♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, August 11, 2010

Kembali ke medan juang

Gulp* gempak je bunyi tajuknya. Huh. At last, im here. Walaupun pelbagai rintangan jugak nak balek sini. Dush! Dush!

With Abang Ipar,aku menjejak kaki ke post guard security. Senyum ja kat Pak Guard. Takpa2, MC ada sampai Rabu naa.. Ni kire baek dah jejak ke CFS. Ting!

DAIE DAN PELAJAR

Hidup sebagai seorang pelajar yang mendakwa diri sebagai Pendakwah dalam masa yang sama bukan perkara yang mudah. Ia memerlukan banyak pengorbanan dan memerlukan manusia yang sanggup menanggung apa-apa risiko. Dibenci. Di fitnah. Disalah anggap dan sebagainya. Namun, hakikat yang aku tahu dan engkau harus tahu, menjumpai seorang manusia yang sanggup menghadapi cabaran demi Islam ibarat MUTIARA didasar lautan. Susah nak cari tapi sangat bernilai tinggi. Iulah yang aku pegang sampai hari ini. Katanya dia, semua orang nak menjadi MUTIARA tapi tak sanggup terjun dalam ke lautan. Yelah,mana ada MUTIARA dok kat permukaan lautan. Setuju? Nak terjun ke dasar lautan, memerlukan banyak persiapan dan pengorbanan. Stuju? Maka,begitulah analoginya kehidupan kita sebagai sorang DAIE yang jua memegang taklifat yakni jua kewajipan, iaitu BELAJAR. Okai. Sesi ANALOGI dah selesai.

MEHNAH DAN TRIBULASI

Belom pijak UIA, dah berlambak mehnah menusuk jiwa. Memberontak? Tidak! Kata ibu, beliau bangga melihat aku menjadi KHAIRUN NAAS (sebaek2 manusia) yakni ANFA'UHUM LINNASS (bermanfaat kepada orang laen). Oh, Ibu memang understanding and supporters terbaaeek..! Aku akui ketidakstabilan aku beberapa hari ini. Maafkan aku bagi sesapa yang berinteraksi dengan aku dalam masa terdekat. Mungkin aku tidak mampu menyenangi hati semua pihak. (sebab hati aku pun tak leh nak tenang dgn segala masalah peribadi). Takpe, aku jadi professional. Jangan risau. Beri aku sedikit masa untuk aku stabil. Jangan desak aku. Jangan buat perangai,tak larat nak piker. Mehnah inilah yang mendewasakan aku. Walaupun aku tak nak jadi dewasa, Abang kata kalau dewasa banyak benda kena buat. Tapi mehnah dan tribulasi ni yang membuatkan aku seperti aku hari ini. Kalis. Haha. Ting!

OBJEKTIF

Selama 3 minggu I'll survive here. Until Hari Raya. 3rd September I'll be home,insya allah. This 3 weeks, banyak benda nak setel. Dan jugak taklifat sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi exam ffinal selepas saje hari raya. UIA ni memang suka EXAM lepas raya kan? Tak bagi kite excited sgt berhari raya,mungkin. Ting! I'll try to maximize my time with all kind of work and study of course I'll! Such as pesanan Abang, "Ngaji, jgn buat benda len". This sms always remind me. Thanks Bang! Sehubungan dengan itu, aku harap tade masalah yang timbul. Samada dalam gerak kerja dan pelajaran tentunya.

Okai. Ramadhan Kareem. Allahu akram. Semoga kalian semua diberkati Allah dan bertuahnya kalian mampu menyambut kedatangan Ramadhan dengan nikmat kesihatan yang diberiNYA. Percayalah, nikmat kesihatan itu baru dirasai apabila di tarik kembali. Semoga kita sama2 sempunakan ibadah puasa kita.


 

Insya allah.

(not very well to write well. But all is well.)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.