♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, August 03, 2010

Keluang man UIA?





Tringat zaman kanak-kanak yang indah, selalu tengok keluang man. Dah la keluang man ni die tayang waktu solat maghrib. Terok jugak cara mereka nak tarik kita sume dari solat on the time. Ting!


Straight to the point, memandangkan kat UIA ni sekarang (khususan:CFS), banyak sangat maksiat,kemungkaran dan yang seerti dengannya. Termasoklah kes kecurian. Dan sebagainya. Memang membuatkan aku teringat kat keluang man.


Persoalannya, wujud ke keluang man tu sebenarnya?


Wujud. Dan keluang man tu adalah KITA sebenarnya. Kenapa? Tak percaya. Pergh* Dah jadi gaya macam HM Tuah Iskandar pulaks!


Meh kita pakat jadi KELUANG MAN. Cegah kemungkaran. Cegah maksiat. Cegah segalanya yang tak patut berlaku kat CFS ni.


Meluak tengok dengan gejala pendedahan aurat yang berleluasa, gejala couple yang tak payah nak cerita, dan gejala kecurian yang memang membingunggkan.


Kita boleh sebenarnya nak cegah benda canni. Sekiranya kita masing2 hayati lagu keluang man kat bawah ni. Dan bayangkan lagu ni ditujukan untuk kita. Ketahuilah, kita yang mampu merubah persekitaran kita. Ubahlah cara berfikir kita bahawa, kita mampu mengubah dunia sekiranya semua orang memainkan peranan masing2. Dan jadikan perkara seperti tak tutup aurat, couple tu sebagai benda yang 'tak biasa'. Jadi, same2 lah kite tegor. Kadang-kadang, bila aku tengok orang couple, yang laen kawan-kawan die jadi penyokong pulak. Support sangat la tu kononnya. Ukhwah fillah la tu kononnya. Ting!


Ubahlah cara kita berfikir. Kita mesti sama-sama mainkan peranan kita wahai syabab dan fatayat sekalian. Kalau aku berdiri seorang diri, nak angkat sebuah kerusi pun tak dapat. Apalagi nak cegah maksiat dan kemungkaran. Tapi kalau semua orang berdiri sama2 dengan matlamat yang sama, insya allah, kita mampu punyalah! Mari menjadi pelajar yang cakna. Cakna dengan keadaan sekitar kita yang semakin tercemar bi'ahnya. Yang semakin rosak dan tak makmur persekitarannya. Subhanalah. Masya allah.


Marilah sama2 kita cakna dengan dunia kita. Sesungguhnya, kita bakal mencorakkan dunia akan datang dan semuanya bermula dari hari ini. Ok?


Sahut seruan saya.


Mari kita jadi KELUANG MAN UIA. Cegah maksiat. KEmungkaran. Jangan rasa terbiasa dengan gejala yang negative. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Okai?


Wahai keluang man sekalian,


Aku tujukan lagu ni untuk anda, Sang Wira perjuang kebenaran dan penegak ISLAM. *pergh!




DIA


BAGAI SEORANG PAHLAWAN


MENJADI PEMBELA PADA YANG TIADA UPAYA


DENGAN KETANGKASAN LANGKAH PERGERAKANNYA


MENEWASKAN MUSUH YANG MEMBUAT ANGKARA


DIALAH SATRIA


BIARPUN DIMANA JUA DIA DATANG


DIKALA MALAM TIBA MELAKUKAN TUGAS MULIA


DIDESA JUGA DIKOTA DIA AKAN MEMBERIKAN BAKTINYA


DEMI HIDUP AMAN SEJAHTERA






:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

sahel al-fateh said...

salam,,,post AKAK husna makin lame pedas..hoho

nurulhusna said...

aik, bisa dirasa ye?
nanti AKAK buat sambal pedas masak belacan plak.
ngeh3

nurulhusna said...

yang penting,jangan lupa sahut seruan AKAK ye. Jadi KELUANG MAN.
same2 cegah mungkar. MAARUF berleluasa, mungkar lenyap binasa. insya allah
AKAK boleh harapkan AL_FATEH yang sorang ni~

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

FAKEH KHALIFAH SAKA

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.