♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 29, 2010

Gerak kerja Muslimin dan Muslimat

Sebenarnya masih ramai lagi 'amilin Islam yang mensyadidkan kerjasama diantara muslimin dan muslimat dengan sebab yang tidak munasabah. Alhamdulillah ianya tidak berlaku didalam organisasi pelaksana yang sayabina bersama kawan-kawan. Bahkan ada seorang daripada ahli muslimat pasukan kami yang melontarkan pandangan bahawa kita perlu bekerjasama dengan profesional. Saya begitu teruja dengan pandangan beliau kerana beliau adalah seorang yang sangat menjaga batasan didalam pergaulan. Tetapi dalam masa yang sama beliau sangat profesional didalam berurusan dengan individu berlainan jantina ( untuk urusan kerja ). Bagaimanakah beliau boleh mengutarakan kata-kata itu?. Semestinya beliau menjaga batasan selama ini bukan hanya kerana taklid buta tampa ilmu. Beliau menjaga batasan pergaulan dengan hujjah syariah dan beliau profesional didalam berkerjasama dengan berlainan jantina juga dengan hujjah syariah. Firman Allah Taala :


 

(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

( Surah Az-Zumar – 39 :9 )


 

Sesunggunya ramai dikalangan 'amilin muslimin dan muslimat yang masih mensyadidkan batasan berurusan diantara mereka. Saya sebenarnya begitu menghormati prinsip-prinsip sahabat-sahabat saya walaupun mereka ditohmahkan dengan gelaran 'thiqoh' dan 'syadid'. Bagi saya jika mereka mahu syadid, itu adalah hak mereka. Kita sebaggai sahabat perlu menyokong prinsip-prinsip mereka itu. Kadang-kadang kita terdengar sahabat-sahabat 'amilin kita mengeluh… " aku tak boleh buat kerja lah dengan dia, dia syadid sangat". Kita kena fikir banyak kali sebelum cakap macam ni. Ana rasa kita mesti menghormati orang lain sebelum kita dihormati,kan? Disini kita perlu meniliti satu perkara, KERJASAMA itu perlu disepadukan dengan perasaan SALING MEMAHAMI dan BERSANGKA BAIK. Contoh didalam kes yang saya sebutkan tadi, sebagai muslimin kita perlu memahami bahawa mungkin kita merasakan berurusan itu perkara biasa sahaja, tetapi mungkin ianya berbeza disisi muslimat. Oleh itu kecekapan muslimin sebagai ketua didalam menguruskan sesuatu perkara yang melibatkan muslimin dan muslimat amatlah diperlukan. Lebih-lebih lagi kerjasama itu melibatkan sesuatu yang panjang dan bersesi-sesi. Betul tu. Bila terlibat dengan society, kerjasama selama satu tenure, mencecah hampir setahun,memang memerlukan kekuatan untuk memahami. Tambah lagi bila berurusan dengan berlainan jantina. Ana dah berpengalaman bekerja. Memang ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Jua pengorbanan serta perasaan memahami. Susah kalo tak memahami, gerakkerja boleh tergendala. Yang lebih parah jika ada satu pihak yang memendam rasa, makan hati dan sebagainya. Zalim tu..

Islam sebagai ad-den yang syumul sudah tentu membenarkan kerjasama diantara muslimin dan muslimat ini. Firman Allah Taala :


 

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( surah At-Taubah – 9 : 71 )

Disini kita semua jelas bahawa Islam membenarkan kerjasama diantara berlainan jantina. Di dalam Sirah Baginda Rasulullah SAW yang agung juga ada berlakunya kerjasama diantara mujahidin dan mujahidat. Contohnya, sebaik sahaja peperangan uhud selesai, sekumpulan wanita Islam telah datang ke medan. Kata Anas: Ku telah lihat Aisyah binti Abi Bakar dan Ummu Salim, sedang bersungguh-sungguh, hingga ternampak betis, mereka menggalas uncang air untuk memberi minum terus ke mulut-mulut tentera Islam yang mengalami sakit, apabila air habis mereka pulang untuk isi semula dengan air. Begitulah kesungguhan mereka, cerita Umar bin al-Khattab: Ummu Salit bertugas di hari Uhud dengan memberikan kami air minuman. (rujuk Kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum : bab peperangan uhud ). Kisah-kisah ini membuktikan bahawa islam tidak pernah menghalang kerjasama kearah kebaikan ini. Tapi kalau kita tak buat kerja islam jangan pandai2 nak pakai dalil ni ya!


