"Pegi laa anta dia. Sian dia balek setaun sekali je..Bu takleh dah nak hantar dia.. pegi laa sekejap.."
kata ibu. Maka, dengan penuh rasa tanggungjawab, kaki ini aku langkah laju seusai exam chemistry selesai. Tanpa sempat melayan perasaan dan muhasabah diri tentang exam, aku berada di KTM Mid Valley pada pukul 6.10 petang. Laju kan pakcik taxi tu bawak kete? Hoho.
Alhamdulillah. Aku tiba di Seremban pada pukul 8.10 malam. Bergegas solat Maghrib dan Isya' dan berbuka puasa. Kemudian perjalanan diteruskan ke Taman Cengal Utama Senawang.
Memiliki dengan rasa kasih sayang merupakan sesuatu yang sangat berharga. Aku menyayanginya dengan segenap jiwa yang ada padaku. Walaupun hakikatnya, kami sering berjauhan, namun perasaan kasih itu tidak pernah luntur dan tidak mungkin akan luntur. Insya Allah. Ameen. Di LCCT, aku ditemani kakak, abang ipar, Munir dan sepupu, kami melambainya pergi. Entah bila dapat bersua lagi kan.. kau pergi dan tinggal aku disini.
Bagi aku, dia memahami aku. Sangat. Dia mengenali aku. Teramat. Itu sudah cukup untuk membuat kami akrab. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku mengharap dia sentiasa disini. Ada disisi. Namun aku memahami perjuangannya. Aku memahami kerjayanya. Aku tahu dia memperjuangkan masa depan kami bersama. Semua yang aku tahu inilah yang membuatkan aku melepaskan dia pergi. Walaupun rasa hati berat sekali.
Keadaan ini membuatkan hatiku dirundum sayu sepanjang perjalanan pulangku ke CFS. Sebentar Cuma aku ke sana. Hasratnya memang untuk menghantarnya sahaja. Tidakku hirau hujan lebat dan puasa serta tidur yang tidak cukup gara-gara exam. Kerana kasih sayang, aku tempuh jua. Aku Cuma mahu dia tahu, walau apa yang aku buat padanya, aku Cuma mahu dia sentiasa ada untukku,malah dekat denganku.
Huh- luahan jiwa betullah kali ni. Tuhan saje yang tahu ape perasaan kat hati. Nak study pun kena make up balek semangat. Teringat pesannya, "belajar sungguh-sungguh. Jadi yang terbaik. Jangan cepat rasa puas hati dengan keje kita"
Ya, dia mengenali aku. Dan aku tahu, dia menyayangi aku. Moga-moga kasih sygnya buatku tidak pudar walaupun dengan kehadiran insan baru dalam hidupnya. Aku tidak cemburu. Tapi aku takut, aku kehilangan lagi.. insan yang berstatus sepertinya.
Walaupun aku terluka, dia terluka pada malam sebelum pemergiannya, aku tahu, itu hikmah dari Tuhan, supaya hubungan ini tercipta lebih erat.
Walaupun aku rasa kosong bila melihatnya terbang, aku kata pada hati,
"takpe, ini kali terakhir dia pergi. Lepas ni dia dah habis study.. dan kami akan bersama seperti orang lain" pujukku pada hati.
Dia mungkin tidak sunyi, kerana dia punya orang yang menyayangi. Biarlah siapapun aku dihatinya, selagi aku mampu, aku mahu terus begini, menyayangi sepanjang hari, segenap hati. Semoga Allah merahmati.
Ramai yang menegur keakraban kami. Ramai yang memahami kami. Terima kasih Tuhan kerana memberiku peluang mengenap saat manis bersamanya lagi.
Aku mohon Tuhan, pertemukan kami lagi dalam keadaan yang lebih bererti.
selepas dia pergi, aku berjumpa DIA, meratap dan menangis padaNYA sepuas hati. Moga DIA melindungi dia disana. dan menjadikan rasa yang ada pada hatiku ini pembangkit semangat untukku. Aku jua meminta, segalanya urusannya dimudahkanNYA. Moga-moga ketenangan hatinya disana, memberi kebahagian untukku disini. Dan aku mohon dengan sangat padaNYA, Tuhan, Kau sayangilah dia. Dakaplah dia Tuhan. Sayangilah dia melebihi aku menyayanginya.
p/s: kalau bole aku nak dia balik lagi minggu depan. dan aku mahu kami menghabiskan cuti semesterku bersama di Kelate. Kerana aku tahu tawa kami menyenangkan hati ibu dan keluarga seperti mana tenangnya hatiku berada dekat dengannya.
*TATAPAN ISTIMEWA BUAT KAKAK, NURHANNANI MURNI INDAH KAMARUDIN*
No comments:
Post a Comment