♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, August 26, 2010

Tahajjud = Tawajuh cinta

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
    
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
    
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
    
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz.


 


 

manisnya tahajjud apabila dikerjakan dengan hati yang ikhlas...
manisnya tahajjud apabila kita dapat bersendirian dengan Allah...
manisnya tahajjud apabila kita dapat menangis kerana Allah..
manisnya tahajjud apabila kita dapat melembutkan jiwa dengan zikrullah...
manisnya tahajjud di saat sujud memohon keampunan...
manisnya tahajjud apabila ditemani malam yang dingin...
manisnya tahajjud apabila disulami dengan perasaan kerdil...
manisnya tahajjud apabila diiringi dengan hati yang sarat dengan rindu...
manisnya tahajjud apabila mengadu kepada Allah...
manisnya tahajjud apabila ia jauh dr perasaan riak...
manisnya tahajjud apabila kita istiqamah....


 

Mari.. Di bulan Ramadhan ini sangat sesuai untuk kita melatih diri untuk bangun bertahajjud dan beristiqamah dengannya. Lepas Ramadhan berlalu, moga2 kita tetap istiqamah dengan Qiam. Kerana? Kerana kita mahu buktikan bahawa Ramadhan adalah bulan pentarbiyahan yang terbaek~

p/s: bila bangun sahur tu, solat dulu dua rakaat. Minta berkat hari yang bakal dimulakan. Minta berkat dunia dan akhirat. Insya allah.. kalo bangun awal lagi bole buat soalt taubat serta hajat. Kan bagos tu.. Bahagia pun bahagia.. tak percaya? Boleh cube~

Tak semestinya waktu ada qiam perdana ke, qiam ramai2 ke kita qiam.. waktu kita sorang2 lagi best nak qiam. Nak tahajjud. Maklumlah, itu waktu terbaek kita dengan Allah. Lagipun, saya lagi suka solat tahajjud sendiri. Bukan tak suka berjamaah. Tapi bagi saya, tahajjud adalah tempat saya berkomunikasi dgn Allah dengan keadaan tenang. Hoho. Anda bagaimana?

Mari bertahajjud~~


 


 


 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

semangat unt sayangku said...

kadang2 ada masalah yg kita perlu cerita pada orang lain.. tak semua masalah mampu kita tanggung. benar, kau punya Tuhan. Dan Dia mengasihimu teramat sayang. tapi kau perlu sedar hakikat kita perlu pada teman.. luahkan perasaan dan segala masalah.
kau punya tuhan. maka kau tak boleh putus asa.
kau mesti terus kuat dan aku ada ersamamu..
aku izinkan kau berdiam diri sementara, kerana aku tahu kau terlalu berat menanggung segala tekanan sebelumnya.
tapi seperti pernah kau kata padaku,
perjuangan tak menuggu kita..
selama mana pun kau berhenti sebentar, perjuangan akan terus berjalan. dan orang yang akan rugi adalah kita..
ingat lagi ayat semangatmu ini?
sayangku sang pejuang,
aku tahu kau banyak diuji tuhan.
tabahnya hatimu memang telah dibuktikan..
kini buktikan lagi, kau mampu bertahan..
aku sayang kau teman.. dan kau mempunyai aku di belakang dan di depan..
kuatlah sayang..
dan teruskan tahajudmu, berjumpa dengan kekasih hatimu yang satu.
kerana aku tahu, kau yakin bahawa DIA yang setia mendengar segalanya dari hatimu itu. aku yakin teman..
sayangku, aku mahu lihat kau kembali gagah di medan perjuangan.
jangan risau, kau bukan sedang futur,
tapi sedang mengumpul energi untuk kembali lebih ggah di medan perjuangan..
aku sayang ko sangat2.
dan sedih tengok ko macam ni..
tapi ko tak pernah nk ngaku dgn keadaan ko skrg..
sampaila aku tengok status facebook ko..
aku sayang ko..
sentiasa disisi ko..
teman.. sahabat dan adik beradik perjuangan......

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.