♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, August 20, 2010

18 menjadi 20.






Salam buat kalian. Pembaca yang diredhai Allah. Alhamdulillah disandarkan pada ZatNYA kerana maseh diri ini mampu bernafas dan mengecap nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah.



Post ini mungkin terlewat. Untuk mengucapkan ucapan selamat. Buat dia yang selalu menjadi penyelamat, kepada diriku yang kadang2 tak kuat.



Alhamdulillah, 18 Ogos yang lalu, dia telah menjejak umur 20.



Nurul Nadiah Hassan, selamat menjadi 20 tahun!



Kau istimewa teman. Kau istimewa. Tapi aku yang tak mampu meraikan keistimewaan bersamamu di hari ulangtahun kelahiranmu. Benar, aku rasa sangat bersalah.



Tuhan menemukan kita sejak di Darul Quran. Pelbagai mehnah kita lalui teman. Pelbagai dan pelbagai. Sehingga hubungan kita renggang hampir setahun lamanya. Namun, Tuhan satukan kita kembali dalam keadaan yang lebih indah dan barakah. Tuhan letakkan kita dalam keadaan yang lebih baek. Alhamdulillah. Syukur yang tiada terhingga kepada Tuhan kerana mengutusnya menemaniku dalam jerih payah perjuangan. Subhanallah..



Maafkan ku dengan jutaan kemaafan kerana tidak mampu bersamamu meraikan ulangthaun kelahiran. Pada detik awal kelahiranmu, aku masih di LY, meeting bersama trainer LG dan Blackhawk. Kemudian, seusai meeting, aku terus menghubungimu. Lantas, menunggumu pulang dan meraikan dengan sangat ala kadar. Masya Allah, bersalahnya aku. Lab coat, Fererro Roshe, Air epal dan lagu Allah Selamatkan Kamu. Hanya itu yang mampu aku beri di malam ulangtahunmu. Keesokannya pula, kami berhajat meraikan sekali lagi, dengan Pizza Domino. Saat khusyuk merancang, baruku ingat, malamnya aku perlu menghadiri meeting lagi untuk Final Touch GCI. Akibat sudah dirancang, ia diteruskan. Dan sambutannya tanpa aku. Hanya mereka berdua. Betapa kusamnya aku membiarkan kau. Aku mahu pulang. Waktu meeting tersebut aku terasa ingin berlari pulang. Namun taklifanku disitu tak mampu aku tinggalkan. Maafkanku teman. Akhirnya aku pulang dan kalian tertidur menungguku sehingga pukul satu. Masya Allah.. Maafkan aku teman. Dan kalian meninggalkan kepingan Pizza serta air minuman untukku. Syukran teman. Namun dalam hati, aku dipenuhi dengan rasa yang sangat bersalah. Sekali lagi, maafkan aku Nadiah Hassan a.k.a Cokdi.



Aku tahu, pahit susahku engkau sentiasa menemaniku. Kau antara mausia yang memahamiku. Memahami segala masalah. Menjaga kebajikanku. Waktu aku demam steruk sehari sebelum Induction MEDCY akibat keracunan makanan, kau setia menemani aku. Menyuapkan makanan. Menyediakan roti. Mendemah kepala. Segalanya. Sehingga aku mampu tersenyum kembali. Teman, besarnya pengorbananmu. Tak lupa, dengan bantuan Wirdah jua. Benar, minggu lepas Tuhan menguji aku dengan menarik nikmat kesihatan. Seminggu lamanya. Semoga dengan itu terhapuslah dosa-dosa yang aku lakukan. Ampunkan aku ya Ghaffar!



Saat hari-hari yang aku lalui menjadi hari yang tough, hari yang tertekan, saat meeting-meeting yang aku hadiri dibuli oleh mereka yang 'lagi besar', saat gerak kerja terbantut akibat rakan sekerja, dialah yang setia menungguku, menemani aku dalam aktiviti 'meluahkan rasa'. Dialah yang sabar mendengar butir bicaraku saat semua orang meletakkan pelbagai kesalahan keatas diriku. Dialah yang membelaku saat aku dipersalahkan tanpa difahami kalian. Dialah yang ada disisiku. Terima kasih Tuhan, memberi insane sebaek itu untukku yang sederhana.



