♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, July 30, 2010

Bakalku jejaki lagi..




masjid yang aku rindu. Punya banyak kenangan padanya.

Bismillah. Alhamdulillah. Hujung minggu kali ni dapat memberi masa untuk diri sendiri. Sepatutnya dijadualkan pulang ke kampung halaman dan bertemu si dia berkot putih, namun kerana INDUCTION MEDCY yang jua dijadualkan pada 1 Ogos 2010. Last2 sume tak jadi. Rupanya ada hikmah yang tersembunyi.


Memberi sedikit masa untuk diri sendiri tak bererti berehat. Tapi bererti mengisi kembali 'minyak' dan semangat diri. Bukan senang untuk terus thabat pada jalan dakwah dan sebagai seorang pelajar ni. Kena pandai maintain semangat agar tak futhur dan tak tenggelam timbul. Betol tak? Jadi bagi sesiapa yang marah bila aku kata aku nak bagi masa untuk diri sendiri, tolong la jangan marah. Hak pada diri sendiri juga perlu ditunaikan, betol kan? Bayangkan, setiap malam kalau kita study dari pukol 9 hingga pukol 12 malam. Every night kita buat cantu. Cukop 2minggu, (tah2 tak sampai), tergolek bawah meja boleh jadi. Kena smart. Baru consistent dan istiqamah. Kan? Ini pendapat dan pendapat takpernah salah. Ting!


Sudah hampir 2tahun aku meninggalkan bumi barakah DARUL QURAN. Menangis rasanya tatkala memikirkan kaki yang penuh dengan lumpur bakal memijak bumi yang barakah itu. Ting! Ting!


Dulu,


Disitu aku berjanji pada diri, mahu menunaikan ketaatan maksima yang abadi buat bekalan negeri ukhrawi. Aku berjanji pada diri, mahu menjadi diri sendiri. Mahu istiqamah sampai mati. Kini, aku melihat kembali diri. Banyak perubahan rupanya tanpa aku sedari. Aku kembali menghisab peribadi, ada sesuatu yang aku ingkari. Aku menghitung segala akhlak diri. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Belum lagi aku merenung hati ini, agaknya penuh dengan dosa mengotori. Masya Allah. Adakah aku telah lupa pada diri sendiri?


Lupakah aku pada sebuah janji? Janji dengan Ilahi. Di masjid yang aku rasa auranya dihati. Aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa. Dari masjid itu aku mendapat 'TAQWA' dan bercita-cita menggapainya. Dari masjid itu, aku bermonolog dalaman dengan Al-Quran dan berjanji 'memegang'nya. Dari masjid itu, aku mula mengenal diri dan mula memberi syarat pada hati. Hati ini perlu diberi peraturan agar hati ini tahu bahawa pemiliknya adalah Ilahi. Yang Maha membolak-balikkan hati. Aku bukan Sumayyah, aku bukan Siti Khadijah Khuwailid, aku bukan Siti Aisyah, aku bukan Ainul Mardhiah, tapi aku Cuma cita-cita untuk menjejak jalan mereka. Ya, itu janjiku. Janjiku pada diri sendiri bersaksikan Sang Pencipta yang Maha Agung dan Suci.



Sebenarnya, since aku tinggalkan DQ, dah dua kali selepas itu aku menjejak kaki ke sana. Pertama sewaktu konvo, waktu tu, sepupuku, Baihaqi Hatta masih di DQ, GEN10. Tapi waktu konvo, sibuk sangat. Dengan keluarga yang datang, dengan majlis konvo tu lagi. Memang tak sempat aku menjejak ke sana. Rugi sangat rasanya. Kali kedua pula, waktu short sem hari tu. Kesana dengan jemputan dari ustazahku. Mursyidahku. Jua tak sempat nak menjejak masjid, dek kerana mengejar waktu dan meluangkan banyak waktu bersama adik-adik di auditorium Sheikh Mohamad Noor. Kali ni, aku harap segalanya berjalan seperti yang aku impikan. Aku mahu bermunajat di situ. Kembali merenung tasik yang tenang, yang membuatkan hatiku yang kadang-kadang berkocak menjadi tenang memandangnya. Aku mahu mendaki tangga yang tinggi ke masjid. Walaupun tinggi(selalu juga merungut waktu kat DQ, tangga tinggi sangat ), tapi kini perasaan itu menjadi rindu. Melihat basikal-basikal banin bertebaran. Dan saujana mata memandang melihat banin berjubah, banat berjubah. Sempurna! Maha suci Allah!! (bukan tak jaga pandangan ye)

