Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen ("splenomegaly"), penyakit kuning dan nephritis". Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat. Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.
Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.
Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih ("whitewater") adalah berisiko tinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bacteria, dan boleh dijangkit dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti. Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut.
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa ("biphasic") yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom ("asymptomatic") sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.
Komplikasi
Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggan ("renal interstitial tubular necrosis", yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati (bentuk penyakit ini yang teruk dikenali sebagai Penyakit Weil, sunggupun ia turut dikenali sebagai Sindrom Weil). Masaalah kardiovaskular juga mungkin.
Berhati-hati bagi yang nak pergi berkelah :
MEngikut beberapa sumber yang aku perolehi..
kes 1_remaja dari satu keluarga disyaki mendpat penyakit kencing tikus. Punca dari air yg tercemar. Dia bersama keluarganya baru saja pulang dari berkelah di sg.congkak, langat.Mangsa dlm proses rawatan.
Kes 2- Sg.Gabai..mangsa masuk ICU. remaja belasan tahun. Alhamdulillah selamat. Kencing tikus yg tercemar kedalam air boleh meninggalkan kesan yg lama pada tubuh manusia.
KEmungkinan2- tempat2 tu kan dah jadi kawasan tumpuan ramai..plak tu dtg bawa sgala aneka makanan..dan paling best...sampah pun merata2 dibuangnya... maka...dgn itu..tak salah la tikus utan datang makan pelbagai baki sisa makanan yg ada dgn mewahnya..akibat salah kita sendiri jugak. Lepas makan..mesti depa dahaga kan..apa lagi..minum air sungai...dah minum mesti nak terkencing pulak kan..kencing tepi sungai...dah kencing mesti nak basuhkan.....basuh kat sungai. agak2 akulah..mcm inila ia tercemar...dan jgn disalahkan tikus...SALAH KAN DIRI KITA SENDIRI YG TAK PANDAI MENGHARGAI ALAM SEKITAR.
p/s: ni rumours ajer...dan yg sakit selepas pulang dari sg.congkak dan gabai tu mungkin kebetulan ke apa ke..tapi mmg puncanya doktor bgtau dari air yg tercemar..dan kebetulan pulak kedua2 keluarga ni baru je balik dari tempat2 tersebut. Wallah-hu alam
nak tahu pasal LEPTOSPIRA (kencing tikus) sila refer pada website ini http://www.btdm.net/arkib2/09/may/seksyen9.pdf
p/s: menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang merupakan bonus bagi kita. Mengetahui ilmu yang bukan dlaam bidang kita juga merupakan bonus untuk kita. Yelah, kita kan nak jadi serba tahu. Golongan intelektualkan? Banyakkan membaca yarr!!
Salam Syawal. Bagi yang belom habis puasa enam, ada masa lagi untuk sempurnakan puasa enam tuh. Selagi mampu, mari kita puasa yaarr.. bagi muslimat pula, cepat-cepat habiskan puasa ganti. Dah habis puasa ganti, pasni boleh buat puasa sunat banyak-banyak pulak! Hoho.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
2 comments:
nice :))
nice :))
Post a Comment