♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, July 27, 2010

Dari hatiku untuk hatimu

*pergh! Dengar tajuk macam jiwang. Its ok. Bertenang. Bertenang. Nescaya lepas ni akan ada yang datang kepadaku dan berkata,

"Husna, blog ko jiwang2 ni kenapa? Ada masalah ke? Ok ke?"

But its ok dikelilingi teman-teman yang caring seperti Wirdah Mohd Zin. (finally I mentioned ur name.)

Kali ni I would like to write about what I don't like around me. Macam sengal plak bunyinya. Jadi kita cakap lah bahasa Malaysia. Act, otak ni baru je habis exam. Biological clock pun masih berputar-putar. Masok kelas BIO pun lost. Sebab kononnya cakap kat Madam, "saya ni hadam sangat untuk topic midsem sampai masok kelas jadi lost". Nescaya Madam kata, "kalo awak tak dapat 100 untuk MIDTERM BIO, awak get lost!" haha. Ni ayat imaginasi je sebenarnya. Madam Haliza terbaeek lah! Maka dengan itu,dalam kelas BIO tadi aku angguk2,bila madam panggil pun,aku angguk sebab aku tatau nak Tanya apa sebab mmg blur tahap DEWA. (baru belajar perkataan ni).

Pertama sekali, aku buat post ni untuk muhasabah diri sendiri terutamanya. Sempena Nifsu Syaaban (semalam), aku memang rasa aura yang baru. Dalam kelas tasmi', aku asyik rasa nak menangis je. (???)

Pun tatau kenapa. Due to many reason. Rasa nak balek kampung sangat2. Rasa nak jumpa mak sangat2. Rasa nak baca Yasin dengan Nenek sangat2. Rasa nak makan masakan Ayah sangat2.
Holiau.
Compile,so I want to go back home!
Dan rasa malu kat Tuhan bila tanpa sedar tup-tup buku amalan dah nak tukar yang baru. Entah apa yang aku buat. Banyak kebaekan? Atau sebaleknya? Memang membuatkan hati menjadi sebak. LL Entah-entah amalan yang aku buat belum tentu diterimaNya. Waa.. patutlah rasa nak merembeskan air mata je. S(???)

Alhamdulillah. Aku panjatkan setinggi2 kesyukuran ilallah atas kurniaan yang Dia bagi padaku. Nikmatnya memang tak mampu aku kira. Benar, aku tidak sesempurna kalian. Namun, secebis nikmatNYA sudah cukup membuatkan aku tersungkur malu dihadapan Tuhan.©

Sahabatku,

kadang-kadang tanpa sedar kita lupa pada tanggungjawab yang kecil. Kadang-kadang dalam keghairahan kita mengejar taklifan yang besar, kita terlepas pandang dengan kewajipan yang laen. Sahabat, kadang-kadang kita sebuk menggenggam bara obor untuk perjuangan, tapi kita lupa pada orang sekeliling kita. Kita lupa dengan hak kita terhadap orang laen. Kita lupa hak kita terhadap rakan sebilik kita. Hak kita terhadap rakan sekelas kita. Rakan se'mahallah' kita. Kadang-kadang kita Nampak gagah dihadapan. Kita Nampak hebat berjalan, namun kita lupa kewajipan kita terhadap manusia belum sempurna tertunai. Ya,aku tahu kau membawa agenda dakwah dan Islam. Namun itu bukan alasan untukmu meninggalkan kewajipan laen. Aku sendiri terutamanya, hebat berkata-kata, hebat membawa taklifan, namun aku seolah melupakan orang sekelilingku. Aku melupakan mereka yang setia menunggu nasihat dariku. Aku melupakan mereka yang mengharapkan bimbingan dariku. Aku lupa pada semuanya,kerana aku menumpukan agenda yang lebih besar,kononnya. Namun aku sedar, belum tentu agenda yang aku bawa itu diterima Allah. Belum tentu agenda besar yang aku dokong itu dipandang Allah. Boleh jadi semuanya terhijab dek keentenganku menunaikan hak terhadap manusia di sekelilingku. Aku risau andainya semua teman perjuanganku melangkahkan kaki ke Syurga, namun aku terhalang dek kerana hak sahabatku yang laen tidak aku tunaikan. Boleh jadi hak dan kewajipan itu menghalang aku bersamamu di SYURGA. Kadang-kadang aku terlalu seronok bekerja sehingga aku melupakan rakan sebilikku yang mungkin ditimpa pelbagai perasaan. Yang mungkin mengalami pelbagai konflik dalaman. Aku lupa,kerana aku terlalu seronok bekerja. Malah, mungkin tatkala orang sekeliling memerlukanku, aku menjadi gah. Aku menjadi manusia yang tidak pedulism. Dek kerana perasaan "PERASAN SEBOK" dan "AKU ADA BANYAK TAKLIFAN YANG LEBIH PENTING". Tidak salah teman,aulakan agendamu untuk dakwahmu. Aulakan langkahmu demi kepentingan Islam. Namun, jangan. Jangan dan JANGAN sesekali melupakan hakmu terhadap orang di sekelilingmu. Kadang2 kita berusaha sedaya mungkin memenangi hati Allah, tapi kita mengabaikan hak kita terhadap sahabat kita. Aku mula merasai perubahan. Aku mengakui kesebukan kalian. Namun, aku cukop terasa dengan cara kalian melayan manusia di sekeliling kalian. (ayat ini jua ditujukan buat diri sendiri terutamanya). Sedarlah dari mimpi yang panjang. Roomate kalian, classmate kalian, mahallah-mate kalian. Atau apa sahaja. Mereka bakal menuntut hak mereka dari kalian seperti mana Allah menuntut kewajipan kita kepadaNYA. Aku benar2 tujukan ini buat kalian. Buat kalian. Buat kalian. Namun diriku adalah manusia yang paling utama aku tujukan.


 

Salam Muhasabah dan Salam Praktikal.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

hu2..akhrnya nameku dsebut jua =)

husnataqwa said...

bagosla tu.. nanti sebut lagi ye. kih3

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.