♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, July 19, 2010

Allah knows best.. *_*-gagal pulang ke Kampung


ALLAH KNOWS BEST


Allah knows what's best for us,so why should we complain,


We always want the sunshine,But He knows there must be rain.


We always want laughter, and the merriment of cheer,but our heart will


lose their tenderness,If we never shed a tear.


Allah tests us often, with suffering and with sorrow,He tests us not


to punish us, But to help us meet tomorrow.For growing trees are


strengthened if they can withstand the storm,and the sharpness of


the chisel gave the marble its grace and form.


Allah test us often and for every pain He gives us,provided we are


patient, Is followed by rich gain


So whenever we feel that everything is going wrong,It is just Allah's


way to make our spirit strong.


-P/S= yaa. Allah knows best. So that's why the date for induction jatuh pada 1hb Ogos. Dan aku terpaksa menunda tarikh balek ke Kelantan. Laenlah klo Siddqi, Si President membenarkan aku tetap pulang, namun ianya seolah mustahil. Jika beliau benarkan, belum tentu yang laen benarkan. Ya Allah,jika ini yang terbaek untuk aku, jagalah hatiku dari mengeluh dan berduka. Jagalah hatiku dari bermuran durja. Supaya aku tabah dan tidak mudah mengalah. Ohh.. Yang Maha Pencipta..


Ibu: Jadi ke kakna balek ni?


Husna: ibu.. tak jadi balek.. ade keje minggu tu..


Ibu: ye? Ibu beli dah tiket tu. Takpo la ibu g jual balek lah tiket tu..


Husna: Ye ke. Sian plak. Ibu,nak balek sangat. Tok suko la gini. Sedih la..


Ibu: biarlah kakna. Buat siap la blako kijo kakna pahtu balek la. Minta doa dengan Allah supaya hati kakna suko buat keje. Biar hati kakna ikhlas keje untuk agama. Kakna buleh eh. Jangan dok piker sedih. Nak nangis la.. Bu dok dumah ni lagi sedih klo kakna dok susah hati. DOh kakna pilih jalan tu gak,kakna kena buat betol2 la. Buat sehabis baek la..Kakna bukan calang2 orang ALLAH pilih. Allah suko kakna buat keje tu,sebab tu lamo doh kakna tok saket. Ibu lega sangat.. Bu doa kakna suko dengan keje kakna. Kakna gembira dengan jalan hok kakna pilih..


Ibu.. Bertuahnya aku memiliki ibu sepertimu. Menyokong semua gerak kerjaku. Memberi semangat dalam apajua keadaanku. Meskipun keadaan itu langsung tidak menyebelahimu. Aku tahu kau mahu aku pulang. Aku tahu kau sunyi tanpa anak-anak di rumah. Aku tahu kau menghitung hariku pulang. Namun ibu, kau meredhoi perjuanganku. Lantas kau membenarkan aku disini malah meninggalkan aku dengan semangat yang berjuta hikmahnya. Ibu, andai dapat ku tatap wajahmu, nescaya hilanglah rindu yang bersarang di hati. Andai dapat ku mencium tanganmu, nescaya hilanglah segala gusar di kalbuku. Terima kaseh ibu atas sokongan dan semangat yang kau beri. Kau ibu terbaek. Kau memahamiku, memahami jalan yang aku pilih. Bertuahnya aku…..


Ibu, nanti klo dapat pulang,akanku bercuti 4,5 hari. Membalas dendam. Dan member peluang melepaskan rindu buatku. Ibu, syahdu nasihatmu. Syahdu hatiku. Semakin masam aku mendepani hari yang mendatang. Tuhan,ubatkanlah hatiku. Tuhan, ubatkanlah rinduku. Tuhan, hadirkanlah ibuku ke dalam mimpiku. Tuhan, kembalikan semangatku. Tuhan, lindungilah ibuku. Tuhan,aku tinggalkan ibuku di bawah jagaanMU kerana tiada kuasa yang lebih hebat melainkanMU. Terima kaseh Tuhan. Semakin aku yakin,jalan ini jalan kebenaran..





Terima kaseh BU!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.