Kadang-kadang kita terjatuh,
kita sakit dan mengeluh,
kita lupa,
dulu sewaktu kita diatas,
kita senang dan gembira,
terasa amat bahagia,
hingga kita lupa pada DIA.
Kita rasa kita baik,
Kita mulia disisiNYA,
Kita bangga dengan diri sendiri,
Tapi amalan kita sejauh mana diterima?
Soal pada hati,
Jika ujian mendatangi,
Jika bala menghampiri,
Jika azab ditanggungi,
Sanggupkah diri ini?
Dek kerana kealpaan diri,
Kelalaian hati..
Bersabarlah hati,
Janji Tuhan itu pasti.
Ingat Tuhan sampai mati.
Insya Allah kita diberkati.
Biarlah ujian dari Tuhan menghampiri,
Biar diri sentiasa sedar diri,
Tapi aku mohon padaMU ilahi,
Jadikan hati ini,
Ikhlas melalui segala tribulasi.
KAU YANG MEMEGANG HATI INI,
AKU MAHU IKHLAS, RABBI!
Pengalaman membersihkan karpet, angkat, gantung & pukul hingga keluar debu & pasir tersembunyi. Hati & iman tidak akan diketahui kebersihan hakikinya jika tidak dipukul dengan UJIAN. Jika berjaya, bersih & naiklah kedudukannya. Jika iman tidak kukuh, ia boleh mengoyakkannya terus, seperti rosaknya permaidani murah akibat pukulan pembersihan. Doa & usahalah agar ia tidak koyak, tika hadapi ujian susah & senang.
2 comments:
betul...
bila susah bru trase..
doa pun mntak btul2..
klu snang...
hum...
moga keikhlasan dproleh brsama..
amiin..
post yg best..
terasa kerdil diriku yang hina ini... bila berada kat atas,nk pandang bawah pun segan.. terasa hebat sangat.. bila jatuh kebawah, baru sedar diri..
Post a Comment