♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 17, 2010

Ini benar-benar dugaan..

Ya Allah..

Aku mohon padaMu, jangan biarkan perasaan ini mengganggu gerak kerjaku. Aku mohon Tuhan, jangan sampai ia menjejaskan emosi dan perasaanku. Sekuatmanapun aku cuba untuk 'stay well', namun aku tetap mempunyai fitrah manusia biasa..


 

Oh, Tuhan. Beratnya rasa hati. Menanggung perasaan ini. Sebak hati setiap kali terkenangkan segala memori. Semakin hari terasa kaki semakin berat melangkah. Bukan takut. Bukan gentar. Bukan futur. Tetapi rindu. Terasa jiwa semakin menjauh. Perasaan ini tidak pernah aku pinta. Namun ia sentiasa hadir tanpa jemu. Dan semakin hari ia semakin menggugat iman dihati. Bagaimana Tuhan untukku menghadapi hari-hari nanti.. Bagaimana untuk aku gagah meniti segala mehnah dan tribulasi. TanpaMu dan kasih syaangMu sudah tentu aku rebah di tengah jalan suci ini. Tuhan, fitrahku seperti manusia lain. Inginkan kasih sayang dan mahukannya disisi. Tapi apakan daya keadaan nampaknya tak mengizinkanku pergi.

Pintaku Tuhan, aku tidak menolak fitrah dan perasaan yang hadir ini. Aku mengerti ia kurnian Ilahi. Malah aku mahu merasai dikasihi. Tapi Tuhan.. Kuatkan aku untuk menempuh beberapa minggu lagi. Kuatkan aku untuk menjalankan taklifan seperti biasa. Sebelumku melangkahkan kaki pulang ke kampung halaman dan berrtemu si ayah bonda yang menungguku pulang.

Oooh… Aku ingin pulang…. Aku ingin berada disisi mereka, merasai kehangatan kasih sayang mereka. Merasai keenakan masakan mereka. Merasai lembutnya usapan mereka. Merasai syahdunya bicara dan nasihat mereka. Merasai indahnya setiap detik bersama mereka. Keluarga bahagia.. Idamanku hingga ke SYURGA..

Ikhlas dari hati dan jiwa.. Ibu.. ba.. dan keluarga tercinta..

Aku ingin pulang…


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

11 comments:

abi naim said...

dekna, balik la.. sedih abe tengok. kelik la. abe bayar tiket

caliph said...

ore suruh doh die kelik,die hok tokleh kelik. banyak kijo sangat. dik,take time la balek dumoh dulu. ore dumoh sume rindu ko adek. dale sejarah adek lame tok balik. nok make eskrem skali. maghi la kelik

nurulhusna said...

saje je buat dekna koho sedih. benci la gini.. dekna tok leh kelik lagi. minggu depan exam dua paper. jange la oyak gitu.sedih la..

hidayah2 said...

kak husna, homesick snagat nampaknya. wajib balik dah ni.

nurulhusna said...

hidayah- klo buleh balek nak sangat balek..

abi naim said...

balik la dik. bu pun nak adik balik.

caliph said...

doh sampai ganggu gerak kerja tu baik la demo kelik.

nurulhusna said...

hem.. insya allah..29hb nanti.. janji belanja makan best2 ye. saje balik time orang buleh gaji. hehe

caliph said...

makan no hal lah_ restoran kahfi ye. ikan siakap dan tomyam kegemaranmu pasti..

caliph said...

babai. nok balik pc doh ni. kelik deh.
takdi bu baco blog ni. bu senyum jah. jago2 sket dik..

nurulhusna said...

holah2.. jangan risau.. i still remember ur advice..
kelik pc doh ko? hem. takpo lah..
kahfi? tomyam? beres. teros diatur pak!!
jangan lupe telur bistik...
*_*
everything for me keyh??

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.