Syukur. Dapat berpuasa bersama kakak, abang ipar dan anak saudara serta sepupu di Seremban mampu mengubat rindu untuk berbuka di rumah. PEtang semalam kakak memasak ikan singgan kegemaran. Dengan ikan goreng. Walaupun tak dapat menandingi masakan Bak di rumah, namun sekurangnya aku tak makan nasik kosong dengan ayam goreng untuk berbuka. Kat UKC terlalu ramai orang. Lelaki. Nak ke ZC,malas pulak rasanya nak kena panjat tangga tinggi-tinggi. Tadi baru kena marah kat abang atas banyak perkara. LAntaranya sebab banyak jalan walaupun kaki tak elok. Di CFS, nak ke Bazaar pun tak mampu. Ibu melarang keras aku berjalan jauh. Tapi sekurangnya dapat berjimat~ Alhamdulillah.JJ
Kadang-kadang sebagai manusia aku selalu lupa dan lagha. Memang tak dapat dinafikan. Kadang-kadang aku lupa bahawa perkara itu salah dan melampaui batas. Kadang-kadnag hati ini terlalu jauh ia pergi,sehingga susah untukku kejar kembali. Itulah manusia. Maka dari situ kenapa Allah turunkan Surah Al-Asr ayat 3. Berpesan-pesan pada kebaikan dan kebenaran. Sebab manusia selalu lupa dan memang selalu lagha. Hati manusia selalu berbolak balik. Sebab hati manusia Allah yang pegang. Dan hidayah pulak memang milik mutlak Allah.
Dari situ, aku tidak menafikan untuk menerima nasihat dan pandangan dari mereka yang berada di sekitarku. Lebih-lebih lagi dari mereka yang mengenali aku dengan lebih dekat dan mengetahui segalanya tentang aku. Tentunya. Aku alpa. Benar, hidupku kucar-kacir. Segala gerak kerja aku rasa terbantut. Segala apa yang aku kena buat berterabur. Aku rasa, kalau aku CT SCAN kan otak aku ni, berselirat wayar dan skru kat dalam kepala ni. Betapa banyak yang nak kena piker dan betapa banyak yang dah aku abaikan. Masya Allah. Hina dan lemahnya diri aku sebagai manusia biasa.
Aku memohon maaf dari sekalian manusia yang aku telah melakukan kesilapan dan pengabaian. Aku juga mausia biasa yang selalu hilang diri. Benar, aku hilang diri. Ketawakan aku? Terpulang. Biarlah seego manapun diriku yang engkau kata, namun aku kadang-kadang hilang diri. Memang tak boleh lari. Kali ini, aku cuba untuk memahami diri kalian dan apa yang kalian mahu dariku. Naam. Itu apa yang cuba aku buat untuk kalian yang berada disekitarku. Tapi dalam masa yang sama, aku cume memohon agar kalian tidak membuliku, tidak membebankanku dan tidak mengabaikan kebajikanku. Itu saja. Sepertimana aku cuba memahami kalian dalam bergerak kerja, seperti itulah aku memohon kalian memahami aku dan keadaan aku.™
Apapun, aku berterima kasih buat abang Ki atas nasihat dan segala perkataannya. JMemang kena pada hati. Kena pada jiwa. Dan kena pada diri yang hilang buat beberapa ketika. *tetiba rasa sebak*
Walaupun aku ditempelak, dihujani kata-kata pedas, namun nasihat itu yang aku perlukan. Dia menyedarkan padaku siapa aku sebenarnya. Bagaimana aku seharusnya. Syukran jazilan abang. Betapa aku tidak tahu bagaimana aku tanpa dirimu. Tanpa nasihat dan perkataan indah darimu. Aku sendiri buntu kenapa aku boleh menjadi sejahil ini. Tapi aku menyedari hakikat bahawa aku adalah manusia biasa. Biasa saja. Seperti manusia yang lain. Tak selamanya sempurna. Tak selalunya sempurna. Itu hakikat!
Demikian titipan aku dari Taman Chengal Utama Seremban. Aku masih kucar kacir. Aku masih bingung. Aku mencari ketenangan yang mampu mengembalikan aku seperti aku yang dulu. Dan aku memohon dikurniaakan nikmat kesihatan yang baek. Ameen~~~~ dan kepada Allah aku serahkan segalanya. Semoga DIA memberi yang terbaek untuk aku. Jua segala taklifan di bahuku. ❸
No comments:
Post a Comment