♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, September 06, 2010

Bukan penyelesaian terakhir

Bismillah. Alhamdulillah.

Sekadar ingin berkongsi secebis kisah. Di Ramadhan ke 27 yang indah. Insya allah penuh barakah.

Pagi tadi saya berkesempatan melawat seorang saudara yang ditimpa musibah. Anaknya dikatakan jadi 'gila' kat sorang budak laki. Yang pompuan ni baru je 18 tahun. Same with the boy that she's fall in love with. Jadi, malam semalam kami sekeluarga menerima panggilan kecemasan dari mereka. Ibu ayah pun p la tengok. Saya tak ikot. Lepak aje di rumah.

Sebenarnya, manusia sering menjadikan TAQARRUB dengn ALLAH merupakan jalan terakhir dalam menyelesaikan masalah. Dalam situasi diatas, ibu dijemput unt bagi air tawar, baca ayat Quran dan solat hajat. Sedangkan sebelum ni mereka mencuba pelbagai usaha lain. Dan setelah tiada jalan lain, mendekati Allah yang mereka pilih. Saya kadang-kadang terkilan dengan keadaan seperti ini. Benar, kita berusaha kemudian serahkan pada Allah. Tapi kadang-kadang, dalam usaha kita, kita lupakan DIA. Sehingga kita buntu dan alpa, kita kembali mencari DIA. Alhamdulillah. Sekurangnya kita masih diberi Hidayah untuk mencari DIA. Jika tidak? Mungkin kita akan terus berada dalam kesesatan. Nauzubillah~

Perkara ini juga mungkin sering terjadi kepada saya sendiri. Mungkin dalam keadaan yang tidak sedar. Kita sering menjadikan pergantungan kepada Allah sebagai cara terakhir dalam menyelesaikan masalah kita. Sedih! Sangat sedih. Kerana kita seolah-olah terlupa bahawa yang berkuasa keatas masalah kita adalah DIA. Selagi DIA tidak mahu menarik, menolak, menghilangkan masalah kita, nescaya tidak mungkin akan hilang segala masalah kita.

Kadang-kadang, kita demam. Kita makan ubat, jumpa doctor. Pakai coolfever. Dan sebagainya usaha kita. Akhir sekali, bila demam tak kebah, kita barulah rasa nak solat hajat. Nak mintak doa. Nak bernazar. Nak bagi sedeqah dan sebagainya. kita jadikan Allah tempat pengaduan terakhir kita. Bukan saya mahu menolak peranan usaha dan ikhtiar. Tapi sejauh mana usaha dan ikhtiar kita disandarkan kepada Allah? Jika 100% Alhamdulillah! Tahniah! Jika tidak, marilah sama-sama kita perbaiki. Seiringkan usaha kita dengan mengingati Allah. Dan jadikan Allah pendamping hidup kita.

Pesanan saya, ingatlah bahawa, mendekati Allah bukan pilihan terakhir bagi kita. Malah, ia BUKAN PILIHAN SEBALIKNYA KEWAJIPAN. Jangan rasa ragu untuk mengadu segala masalah dan untuk memanjat doa atas segala keinginan yang baek. Semoga kita senantiasa menjadi hamba yang bergantung harap penuh kepada Allah. Insya allah.

Allah penyayang. DIA sayang pada HambaNYA. Lebih –lebih lagi hambaNYA yang menyayanginya. Mari sayang Allah. Sayang Rasulullah. Sayang ibu ayah.

Ilalliqa'

P/S: buat abang Ki, Kak Ju and Naim yang bakal bertolak pulang esok pagi, semoga selamat sampai. Mudah urusan. Moga Naim tak beragam. Yang penting, esok kita bukak puasa same2. Semoga Allah redha Bang.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.