 

Namun tidak dapat tidak kita semua perlu jelas tentang cara dan batasannya. Sesungguhnya Islam itu indah, ia membolehkah sesuatu perkara dan dihiasi pula dengan batasan yang perlu dijaga. Untuk apakah batasan ini? Tidak lain tidak bukan untuk ketenteraman hati kita sendiri. Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan hati kita dengan sifat berbolak balik. Maka batasan syara' di dalam kita berkerjasama diantara berlainan jatina adalah untuk menjauhi kita daripada terkena panahan fitnah hati itu. Suka saya menggelarkan batasan syara' didalam berurusan dengan berlainan jantina ini dengan nama etika ketika berurusan diantara muslimin dan muslimat. Sebelum itu, izinkan saya mencoret sedikit tentang fitnah. Contoh jelas, yang pernah saya alami sendiri, apabila bekerjama dengan berlainan jantina, memang tidak boleh dari daripada fitnah yang terbahagi kepada tiga:-

  1. Antara saya kepada ketua atau partner dalam gerak kerja saya.
  2. Antara ketua atau partner saya kepada saya.
  3. Antara manusia kepada saya dan partner @ketua saya.

Dan saya sangat tisaukan fitnah yang ketiga. Iaitu fitnah yang sangat besar, meniti dari mulut ke mulut. Mengeluarkan pelbagai fakta kononnya. Masya allah. Oleh itu, kita teruskan dengan etika berurusan diantara muslimin dan muslimat. Insya allah.


 

ETIKA BERURUSAN

Suka saya untuk menghuraikan batasan ataupun etika ketika kita berurusan didalam ruang lingkup gerak kerja persatuan dan program di CFS IIUM ni sendiri. Insya allah boleh diaplikasikan ditempat lain jua.


 

  1. Mengenal pasti urusan yang perlu diselesaikan secara bersama ( muslimin-muslimat ). Sekiranya urusan itu hanya perlu diselesaikan dengan tidak melibatkan individu berlainan jantina, maka eloklah ianya diselesaikan dengan cara itu. Kalau perihal muslimat sahaja, tak perlulah kita melibatkan muslimin. Memang benar pendapat muslimin diperlukan, tapi bincang dulu sesame muslimat. Kemudian, jika perlu, barulah bangkitkan kepada muslimin. Masing-masing fahamkan?


     

  2. Sekiranya urusan itu melibatkan perbincangan yang panjang, kita perlu bijak mencari waktu untuk berurusan. Ini untuk mengelakkan kita berurusan pada waktu yang tidak sepatutnya contohnya waktu lewat malam. Berbincang bagi perkara yang besar dan panjang pada waktu malam lebih banyak menyumbang kepada ketidak seriusan semasa berbincang. Oleh itu, sebagai 'amilin yang beretika, pemilihan waktu yang tepat adalah penting disamping ianya juga boleh menjaga keberkesanan perbincangan. Namun tidak dapat dinafikan, kadang-kadang ada perkara yang memerlukan perbincangan segera dan tidak ada masa yang sesuai lain untuk dibincangkan. Jangan kita terlalu jumud dengan etika sehingga menjejaskan gerak kerja.


     


 

KONFLIK PERASAAN

2 etika diatas saya hidangkan kepada kita semua untuk diteliti dan diamalkan bagi usaha untuk membataskan perhubungan dan kerjasama diantara muslimin dan muslimat. Namun hakikatnya, konflik yang sering berlaku diantara muslimin dan muslimat bukanlah datang dari etika-etika yang saya tulis diatas. Ia biasanya bermula dari kerjasama diantara muslimin dan muslimat yang gagal diselaraskan sehingga timbul pula rasa tidak senag untuk berkerjasama.

