Istimewa
Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai IBUNDA kau istimewa
Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa
1
Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ
Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang
1
Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ
Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa
Lagu ini aku tujukan khas buat IBUNDAku yang aku sayang. Che Norisah Sheikh Ahmad. Serta tidak lupa Ayahandaku, Kamarudin Ab Rahman. Dan juga tidak ketinggalan Abang serta Kakak yang tak pernah melupakan aku disini. Serta adek aku yang menyambut ulangtahunnya pada hari ini,semoga adek sabar menunggu kepulanganku.
Keluargaku, kau inspirasiku. Kau buah hatiku. Kau penyokong setiaku. Kau pembangkit semangat juangku. Kau segalanya untukku.
Duhai keluargaku,
Doakan aku terus thabat dan kuat di jalan ini. Jalan yang aku pilih. Jalan yang kalian redhai. Aku senantiasa merindui kalian setiap detik dan waktu. Dan sentiasa mengharapkan kalian disisi.
Owh! Jiwangnya aku!! Dek kerana terlalu rendu-------------
No comments:
Post a Comment