♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, August 13, 2010

SHARING- ubat TERSELIUH

Bismillah. Ramadhan Kareem. Allahu akram..

Kali ni saya nak share dengan semua pembaca tentang petua sekiranya kaki terseliuh. Since hari tu kaki saya saket sangat. Mak saya suro saya balek Kelantan. Memandangkan saya ni bukan 'anak manja', saya timbang tara terlebih dahulu. Nak balek? Minggu lepas dah balek. Tiket flight untuk malam tu harganya mencecah RM400, tak termasuk tax. Untuk keesokannya, harga tiket RM200. Mak kata, beli je. Balek Kelantan dan ubat kaki. Tapi Alhamdulillah. Allah bukak pintu hati supaya tak balek. Minggu ni kena pegi Gombak. Ada induction MEDCY. Mana boleh balek. Mengamuk Hafizah dan Siddqi si Presiden MEDCY. Huh! Kemudian seorang jiran bilikku memberi idea supaya saya letak halia kat kaki. Balut kaki dengan halia. 1st dengaq macam tak berapa nak percaya. Tapi…

Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa

Aku dapat petua ni dari satu laman web. Korang boleh rujuk kat sini, http://gemini26576.tripod.com/petua/merawatpenyakit.html

Bagos ada jiran macam mereka. Malam tu saya ada meeting LG for GCI. Meeting ni tahap TERPAKSA PERGI. Walaupun rasa menderita, tapi tetap gagahkan kaki ke sana. Disebabkan partner trainer pun tidak dapat hadir. Maka, adik-adik LG tidak henti miscall saya. Lantas, saya terhinjut-hinjut ke sana. Aduh. Menderita tak tipu.

Balek saja dari meeting, Nabila datang ke bilik, bawak halia yang dah siap ditumbuk. Wah! Terkejut! Memang tak disangka. Syukran jazilan Nabila.

Malam tu, saya letak halia tu kat kaki. Balut. Memang serius, tak tipu, panas nak mati. Panas. Sangat panas. Tak le tido.

Tapi berbaloi. Esoknya, kaki dah kurang swollennya. Huah. Dah jalan tak tempang sangat. Sebab orang dalam bilik ni asyik aku panggil TEMPANG. Aduh! Ting!

At least, saya tak perlu keluarkan duet pun. Cukup le p PPUM asyik kena kua duet macam air. Daftar duet. Ubat duet. X-ray duet. Tu duet. Ni duet. Adoi. Takde duet mmg takle hidop senang. Tapi takde iman lagi hidup susah. Kan?

Maka, nampaknya saya kena belanja Nabila iftar bila ada masa sesuai. Yelah, mak saya pun senang hati dengaq kaki saya dah makin ok. Kakak saya pun tak perlu susah.

Syukran Jazilan Nabila. Memang terharu**

Bersyukur dikurniakan jiran seperti Nabila. Huuu**

p/s: hari ni mereka semua ke Bazaar Ramadhan dan saya sendirian di KC. Huhu.

Nabila, malam ni tumbuk halia lagi,boleh?? Haha.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

dapat MC 2hari pun p kelas BIO. memang sah tokleh dok diam naa..

nurulhusna said...

memang tak reti dok diam..huhu

su LG said...

cian kak husna kena datang meeting LG. mmg nampak menderita. kena round2 plak tuh. maaf susahkan kak husna. tapi kami mmg takle hidup tanpa kak husna n abang fahmi.. huhu.
kenapa kata trainer LG takle datang? bukan abang fahmi datang ke kak?
apepun,kak husna baik.. abang fahmi pun baik.. kami suke. ngee~~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.