♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, August 20, 2010

Buat yang bakal bertunang :)

"Khitbah" bererti "peminangan".

Tafsiran lafaz atau perkataan "peminangan" ini juga dapat di kaitkan dalam adat istilah melayu iaitu "pertunangan".

Pertunangan berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara-negara di semenanjung Asia Tenggara.

Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenal

sebelum menikah, baik dari segi lahiriah maupun batiniah sebelum bernikah atau berkahwin.

Dari Mughirah bin Syu'bah baerkata "Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW
bersabda, 'Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian
berdua."
(HR Nasa'I, Ibn Majah dan Tirmidzi).


 

1. Jumhur Ulama' berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana

melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
2. Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.
3. Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak

tangan

Dalam adat resam orang Melayu, pihak lelaki akan membawa bersama hadiah beberapa
dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya.

Pada ketika ini, kedua-dua wakil
akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar.

Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Cincin yang disarungkan di jari manis di sebelah kanan tangan si gadis itu menandakan

bahawa dia sudah dipinang atau bertunang.

Dapat dikaitkan dengan hadith Rasulullah SAW:

" Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau
meninggalkannya ".
(HR Bukhari dan An-Nasai)

Islam tidak mengharamkan cincin pertunang atau perkahwinan akan tetapi hendaklah kita

memperbetulkan niat kita sebagai seorang Muslim.

Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.(4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat
secara aku beribadat.(5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.(6)
(Al-Kafirun, 109:4-6)


 

Rasulullah melarang umatnya mengikut cara-cara orang-orang kafir, baik dari segi ibadah, adat

resam, mahupun dari segi pemakaian.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah
kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata:
Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku."
(HR. Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)


 

Demikian juga sabdanya SAW,

"Dihalalkan (mengenakan) sutera dan emas bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan

bagi kaum laki-lakinya."

(HR. Ahmad)

Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh
yang tidak panjang atau lama. Tempoh ini juga ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur
dipegang di sesuatu tempat.

Pada hakikatnya Islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya bagi
mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak
didugai. Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh petunangan
dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie.

Susah untuk menjaga batas aurat
dan syarat ditemani oleh Muhram.


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.