♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, September 03, 2010

Penuh hikmah

Senyuman panjang lebar hingga ke telinga. Seusai quiz chem. Seawall 12tengahari, perasaan lega mula bertapak dalam hati. Beserta dengan jutaan ucapan SYUKUR ALHAMDULILLAH diatas segala nikmat yang DIA beri kepada hambaNYA yang hina ini. ALHAMDULILLAH.

4.00 petang.

Lokasi : kerusi batu depan KC

Meluangkan sedikit masa berehat sambil merenung pemandangan padang yang menghijau. Nafas ditarik, dalam. Dan dihembus, lega. Tiba-tiba terasa seseorang menghampiri. Lantas beliau terus duduk disebelah. Tanpa meminta izin. Senyum. Berbalas senyuman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tenang.

"bestnya. Perjuangan untuk semester ni dah abes.."

Beliau tersenyum.

"Hem.. Alhamdulillah Allah mudahkan semua kan.. walaupun payah sagat nak habis semester ni.. tapi akhirnya Berjaya juga.."

Beliau senyum lagi. *bisu kot* beliau menarik tanganku. Mengusap lembut jari-jemariku. Aku menarik perlahan tanganku. Lantas tersenyum padanya.

"Belum la cik Husnataqwa.. Final exam baru la klimak untuk semester ni. Kena usaha lagi. Teruskan usaha lagi. Kan rugi kalau dah buat yang terbaek untuk sepanjang semester tapi di akhir semester, kita kecundang." Tersenyum. Terkena. Menarik nafas lega.

Sambung beliau,

"dengar kata vice pres kita makin hebat. Bukan saje hebat berorganisasi, hebat plak dalam kelas. Jadi, jangan sangka ini klimak. Teruskan berjuang. Kekalkan momentum. Tak semua orang mampu buat macam tu. Jangan sangka perjuangan dah tamat. Balik kampung nanti mesti study. Jangan sebab raya, kita lupa perjuangan kita yang masih bersisa kat sini. Kan? Biaq sampai tak tidoq malam. Takpa! Janji kita usaha semampu mungkin. Ada masa banyak lagi. Memang banyak. Tapi kalau kita tak mampu guna sebaiknya, masa 3hari mungkin lebih baik dari masa yang panjang ni,kan?"

Senyum. Nota BIO dibelek-belek. Menghilangkan rasa terpesona dengan nasihat berhikmah dari seorang teman. Teman yang jarang ditemui. Jarang mampu untuk bercakap dari hati ke hati. Tapi hari ini beliau dihantar Tuhan untuk memberiku peringatan. Senyum. Terima kasih Tuhan!

Beliau merampas tutor dan quiz BIO di genggaman tangan. Beliau menatap penuh girang. Entah apa yang digirangkannya. Beliau senyum dan berpaling. Menatap lembut.

"Sayang akak!" katanya sepatah. Aku senyum. Merampas semula tutor dan quiz.

"Kadang-kadang saya tertanya-tanya, kenapa saya tak mampu nak jadi macam orang lain. Hebat. Aktif. Saya cemburu tengok orang yang penting-penting. Macam Kak Syakirah, Kak Piqah, Syarah Munirah.. Akak lagi-lagi lah. Tapi saya sedar, saya tak hebat macam korang. Mungkin kalau saya duduk tempat akak saya tak mampu dapat quiz macam akak dapat." Matanya bersinar. Tangan digenggam kemas.

"Sebenarnya, seorang manusia itu tidak dilahirkan hebat. Tetapi ia memerlukan sebuah latihan dan tarbiah untuk menjadi hebat. Kami tak hebat sebenarnya. Cuma kami diberi peluang olehNYA untuk berada di tempat ini. Dan ia tak lain sebagai ujian jugak sebenarnya. Kamu mampu Berjaya, mencipta nama, menjadi seperti yang kamu inginkan, tapi latihlah diri. Tarbiahlah diri. Supaya suatu hari nanti kamu dapat berada di tempat kami. Sebenarnya berada di tempat ini tak selesa seperti yang orang lain Nampak. Tak seindah seperti yang kamu rasa. Tak semanis seperti yang selalu dicanang-canangkan. Tapi kamu boleh buat. Dan suatu hari nanti kamu boleh ganti kami malah mampu jadi lebih baik dari kami. Kami tahu dan yakin."

Matanya bersinar. Senyumnya meleret panjang.

"Satu hari nanti saya nak jadi macam akak lah!"

"Jangan!! Jadi lebih baik…" beliau senyum. Matanya bundar merenung. Seolah mendapat semangat baru. Beliau bangun dari kerusi batu. Menganggukkan sedikit kepala. Tanda mahu berundur. Tangannya ditarik lembut. Beliau tidak jadi teruskan langkah. Berpaling dan memandang dengan penuh harapan.

"Dik, kita kena berjuang untuk final exam kan? Biar sampai tak tido, kan? Sebab kita ada masa hampir sebulan lagi kan?" beliau mengangguk.

"Dan kita hanya ada 7hari lagi Ramadhan. Agaknya bagaimana usaha kita ye? Tak tido malam? Tak henti baca Quran? Tak tinggal Qiam? Mungkin lebih dari itu kan? Kerana exam itu masalah dunia. Sedangkan amal ibadah adalah masalah negeri abadi, yang pasti dihisab kelak. Maksimakan segalanya yang termampu di akhir bulan Barakah ni." Senyum.

Tangan ditarik lembut oleh beliau. Disalam dan dicium. Matanya merenung syahdu.

"Nampaknya saya dapat banyak 'hikmah' dari vice pres petang ni. Patutla rasa hati nak sangat datang KC. Rupanya nak jumpa dengan akak. Syukran kak. Doakan perjalanan balik dankembali saya selamat sejahtera."

"Baik.. Insya Allah. Akak doakan kamu selamat sejahtera di dunia dan akhirat..Ameen."

Beliau melambai tangan. Lembut. Dengan senyuman di wajahnya yang ayu.

"Akak kalau letak dalam blog jangan letak nama saya tau!!" sempat beliau menjerit. Blog? Tersenyum lagi. Beliau pergi dengan lambaian tangan yang berterusan. Senyuman yang tidak pernah putus dari bibir mulusnya.

Dan kaki ini menapak ke dalam Mahallah. Semangat berkobar rasa. Ada idola! Perasaan untuk mengubah diri kearah yang lebih baik bertambah-tambah. Terima kasih Tuhan menghantar beliau untuk peringatan diri ini. Sesungguhnya hamba ini sering merasa lelah dan mahu berhenti. Tapi dalam diam hari ini Kau menghantar 'catalyst' buatku. Supaya hamba tahu, ada manusia sedang menghargai dan mempelajari sesuatu dari hamba yang kerdil.

Dan akhirnya Ramadhan kali ini terasa syahdu. Lampu dan perhiasan di lobi Mahallah menarik perhatian. Teringat di kampung. Besok bakalku jejaki kampung halaman. Bagaimana agaknya suasana disana? Rindu dan syahdu. Tungguku pulang~


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

'beliau" said...

kak husna.......!
dah agak.......!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.