♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, October 28, 2010

Bongsu. Aduuh!

Bukan nak cerita pasal saya yang orang selalu anggap anak bongsu. Teruk sangat ke saya sampai korang ingat saya anak bongsu? Ngeh! Saya ada adik. Adik lelaki. Satu je. Erk, sorang je lah. Sebut satu nanti diorang ingat patung doraemon plak! Tapi mungkin sebab jarak umur saya dan adik sedikit jauh. Tak mengapalah. Saya pun tak kesah orang nk kata saya anak bongsu, tapi adik saya mungkin kesah. J

Aduhh. Bukan nak cakap pasal anak bongsu ke. Anak mak ke. Anak ayah ke. Anak apa-apa je. Tapi nak cakap pasal gigi geraham bongsu. Pergh. Bahaya jugak penangan gigi geraham yang bongsu ni eh. Agak-agak anak bongsu pun bahaya macam ni kot? Dek kerana penangan gigi yang bongsu ni, best jugak. Saya dah tak banyak cakap. Elok jugak. Tade la orang nk terasa ke. Nak terbakar ke dengan ayat-ayat saya tu. Tapi part sakit tu mmg takle tahan jugak. Nak nangis malu plak. Nanti orang Tanya, kenapa nangis? Saket gigi! Malu lah! Eh, tak gosok gigi ke? Huaaa….! Mengarutnya!

Takpelah. Bila dah saket tu, saya pun start la research kat Pusat Sumber saya. Banyak sumber. Antaranya Ibu la kan. Pengalaman tentu dah banyak. Internet pun teman setia jugak bila nak cari maklumat. Library? Yang ni kurang minat sket. Sebab kurang privacy. Haha! So, saya pun berbangga nak kongsi dengan semua orang yang terbaca post ni tentang Geraham Bongsu. Klo korang dah ada keempat-empat Geraham Bongsu ni takpe lah. Baca info ni, nati klo anak-anak korang Tanya, sekurangnya korang boleh jadi Pusat Sumber buat mereka. So, keep reading!


 

Gigi geraham bongsu adalah gigi molar ketiga (terakhir).

Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.

Gigi geraham bongsu atas biasanya tidak banyak masalah,

tetapi gigi geraham bongsu bawah biasanya tidak cukup tempat untuk keluar,iaitu terbenam atau keluar mencondong.


 

MASALAH GIGI GERAHAM BONGSU

 Sumbatan makanan berbau busuk

 Gusi yang meliputi gigi bengkak; demam.

 Merosakan gigi di depan serta tulang dan gusi sekitarnya


 

(Jika gigi di depan rosak teruk, cabutan gigi depan tersebut (bukan geraham bongsu) mungkin diperlukan

 Gigi depan menjadi berlubang,sensitif atau sakit

 Pipi dan leher bengkak,mulut tidak boleh buka luas.

 Kesakitan mungkin merebak ke leher,telinga,kepala malahan gigi berdekatan.

 Gigi mungkin melemahkan rahang bawah,lebih mudah pecah apabila pembedahan atau terkena daya kuat.

 Ketumbuhan tidak normal terjadi, menghakis tulang berdekatan.

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum 'dewasa'. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut.

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.

Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai 'impacted'. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

P/S: Oooh. Geraham bongsu, adakah anda hadir untuk mengatakan bahawa saya sudah dewasa? Nampaknya kedatangan anda tidak diundang. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Nazrin Syafiq said...

patut la nampak senyap je.. sakit gigi rupanya.. hihi..

husnataqwa said...

tapi orang tak saket gigi patotnya tak senyap la kan,nazrin? hehe.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.