♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, July 16, 2010

Bakal imamku...


Syabab harapan agama,
Ana sedih melihat kalian.Di mana syabab yang boleh diharap untuk menjaga kami kaum Hawa yang lemah? Baru-baru ini ana terbaca surat khabar, seorang lelaki merogol teman wanitanya di hadapan ibunya sendiri. Ana beristigfar panjang tika membaca berita ini. Lelaki hari ini hanya seperti binatang yang bertopengkan manusia. Sunggu jijik!. Sedih hati ini, masih ada lagikah lelaki yang boleh diharap pada hari ini? Syabab harapan agama, turut menjadi harapan ana, kerana syabab harapan agama juga adalah bakal imam buat diriku dan buat fatayat sekalian. Ana bermonolog sendirian, pernah ana nyatakan untuk tidak berkahwin, kerana perkahwinan bukan suatu yang mudah. Tambah pula apabila mengenangkan syabab hari ini sudah tidak berkualiti, sesungguhnya ku merindui syabab keluaran Madrasah Nabi… Tapi…perkahwinan kan satu sunnah, hmm…ana serahkan segala-Nya pada Allah, jika ada jodoh ada la. Ana pun tak pasti siapakah bakal imamku? Pengharapan kita pada Allah jadi serahkan segala-galanya pada-Nya.

Buat bakal imamku, Aku tak pasti dan tak tahu siapakah bakal imam yang akan mengemudi masjid yang bakalku bina suatu hari nanti. Namun,hanya satu harapan ana, ana mengharapkan Allah menghadirkan ana seorang syabab yang mampu membimbing diri ke jalan yang diredhai-NYA. Buat bakal imamku, ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik rupa parasnya, yang lembut tuturnya, ku hanya insan biasa yang terkadang melakukan salah dan silap, jangalah mengharapkan kesempurnaan dari diri yang hina ini.

Aku inginkan seorang suami yang mampu menjadi imam tika ku ingin solat, yang mampu bersamaku dalam perjuangan ini. Sedarlah bakal imamku, telahku pasakkan cintaku buat perjuangan Islam. Sedarlah bahawa bakal isterimu ini telah menginfakkan dirinya untuk perjuangan Islam kerana syahid impiannya. Jadilah dikau bakal imamku, yang sentiasa membenarkan setiap derap langkahku untuk perjuangan jihad ini.

Buat bakal imamku, Cita-citaku adalah untuk mati syahid sebagai mujahidah yang memperjuangkan Islam. Sanggupkah engkau bersamaku dalam perjuangan ini. Aku tak mahu bakal imamku tidak menyibukkan dirinya untuk memikirkan masalah ummah. Tak sanggup rasanya aku melihat bakal imamku hanya bersenang di rumah sedangkan ummahnya sedang menderita. Buat bakal imamku, jika kau mengahwiniku, maka kau juga perlu berkahwin dengan perjuangan jihad ini. Ya Allah Kau kurniakanlah aku seorang suami yang turut berjuang bersama untuk menegakkan syiar ISLAM. ALLAHUAKBAR!
copied from:
Serikandi Umar

p/s: i wonder.. penulisan ini dari pelajar yang bakal menghadapi SPM tahun ini. Hamba yang dah 3tahun melepasi SPM pun belom tentu mampu merungkai impian sebegini. Tapi bila tatkala membaca post ini, terasa benarlah butir bicaranya. Benarlah impiannya impian seluruh muslimat. Benarlah katanya, harapannya harapan kami si fatayat. Dan setiap kali terfikir akan benda2 sebegini, hamba sering menepisnya dengan ego dan iman di hati. RUpanya Serikandi Umar ini lebih awal memikirkannya.. Dan impiannya besar, besar lagi impianku.. Tapi keadaan sekarang mmg lebih banyak taklifat yang perlu diselesaikan. Yang perlu pengorbanan yang tinggi. Perlu perhatian yang bukan mudah. Jadi wajarlah hamba mengaulakan apa yang lebih aula. Apa yang lebih perlukan perhatian di kala waktu ini. Tahniah srikandi umar. Semoga enti dapat menggapai impian enti. Dan mungkin impian semua muslimat.. Ameen.. Semoga allah redho..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

salam.
bila sy baca, saya rasa ini bukan kak husna yang tulis. dan saya betul. tapi best la blog srikandi umar tu. dan blog kak husna lagi best.
MRC KC

Anonymous said...

terkejut ana...ingat dah ada calon.....

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.