♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, October 21, 2010

20102010 – buat yang ada hati

Nice date. Nice. Very nice. Date ni jugak keluar result. bab tu tak nice. Sometimes I wonder, hebatnya you all, bila result kua berebut-rebut nak tengok result. sampai server down! Tengok saya. Rilek sudaa. Dah biasa tengok result lambat. Tapi tadi tergoda jugak tengok semua orang pakat dok buat status kat FB pasal result [FB mmg penggoda terbaek]. Tapi bila saya goda portal IIUM tak dapat pulak. Melepas nak tengok result awal. Tidak mengapa. Ada peluang lagi untuk terus berdoa. Moga-moga Allah redha.

And. For those yang dah tengok result tu, macam-macam reaksi ada. Ada yang senyum. Ada yang menangis. [shown in FB]. Great spy lah FB nih. Paling menyejukkan hati, yang say "Alhamdulillah". Better! Walau apapun keputusan kita, capai target. Tak capai target. Ingat, semuanya di tangan Allah. Why not spend some times sujud syukur buatNYA? DIA tidak memerlukan kita. Tapi kita yang memerlukan DIA. Tapi yang say ALHAMDULILLAH kat FB pun, dalam hati dia mana kita tahu kan? Itulah orang yang bersabar. Maksudnya? Walaupun dapat result yang tak ditarget, tapi hati cuba untuk bersyukur dengan pemberian Allah. Dalam hati, tak boleh lari dengan sedih, gundah gulana, resah gelisah, itukan fitrah. Tapi cuba neutralkan dengan iman, itu pasti!

Tentang result, boleh kata saya dah kebal dengan result tak capai target, mengejutkan, unexpected dan sebagainya. Dah sebati dah. Itulah, belajar matang dari pengalaman. Terbaeek. Antara petua yang saya boleh kongsi, don't put high hope sangat. Contoh, kita target dapat 3.9. kalau dapat 3.5 mungkin dah down. Gelisah dan sebagainya. Padahal 3.5 dah ok sangat dah tu. Lagi satu, bersedia betol2 sebelum tengok result. bukan apa, supaya hati kita tenang dan tak berperang dengan takdir Tuhan. Risau nanti kalau tak bersedia, bila tengok result tak seperti yang diimpikan, nak terajang habes harta benda. Oih, risau tuh. Hem.. Tenangkan hati. Amek wudhu. Baca doa. Pesan pada hati, redhalah dengan apa yang Allah beri. Pesan pada mata, jangan cepat rembeskan air masinmu. Pesan pada telinga, jangan dengar cakap orang. Pesan pada bibir, senyumlah walau apapun yang kita dapat. Insya allah. Kita rasa tenang walaupun tengok result, terpaksa repeat paper. Tenang. Percayalah. Ada hikmahnya walaupun kena repeat paper. Ada hikmahnya walaupun tak capai target kita. Yang penting kita bersedia hadapi apa jua yang ada dihadapan. Kan?

Tahniah buat yang Berjaya. Tahniah buat yang capai target dan cita. Jangan lupa pada PEMBERI NIKMAT setelah mendapat NIKMAT. Jangan ditanya result saya. Belom dilihat lagi. buat masa sekarang. Lepas ni mungkin ada. Dah beberapa kali saya mencuba untuk online portal student, tapi sayang, belom rezeki saya kot. Tak dapat masuk pun. Dengki sungguh ITD dengan saya? Huuu. Takpe, saya tak kesah. Mengambil masa supaya hati lebih bersedia. Yelah, kalau result tak memuaskan, hati kena bersedia untuk redha. Kalau result best sangat, hati kena bersedia untuk lebih dekatkan diri kepadaNYA. Tak gitu? Saya bercadang nak menggoda portal ni paa Jumaat nanti. Senang. Tentu dah dapat. Insya allah. Harap-harap tak ada saman. Rasanya dah jadi budak baek kat CFS. No more saman2. Kat DQ dulu, buku outing tak pernah kena cop merah. Walaupun selalu balik dan datang lambat. Memang bertuah. Kalau ada saman, memang tak dapat tengok result. L harap-harap tak ada. Rasanya hari tu p KFC dah mintak dengan Pak Cik Misai sebab CFS tade café yg bukak. Dia tak saman kan? Huu.

Apapun, doakan saya, mereka, dia, kita dan semua. Takkira la pelajar UIA ke mana-mana university ke. Tak pe. Doakan semua sukses mencari ilmullah. Doakan semoga semua istiqamah dengan segala kebaekan. Insya allah.

Kadang-kadang saya terfikir,

people always know our good side. but they dont know our bad side. when they know, they will feel annoyed. kan?

Kadang-kadang kita rasa, kita seperti seorang gadis memakai kasut tumit tinggi, berjalan di depan ribuan orang ramai, dengan memakai gaun putih, berjalan di atas lumpur. Wau. Sila bayangkan. Ok. Dan bila kita jatuh atau gaun kita kotor terkena lumpur, people will say, "alah, budak ni tak macam yang kita sangka rupenya."

Padahal kita juga seorang mausia biasa walaupun kelihatan mungkin seperti puteri raja. Kita manusia dan tak boleh lari dari fitrah manusia biasa. Betol! Percayalah. Seperti saya. Punya kelemahan dan segala. Memang saya tidak sempurna. kadang-kadang hati ini lari jugak. Lalai jugak. Lemah. Tapi tak mahu membiasakan hati ini dengan kelalaian. Biar hati ini hidup tegar dengan iman. Allah. Susah memang susah. Tapi itu impian. Moga Allah mudahkan.

Kadang-kadang, bila kita memuji manusia, kita boleh jadi terlupa, dia juga manusia. Manusia biasa. Macam kita-kita. Cuma mungkin jalannya sedikit berbeza. Jangan sampai kita memuji mereka, sehingga mereka segan menjadi diri sendiri. Segan menunjukkan diri mereka yang sebenarnya. Moga-moga kita berpada pada memuji. Berpada pada bila membuat expectation. Kita semua sama. Bezanya Cuma taqwa dan amalan kita. J

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan macamana?

Semalam, great day lah. Together with Zakirah dan Wirdah. Camping di Jeram Linang. Waa! Memang best. Diorang siap masak-masak lagi. takpe, next time cerita bila dah dapat gambar dari Wirdah. J

Apa kata kita berlari? Saya mengakui saya tak mampu berhadapan dengan beberapa dugaan. Terutama bab hati dan perasaan. Lemah jantung boleh jadi. Kan dah cakap saya budak kecik lagi. jantung pun kecik. Sebab tu lemah. Lawak je. Heh. Daripada terus melakukan dosa dan maksiat, lebih baek kita lari. Takkesah apa saja masalah anda, sekiranya sesuatu perkara yang anda hadapi membuatkan hati anda diragut ketenangannya, jiwa anda hilang ketaqwaannya, nafsu anda mencerlang gelodaknya, lari. Lari sejauh mungkin. Supaya anda tidak menjadi mangsa korban diri sendiri. Larilah, apa tunggu lagi. Jom lari------------------------------------------------------------------------------------


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

tintaduat said...

nk berlari lagi? ku pikir dikau telah penat berlari. rupanya masih ingin terus lari. sampai bila nk lari daripada menghdapi realiti? berhenti sekejap. lihat ke depan, rancanglah masa depan, lihat kebelakang, apa yg ditinggalkan. jangan takut mengaku, dan tak salah mencuba.
apapun, semoga result terbaik ya. insya allah dapat tengok nanti. kena sabar sket.
uhibbuki fillah ya ukht...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.