♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, October 18, 2010

Ditembak tak mati


Selepas saya menaip post kontrovesi, saya ditembak pelbagai sudut. Walaupun saya rasa post tersebut tidaklah kontroversi sangat. L tapi telah dikontroversikan. Heh. Apakah saya sedang merepek ini. Ditembak dengan soalan-soalan yang saya kira kejam. Tidak baek menghukum saya hanya dengan membaca post tersebut. Senang kata, tak semestinya itu kisah saya. Walaupun saya cakap macam tu, orang nak jugak kata, "eh, tayah sembunyi-sembunyi. Benda baek tak elok sembunyi." "Apa salahnya kongsi-kongsi. Kita semua kawan-kawan ja." Heh, kalo la betol, dah lama saya kongsi wak. J


Walaupun korang tembak kat mana-mana sudut pun, saya tak matilah. Email ke.YM ke. SMS ke. Nasib baek takde panggilan tefon kan. Ceyt, bajet artis. J


CFS dah nak kembali beroperasi. Macam dah rasa syahdu nak tinggal rumah kesayangan. Bilik kesayangan. Dan semua yang tersayanglah. This is the last semester. I hope so. Sekejap je satu semester ni. Kejap sangat. Tak terasa pun. Macam last semester, eh, tibe2 dah nak exam kah? Roda hidup.. paaaaling risau, result yang nak kua esok lusa. Adoiya. Dapat mesej bertimbun-timbun, habaq mai result nak keluaq 20hb after 5pm. Fuiyoo, tak sabar rasanya tak nak tengok result. orang kata, maximize kan doa. Hooray! Mari sama-sama banyakkan berdoa. Moga-moga apa saja result yang kita dapat kita mampu berlapang dada. Moga-moga result kita nanti menambahkan lagi rasa cinta kita pada ilmu dan sekaligus pada PENCIPTA ILMU. Insya allah.


Start dah keje-keje MEDCY menyinggah kepala otak. Bukan kepala kotak eh. Macam one of my friend said, "next sem, MEDCY banyak sangat event. LG lagi. Tarbiah lagi. Pengisian takkan awak nak tinggalkan? Sem depan awak amek EAP lagi. Belajar nak achieve pointer lagi. Banyak sangat. Mesti board awak penuh dengan pelbagai task yang kena siapkan. Tambah pulak dengan keadaan kesihatan awak. Jadi, semua tu tak boleh nak tolak tepi. Awak kena buat, itukan tanggungjawab dan amanah? Makanya, segala persiapan bermula sekarang. Start bila iman kat hati, start belajar untuk terima tekanan dan sebagainya. yang penting kena belajar untuk ikhlas buat semua keje-keje. Kalau tak sia-sia lah kan? Persiapkan diri awak untuk masuk sem baru, yang mana last sem awak moga-moganya." Betollah segala perkataannya dan saya berterima kasih pada yang berkata. Peringatan yang cukup bernas. Sukesuke. Tak pe, kepada semua yang memang tak pernah jemu sumbang tenaga kat CFS macam Presiden-Presiden mana-mana organisasi, Majlis tertinggi mana-mana organisasi, head comm. Mana-mana organissasi sekalipun, kita semua mesti bersedia menyiapkan diri, lebih-lebih lagi nak stabilkan akademik dan kerja-kerja dalam organisasi. Itu paling penting. J



Biarlah bagaimanapun kita ditembak, dengan tekanan, dengan masalah anak-anak buah, dengan masalah rakan sekerja, dengan masalah commitment, dengan masalah dengan pihak pentadbiran, tak kesah, yang penting kita kena kebal dengan segala masalah. Nak jadi orang yang hebat, kena biasa dengan ujian. Saya pernah kata pada seorang sahabat saya, "strong soul, the medicine is challenge.". jiwa yang kuat, ubatnya adalah ujian dan cabaran. Betollah tu. J


Kalau ditembak dengan senapang pun, sila sediakan baju kalis peluru awal-awal. Same goes to this situation. Mari kita sediakan baju kalis peluru supaya kita mampu mengharungi semua dugaan dalam CFS nanti. Moga-moga tidak ada yang 'down', tension, larikan diri, sepikan dan sebagainya. moga-moga sayalah orang pertama yang terlindung darinya. Ameen…. J
J
J
J
J


Namun begitu, saya tentu berasa kehilangan dengan pemergian kawan-kawan yang setahun setengah. Mostly bukan budak MEDCY. Biasanya PRESS, INTECH, ENGINE dan LAW. Semoga pemergian kalian digantikan dengan jiwa baru yang bakal memperjuangkan kebaekan di CFS. Namun, kehilangan kalian pasti dirasai kami di sini. Moga-moga kalian beroleh yang terbaek di sana dan kita bertemu lagi jika panjang jodohnya di MAIN CAMPUS. Perpisahan 10 bulan bukan sekejap. Terlalu lama. Moga-moga ukhuwwah kita tetap kukuh dan istimewa. J


Sometimes, saya selalu dengar orang kata, "hidup ni susah.."


Hidup ni susah? Compared to what? Mati? Anda yakin kehidupan selepas mati itu senang? Live ur life. Make it well. Achieve mardhatillah. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

anda mmg nakal che husna baek...hehehe...tp kalo btol la post2 yg lepas mengenai anda apa slahnya???..hehehhe..sy gembira sentiasa....

_bella_

nera said...

saya pun.. saya pun.. gembira jugak. orang bahagia,kite tumpang, ye dak?

nurulhusna said...

cik bella, saya rindukan kenangan kita. huuu. opss.. cikgu bella? terimakaseh sudi tumpang gembira. saya lagi gembira if sume ni berlaku pada awak. lagi gembira. tak sabar nk p tengganu. makan nasik dagang. huh! sodap~

nera- aah. tumpang bahagia jugak...!!!!!!!!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.