Ramai sahabiahku bakal ke sana. Dan dah ada yang berada di sana. Semoga kita sama-sama menjejak diri kita yang semakin pudar sirna cahayanya. Menggilap kembali mutiara yang mungkin tenggelam sedikit berbanding dahulu. Menyapu debu yang menutupi kilauan berlian iman. Insya Allah. Menjejak diri. Mencari diri. Menggamit memori. Apa sahaja, aku doakan ianya tercapai teman.

Pstt.. Aku ada satu angan-angan di Masjid di DQ. Dan aku harap ianya bakal menjadi kenyataan. Aku berhasrat melangsungkan akad nikah di Masjid itu. Angan-angan yang aku mahu ia menjadi kenyataan. Tak salah,walaupun belum ada apa-apa, tapi aku punya cita. Mahu menamatkan zaman bujang di situ. Mahu menjadi seorang isteri di masjid itu. Kerana ia terlalu banyak kenangan. Yang menjadikan aku seperti aku pada hari ini. Pergh* Doakan aku mencapai cita-citaku. melangsungkan akad nikah di Masjid yang penuh barakah itu. Ameen. Jika diizinkan Allah, makbulkanlah permintaanku. Insya Allah. Insya Allah. Insya Allah. Angan-anganku adalah hak milik penuhku, OK!

Dedikasi buat Masjid DQ,

Wahai rumah Allah,
masihkah kau ingat telapak kaki ini?
Telapak kaki yang dulu tidak jemu mendaki tangga-tangga tinggimu?
Tapak kaki yang tidak jemu memarking selipar di berandamu?
Tapak kaki yang memijakmu dengan harapan mendapat maghfirah dariNYA?
Wahai masjid yang indah dengan alunan Al- Quran,
Ingatkah kau lagi akan suaraku?
Suara yang dulu tanpa jemu mengulang kalimah Tuhan?
Ingatkah kau lagi suara ini yang meratap dan meminta kepada Tuhan.
Ingatkah lagi akan suara yang mengangkat takbir seiring imam?
Kenalkah kau lagi suara yang seawal pagi hingga lewat malam memanjat doa di dalam perutmu?
Wahai masjid yang aku rindu dari dulu,
Kenalkan kau lagi akan dahiku ini?
Yang sujud dan sujud kepadamu?
Yang mencari diri ketika berhadapan Tuhan.
Ingatkah kau lagi titisan air mataku tatkala aku merintih dan bermanja denganmu?
Setahun sudah aku meninggalkan segala rutinku.
Aku tidak mempu menjejak masjid sejak aku di sini.
Aku tidak mampu meluangkan masa di msjid seperti dulu kerana pelbagai taklifan disini.
Namun jiwaku tetap ada padamu.
Hatiku tetap terikat padamu.
Buktinya setiap kali aku ingn beruzlah denganmu,
Pasti rumah Allah seangkatan dengamu menjadi pilihanku.
Namun tak mampu menandingi aura yang ada padamu.
Aura yang selama setahun aku hidup didalamnya.
Wahai rumah Allah di DQ,
Esok bakal aku pergi kepadamu.
Tunggu kedatanganku. Tunggu sujudku. Tunggu alunan Quran dariku.
Sesungguhnya aku merinduimu lebih dari yang kau tahu meski kau tak pernah tahu.
Allah, berilah aku peluang berafakkur di dalam rumahMU. Berilah aku peluang mencari diri dan hati. Menggilap iman yang perisai diri. Menyapu debu yang ada pada hati.
Ampunkan aku.
DQ, aku bakal kembali. Aku bakal kembali. Tunggulah aku.
PS: At the same time, I want to greet my brother with ALFU TAHNIAH. ALFU BARAKAH. Atas kenaikan pangkatnya, sebagai Assistant Manager di sebuah kilang Jepun di Johor Bharu. Tahniah Abang Ki. (Abi Naim). Rezekimu melimpah ruah. Aku cemburu denganmu Abang. Teruskan menjaga hubunganmu dengan Tuhan. Di situ ada berkat yang tak terhitung banyaknya. Harap-harap lepas ni Abang jadi manager, boleh adinda tumpang ke Jepun sekali,teringin jugak melawat Negara Matahari terbit tu. (Bini dia pun dia tak pernah bwak,apatah lagi aku..). Apapun, Abang memang terbaeek la aBang!
Satu lagi, mak aku dah pandai YM dah sekarang. Sebelum ni facebook. Sekarang YM. Siap web cam lagi. Cayalah Bu! Terubat rinduku pada keluarga. Sapa kata YM dan Facebook tak ada manfaat? Ting! Ting! Ting!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

