♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, September 05, 2010

Dirumah dan terkena.

Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem.

Selepas perjalanan panjang dari CFS-Putra-SOGO-Jalan Tar-Masjid India-The Mall-Putra dan akhirnya dengan kelajuan bas yang agak maksima dalam keadaan jalan yang sesak, aku Berjaya menjejak kaki ke Pasir Mas,kampungku yang dikasihi. Harapan nak bersahur dengan keluarga terbatal sebab sampai dah masuk Subuh. Maka, bersahurlah dengan air mineral HPA dan sedikit bekalan pasta dari Cik Fathiah Radzi. Hoho.

Masa kat Putra tuh, punya la ramai orang. Tension betol. Panas plak tuh. Langgar-langgar macam main kete langgar kat funfair. Sume orang nk balik kampung. Nasib baik segala urusan perjalananku dipermudahkan. Alhamdulillah. Inilah hikmahnya solat musafir sebelum bermusafir. Insya Allah urusan perjalanan kita selamat dan mudah. Selalu-selalu la solat sunnat musafir ye.**

Kat SOGO plak tak beli pa pun. Beli kemeja untuk adik ja. Bertuahnya sebab diri ni memang tak suka shopping. Mereka paling tak suka ajak aku kua shopping. Paling tak pun,awal-awal aku dah kena warning. Jalan Tar yang panas, sesak dan panjang tu memang memenatkan untuk diharungi. Tapi sebab dah kena warning awal-awal, aku terpaksa mengikut mereka, lagipun aku ketua rombongan. Ting*

Setiba di Istanaku, sujud syukur dipanjat, tanda kesyukuran yang tidak berbelah bagi buatNYA atas segala nikmat yang tiada terperi banyaknya. Selepas itu, lepak bersama ibu dan nenek di hadapan tv.

*ni cite part sedih*

Tetiba Nokiaku mengeluarkan suaranya. Tanda sekeping mesej berada di dalam inboxnya. Kebetulan berhampiran dengan ibu. Maka ibu membuka mesej itu. Tanpa ragu, aku membiarkan tindakan ibu. Yelah, sapa nak mesej. Bukan ada rahsia apa pun dengan ibu. Aku tengok ibu baca mesej tu. Berkerut dahi ibu. Sapa plak mesej pagi-pagi buat ibu kerut-kerut ni. Sekali ibu tunjuk mesej tersebut, pergh**************

Mati aku!

Walaupun dari nombor yang tak dikenali, tapi mesej tersebut memang buat aku rasa nak….

Ibu diam saja. Tapi perasan perubahan pada raut wajahnya. Alamak! Aku pun diam. Tak bela diri. Aku Cuma kata, tatau sapa send. Nombor tak kenal. Ibu percaya. Ibu senyum je. Tapi reputasi macam tak best. Sapa la sabotaj aku macam ni. Memang perit. Nak telan liur pun rasa pahit. ****

Memang aku terkena** tapi sapa yang buat tuh, memang lagi la nakkena.**

*bengang*


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

??? said...

mesej pa deq????
(curious)...huhu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.