Bagi seorang lelaki yang biasanya menjadi ketua kepada muslimat, kita perlu melengkapi diri kita dengan pelbagai persiapan baik dari sudut mental dan hati. Ramai ketua yang akan merudum jatuh apabila dia diletakkan berkerjasama dengan sesorang yang sangat menjaga batasan. Tidak kurang pula yang akan kecundang apabila ditempatkan bersama muslimat yang 'rokers'. Saya tidak hanya membataskan perumpamaan saya kepada muslimat sahaja, bahkan apa yang saya sebutkan berlaku juga sebaliknya baik muslimin ataupun muslimat. Bagi muslimin yang berkerjasama dengan muslimat yang pada pandangan kita 'sangat thiqoh', kita perlu bijak untuk mengawal emosi kita. Kita sepatutnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita akan sendirinya menjaga batasan-batasan pergaulan. Namun jangan pula kita membiarkan perkara itu menjadi punca kepada kegagalan gerak kerja kita.


 

Sebaik-baiknya kita mulakan dahulu dengan memaklumkan kepada mereka bahawa kita hendak berbincang perkara yang penting disertakan bertanyakan persetujuannya. Selepas mendapat persetujuan, barulah kita mulakan perbincangan. Jika sekiranya kita mahukan respon segera, maka kita sertakan sekali notis " penting, harap reply segera". Sekiranya perkara itu benar-benar penting, maka mustihil mereka tidak akan membalas. Pihak muslimin sepatutnya lebih rasional dan matang jika berlaku perselisihan didalam berurusan. Mengalah bukan bermakna dayus, tetapi kita mahu mengawal kondisi perbincngan supaya ianya lebih tenang dan santai. Peribincangan bukanlah idea satu pihak yang WAJIB dipersetujui tetapi ianya adalah hasil daripada penggabungan idea-idea yang kemudiannya disatukan menjadi keputusan yang mantap.


 

Wajar juga saya sebutkan disini bahawa salah satu punca kecundangnya 'amilin didalam berurusan diantara muslimin dan muslimat adalah kerana ketidak seriusan kedua-dua pihak atau satu pihak. Disini syaitan la'natullah akan menusukkan jarum-jarum mereka.Pada mulanya berbincang. Selepas itu masuk sedikit gurauan yang dibalas gurauan maka terhasilah perasaan bersenang-senang dalam berkata-kata. Kemudian lahir pula fitnah hati. Akhirnya kecudanglah 2 orang individu yang pada mulanya berurusan diatas perkara-perkara yang ma'ruf. Tapi Alhamdulillah kalau muslimin dan muslimat yang sama-sama bergerak kerja, akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Banyak pasangan yang saya jumpa, seperti Pengerusi dan Timbalan Pengerusi IQRaC di DQ pada GEN atas2. Lupa dah. Mereka berkahwin, melangkah ke hidup yang lebih barakah selepas sama-sama bekerjasama dalam gerakkerja islam. Begitu juga dengan pasangan popular, Kak Nurul dan Ustaz Shaari. Jua bertemu dalam gerak kerja. Sepupu saya pun sama. Mereka bergerak kerja. Apabila saling memahami, saling menyenangi, dan untuk mengelakkan masalah hati dan sebagainya, perkahwinan menjadi pilihan. Sweet~ Atau dalam kata lain, gerak kerja yang suci, ikhlas, murni, boleh menjadi tapak perkenalan anda dan bakal suami. Jika terjadi masalah hati, gunalah cara yang paling barakah ya. Tapi bagi ana sendiri, lebih baek menjaga hati terlebih dahulu daripada berfikir akan perkara-perkara sebegini. Petua dan tips ana sendiri, ana lebih suka menganggap muslimin yang menjadi ketua atau partner ana hanya seperti ADIK. Sekaligus, ia boleh mematikan perasaan fitrah manusia biasa. Jangan rasa diri anda kalis perasaan, mustahil! Jadi, berjaga-jaga dengan syaitan disekeliling anda~


 

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur (10). Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud (11). Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah (12). Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina (13). Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) (14). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu) (15). Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus (16). Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur (17). Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya (18).

(surah Al-A'raf – 7 : 10-18 )


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

warta iktilat ke ni kak husna?
hehe. hidup LG!

Anonymous said...

macam kenal je tulisan ni.. diambil dari blog banin kan?

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.