12 comments:

amira adila said...

jiwang habis kak.. mi doakan kak berjaya bergelar isteri di masjid dq tu. impian akak tu murni. insya allah makbul. mi doakan kak. lagi stu, ada masa bawak mi g situ yerk. teringin, baca post akak best cangat. hiii

husnataqwa said...

insya allah.. ada masa kita pergi same ye. senang je nak p.mmg best pn kat situ.
pergh* pasal impian tu jugak yang die nak komen. lambat lagi tu mi.. tade ape2 lagi..

Anonymous said...

sebab pasal impian tu mmg menarik :)

Anonymous said...

p esok ka? kirim salam kat tasik DQ ya.

husnataqwa said...

menarik? harap2 dimakbulkan allah. harap2 menarik jua disisi Allah. Ting!

boleh eh kim salam kat tasik? kim slam la kat ustaz tasmi ke.

Anonymous said...

wah husna. dah ada impian nampak, tak lama la tu. ngee~
apapun, kite doakan yang terbaik buat awk yea.
tringin jugak nak p dq. takde rezeki lagi setakat ni. suami kite pun dah berapa kali janji nak bawak. tapi tak tertunai. :(

husnataqwa said...

ha? suami? siapakah anda?

la,sumo ade impian kan. saya pun semai impian. entah bagaimana nasib di kemudian hari. muga2 baek natijahnya. hehe.

Anonymous said...

maisarah.. kak maisarah..

awak anak murid ustaz wan kan?
bes baca blog awak ni.
w/apapun, akak doakan natijah yang baik sangat2 untuk awak.
dulu, akak pun ada impian nak kawin kat masjid tu. yelah, jadi pelajar dq, mmg jatuh cinta dgn masjid tu. tapi tak tercapai sebab keluarga tak setuju,jauh sangat dari rumah. :(
akak doakan impian awak tercapai. moga ada barakahnya yea. :)

insya allah dik, teruskan penulisan yea. sampaikan salam buat ustaz wan.

husnataqwa said...

insya allah kak maisarah..
saya pun harap natijah yg terbaek.
tapi mahukan natijah yang terbaek segalanya perlu bermula dari hari ini. sebab tu sya bina impian. Ting! *~*

syukran atas doa dan sokongannya kak.
insya allah, ada plan jumpa ustaz wan esok. moga dibri kelapangan hendaknya. ameen. barakallahufik

Anonymous said...

wah wah budak kecik.
hebat merancang nampak.
moga hebat pelaksanaannya.(ayat familiar kau)

Anonymous said...

ting!!..hehe..nice post la husna..teringin sgt nk pegi Dq..tp 2 la at da same time ad program kat cni....

-bella-

husnataqwa said...

ting! DQ menggamit anda la..
laen kali kena p jugak ye.
sian DQ.
ting!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.