Harapanku teman, moga umurmu yang meningkat, kau lebih bersedia untuk menerima pelbagai dugaan yang mungkin berlipat-lipat. Ingatlah teman, ujian itu ibarat air panas. Lama-lama terkena air panas, kulitmu bias menebal, sehingga panasnya air itu tak dirasakan lagi. Seperti itulah ujian. Saat pertama kali menanggungnya, kita rasakan ia sangat pedih dan menyakitkan. Namun berkat kesabaran, berkali-kali ditimpa ujian, insya allah, jiwa bakal kebal dan kalis dengan ujian. Bersedialah menerima apa saja pemberian dari Tuhan samada nikmat mahupun ujian. Aku melalui pelbagai jalan yang 'istimewa',maka aku tahu berat melalui ujian, namun lama-kelamaan ujian menjadi kebiasaan. Tak ada ujian, rasa sunyi dari kasih sayang Tuhan.



Tuhan, dia istimewa. Dia tabah melayan segalanya. Apa yang aku ada untuknya? Meluangkan satu malam untuknya nyata terlalu susah. Apa yang aku mampu beri padanya? Sesungguhnya Tuhan, aku tidak mempu memberi apa-apa. Maka pintaku, kau hadiahkanlah untuk sahabat dunia akhiratku ini satu hadiah yang aku tidak mampu beri, yakni kasih sayang dan barakahmu sepanjang hayatnya abadi. Kerana aku tahu dia mendambakan cintaMu Tuhan. Maka pintaku, kasihilah sahabatku ini. Redhalah perjuangannya. Jagalah hatinya dan berilah yang terbaek untuknya. Kerana semuanya ada padaMU Tuhan, aku tidak punya apa-apa melainkan yang kau beri padaku Tuhan.



Kenangan terbaru antara kami, sewaktu mereka (nadiah dan farah) menemaniku ke PPUM tatkala kakiku cedera. Sehingga 4pagi mereka tabah bersamaku disana. Dan membantuku apa yang perlu sewaktu kakiku tidak mampu berfungsi seperti dulu. Dia istimewa. Dia bukan biasa. Itulah nikmat berteman kerana Sang Pencipta. Bukan mudah bermatlamat untuk menghadapNYA, tapi itu yang kami mahu dalam persahabatan akrab ini. Insya allah. Biiznillah. Kisah ke PPUM boleh dibaca daripada blog Cokdi yang memceritakan tentang PPUM dan bagaimana dia memahamiku. Syukran teman. Akrabnya kita hanya mampu dinilai Tuhan. Dan aku mahu kau tahu, kau bukan semut untukku. Kau malah lebih dari itu. Permaisuri semut? Mungkin. Haha. J apapun, aku menyukai postnya yang ini..



Aku mahu kau tahu teman,



Aku punya banyak kekurangan. Namun kau selalu bersama. Aku punya banyak ragam. Namun kau tetap setia disisi. Aku punya banyak cerita. Namun telingamu ada untukku. Aku punya banyak rintangan perjuangan, namun kau tidak serik dengan nasihat dan perkataanmu. Teman, jika hari ini aku ditakdirkan pergi, aku sudah mampu merasa bahagia. Kerana pernah mengecapi saat bahagia bersamamu. Jika Tuhan mahu aku ketemunya, aku jua mahu pergi, kerana tidak mahu terus menyusahkan dirimu dengan bebananku. Tabarakallah. Tabarakallah. Semoga Allah meredhai aku kamu dan dia. Sesungguhnya aku mahu mereka tahu, kau dalam hatiku, ISTIMEWA. Kau dalam doaku, ADA.



Semoga tatapan ini menjadi bukti dan saksi kepada persahabatan yang kian akrab ini. Semoga suatu hari nanti, jika kau rasa marah nak benci padaku, bacalah tulisan ini. Agar kau tahu, aku mengharamkan rasa benci bertapak dalam hatiku untukmu. Tidak sesekali. Semoga Allah menjadi saksi atas segalanya teman. Dan terimalah lagu sebuah pertemuan dariku buatmu teman..



Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.