♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 01, 2010

put me up.

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah. Urusan Annual General Meeting MEDCY telah selesai dengan jayanya. Syukur kepada Allah dengan segala limpah kurnia menjadikan majlis kami berjalan dengan lancar dan alhamdulillah dengan segala kelicinan majlis... Walaupun pelbagai kisah di sebalik AGM, insya allah bakal dicerita didalam post AGM nanti,this face still can make a sweet smile,again. and it will be again. and will be always again.



Ibu memanggil kali keempat. Henfon disilentkan sepenuh jasad untuk menghormati majlis talaqi bersama ustaz Muhadir. Seusai talaqi, menguruskan urusan buku-buku dan lantas menelefon ibu kembali.



Unfortunately, i cant speak with my mom. I dont know why.. Speechless.. Not because of the CELCOM or NOKIA, but it is because of this. Something here, heart... Yakni hati. Hati disini tidak bermaksud kibdah(yakni hati yang kite blaja dalam BIO), tapi hati disini ialah jiwa insan.



Selepas beberapa saat, ibu seperti memahami. Lantas, beliau berkata,



"Dulu waktu kak kecik-kecik, kak suka sangat panjat tangga rumah nenek, tangga tu tinggi sangat. Setiap kali kak panjat,ramai orang halang kak, orang tak bagi kak panjat. Orang takot kak jatuh dan menangis. Tapi ibu kata pada akak, "kuatkan semangat.. Anak ibu kuat.." ibu cakap banyak kali. Ibu tak pernah kata pada anak ibu, "jangan putus asa" sebab ibu tak nak anak ibu kenal apa itu putus asa. Ibu nak anak ibu kenal apa itu semangat dan anak ibu terus bersemangat panjat tangga tu.. Dan bila kak berumur setahun, kak panjat tangga tu,bangga. Waktu tu ibu menangis. Anak ibu kuat semangat. Dan kali kedua kak panjat, kak jatuh dan kepala kak luka, ibu bawak pegi hospital. Bila balek rumah, dengan kepala berbalut, kak panjat tangga tu lagi. Kak panjat dan panjat. Hingga kak masok sekolah ibu tengok kak dah boleh berlari atas tangga tu. Dan sekarang kak dah boleh lompat semua anak tangga tu.."

(versi kelantan setelah dialih bahasa)



Dan aku mendengar dengan penuh makna. Dengan penuh inspirasi. Terima kaseh ibu atas suntikan semangat yang sangat bererti.



Ibu sambung lagi,

"sekarang kak duduk dalam dunia baru. Umpamanya kak nak belajar panjat tangga. Kak akan jatuh. Kak akan kecewa. Kak akan terluka. Dan kalau ibu ada kat sebelah kak waktu ni tentu ibu usap kepala kak, ibu kata, "kuatkan semangat". Dan ibu yakin, anak ibu memang kuat semangat. Dari kecik lagi anak ibu mampu bertahan sampai hari ini. Ibu yakin anak ibu bukan calang-calang orang. Sebab tu Allah uji anak ibu macam-macam. Kak, ibu yakin suatu hari nanti, kak mesti boleh berlari di lapangan yang sedang kak cipta. Dan pasti kak boleh melompat lapangan sekarang menjadi lebih hebat. Tapi semua tu perlukan ketabahan dan kesabaran. Dulu, waktu ibu tengok kak panjat tangga, ibu tahu kak susah sangat. Tapi ibu biarkan sebab ibu nak kak belajar mengharungi cabaran. Dan sekarang ibu dengar cerita dugaan dan segala kekangan yang kak hadapi. Ibu tetap nak biarkan. Sebab ibu yakin kak boleh hadapi segalanya. Doa ibu mengiringi kak. Sepanjang masa. Kak jangan risau. Allah redha orang yang mencari keredhaanNYA. Kak.. Ibu nak sambung tengok tilawah Quran peringkat Kebangsaan ni. Ibu call esok lagi ya. Kak berhentilah bersedih.. Ibu letak dulu.. Assalamualaikum.."



Akhirnya ibu meletakkan panggilannya begitu saja kerana benar dan benar aku tidak mampu merungkai walau sepatah perkataan. Aku tak bisa mengeluarkan walau sebutir huruf. Terima aksih ibu atas nasihat yang sungguh bermakna. Dan akhirnya ibu meninggalkan aku dengan satu keadaan yang aku perlu renungkan. Kali ini biarlah aku terus memanjat tangga yang sedang aku cipta. Engkau tidak perlu bertepuk tangan jika aku jatuh mahupun jika aku sampai ke puncak. Tapi, senyumlah kepadaku. Senyumlah kepadaku kerana senyumanmu bakal memberi jutaan semangat kepadaku.

Allah,redhai aku di jalan perjuangan ini.

Pimpinlah aku agar sentiasa cekal di jalan ini..

Subhanallah..

Alhamdulillah..



p/s: Wirdah, Farah Adlina dan Nadiah Hassan, this post is not dedicate to you..

But another post maybe.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.