kita nak sayang Quran? Ramai yang tertanya-tanya. Jadi, sebagai guidelines, ana cadangkan beberapa step yang boleh dikongsikan bersama.



  1. Sentiasa bersama – Jadikan Al-Quran teman setia anda. Kemana saja anda pergi. Kemana saja anda berada, bawaklah Quran ke mana-mana. Bayangkan Al0Quran itu adalah kawan anda, sudah tentu setiap kali anda bersama kawan anda, ia akan menimbulkan perasaan kasih sayang. Tapi wajib ingat, jangan bawak je, mesti baca jugak! Bawak je tak de kesan. Analoginya, anda bersama kawan anda berjalan-jalan bersama. Namun tanpa sepatah perkataan pun. Sudah tentu ikatan hati takkan wujud jugak,betolkan? Oleh itu,selalulah bersama Al-Quran. Bacalah Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran teman setia anda. Dan berkasih sayanglah dengan Al-Quran.

  2. Saling memahami – Apabila dibawa kemana-mana, dibaca dan dibaca, ia tetap tidak memberi kesan yang hebat seandainya anda tidak memahami Al-Quran. Sekiranya anda tidak memahami kalam Allah itu. Seperti juga manusia, sekiranya anda selalu berbual-bual, selalu bersama, namun anda tiada persefahaman. Nescaya anda tak boleh bersama,asyik rasa nak marah je. Tak percaya? Cuba anda duduk bersebelahan dengan orang yang tak sama pendapat dengan anda, mesti tak lenang duduk punya. Confirm lah! Oleh yang demikian, fahamilah Al-Quran. Kandungannya cukup indah dan sempurna untuk difahami. Fahamilah segala suruhan dan larangan yang tercatat dalam Kitabullah.

  3. Saling percaya – meskipun anda memahami Al-Quran,membacanya selau an membawanya kemana-mana,anda tetap tak bahagia sekiranya perasaan percaya padanya tidak wujud atau lemah. Maka, wajib kita percaya kepada semua isi kandungan Al-Quran. Analoginya sama, sekiranya anda dan kawan anda tidak saling mempercayai, tentu susah dan sakit hati kan? Of course! Ana yakin lah! Kadang-kadang, bila kit abaca Quran, kita faham Quran, tapi kita lupa untuk percaya dengan semua janji Tuhan yang terkandung dalam Quran. Syahdu! Bayangkan anda mempunyai sahabat dan sahabat anda tidak pernah mempercayai anda, sedih kan? Begitu juga kita dengan Al-Quran. Yakin dan percayalah sepenuh hati dengan Al-Quran. Tiada yang dusta,tiada yang salah dari Al-Quran. Ia Kitab yang sempurna,turunnya dari Sang Pencipta Yang Maha Sempurna!

  4. Memberi manfaat – Bila kita berkawan, perasaan kasih sayang akan lebih kuat sekiranya kita mendapat manfaat dari kawan-kawan kita. Betol tak? Mesti la betol. Sekiranya ana berkawan dengan Nadiah, beliau dapat ajar ana subjek Bio dan Kimia tanpa perlu ana membaca. Bila balik bilik lepas meeting, duduk depan beliau dan beliau akan terangkan semuanya dari A-Z. Bermanfaat! Senang kerja ana. Sama jua dengan Al-Quran. Anda wajib menjadikan Al-Quran teman anda dan sudah tentu Al-Quran sangat bermanfaat kepada anda. Gunakanlah ayat-ayat Al-Quran sebagai penguat semangat anda. Gunalah Ayat Allah untuk peringatan kepada kawan-kawan anda. Manfaatkanlah Ayat Allah. Manfaatkan lah pesanan dan wahyu dari Tuhan Besar pahalanya.

  5. Saling melindungi – Ana yakin kita sangat perlukan kawan yang melindungi,betol tak? Contoh mudah, ana mempunyai Farah Adlina yang sentiasa melindungi ana. Setiap kali ana mendapat kerja yang tidak sepatutnya, beliau bakal mebela ana. Beliau bakal menuntut keadilan untuk anda. Maka, dengan adanya scene sebegini, perasaan kasih sayang tentu timbul. Sama seperti Al-Quran. Lindungilah Al-Quran dari sebarang penghinaan. Lindungilah Al-Quran dari sebarang anasir kufur dan kejam. Lindungilah! Seperti mana anda selalu menggunakan Ayat Quran untuk melindungi anda,anda jua wajib menjaga kesuciaan Al-Quran. Jagalah martabat Al-Quran. Letak di tempat yang sepatutnya. Dan melindungi dari sebarang penyalahgunaan. Insya Allah, anda akan sayangkah Al-Quran.

Rasanya ana dah cukup untuk member beberapa point sahaja. Mengikut pendapat ana sendiri secara peribadi dan individu. Kalau kita sayangkan Quran, jagalah hak kita kepadanya. Semailah rasa sayang dan kasih kita kepada Al-Quran. Usah pertikai kenapa kita tak mampu nak baca sejuzuk sehari, seandainya kita memang tak sayangkan Al-Quran. Sayangilah Quran. Ia kalam Tuhan. Penuh hikmah disebaliknya. Penuh pedoman dan peringatan darinya. Membacanya mendapat pahala berlipat ganda,apatah lagi mengamalkannya. Jangan main2 dengan Al-Quran. Jika kita sering mendengar bahawa sahabat sejati akan bertemu di Syurga kelak. Sama Seperti Al-Quran. Jika kita sayangkan Al Quran. Kita menjaga Al-Quran. Insya Allah, kita bakal mendapat syafaat dari Al-Quran. Haa.. Jangan main2 ya. Al Quran ni kalam Allah. Mukjizat dari Allah. Tanpa sebarang kesangsian, percayalah dengan Al-Quran dan martabatkanlah AlQuran dalam hati anda sebelum anda martabatkannya di dalam peribadi dan persekitaran anda. Sayangilah Al-Quran. Al Quran tidak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan Al-Quran.


Salam sayangkan Quran. Sayang menjaga Quran. Sayang mengulang Quran. Salam mentadabburkan Quran.


Salam Praktikal~


*~*


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.