♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, October 03, 2010

Heh. Rindu sama DQ.

Perasaan yang sukar betol untuk ditafsirkan. Sejak akhir-akhir ni, perasaan pelik-pelik selalu muncul dalam hati aku. Rasa yang tak tahu nak ungkap. Tetiba rasa nak pergi DQ. Tapi buat masa sekarang tak mampu. Terasa angin kuat di DQ menyapa badan,kasar. Rindu untuk berada di situ. Situasi itu. Quran Darul Iman digenggam erat di tangan. Kemana saja melangkah, Quran selalu dibawa. Kini, bila orang suruh keluarkan Quran, malu nak cakap tak bawak Quran, pastu cakap, "Quran saya ada kat sini (sambil tunjuk kat kepala)". Padahal, hanya diri sendiri saja yang tahu berapa peratus Quran yang masih berlari laju dalam kepala. Teringat pada asatizah kat DQ. Masya Allah. Perasaan ini saya rasa pelik, sebab ia hadir dalam keadaan pelik. Banyak sangat keadaan pelik berlaku. Satu malam beberapa bulan yang lepas, saya pernah bermimpi, saya hadir ke satu tempat. Dua tingkat. Dalam hutan. Di bawahnya seperti sebuah dewan. Diatas seperti tempat penginapan. Saya bermimpi saya memanjat tangga rumah tersebut. tetiba-tiba, dalam minggu ni, saya ternampak tempat yang sebijik sama dalam mimpi saya. Dalam mimpi, waktu saya mimpi tu, keadaan tu rasa best sangat,manis sangat. Waktu saya ternampak tempat tu pun, saya rasa manis dan best sangat. Sejibik sama dalam mimpi. Huh! Kebetulan yang menarik!

DQ.. DQ.. Tak kisah lah ada orang yang kata produk keluaran DQ kurang kualiti. Produk DQ pun tak kurang dengan orang yang bukan DQ. Itu semua tak mengganggu gugat ketenangan saya. Kerana hanya saya yang tahu sejauh mana buni barakah DQ memberi kesan pada hati saya. Jadi, biar saya yang judge my own place, that I ever be there. Hurm!

Best jugak jejalan kat Seremban ni. Berniat mengajak sahabat datnag menjenguk bumi Seremban, sebelum bermigrasi ke Kuantan. Insya allah, ada rezeki kita datang berkelah ke Seremban. Port Dickson tempat yang menarik,kan? Wasilah ukhwah antara kita, insya allah.

Ok lah. Saya sedang menguatkan diri dan menyediakan diri dengan beberapa persiapan yang perlu. Doakan kejayaan saya. Doakan saya sentiasa istiqamah dan yakin dengan apa saja yang Dia beri pada saya. Doakan saya redha apa yang Dia mahu beri pada saya. Terima kasih semua.

Salam penuh Kesejahteraan dan Kedamaian.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Syahmi Syazeril said...

sekadr menjawab, port dickson memang tempat yang menarik... insyaAllah...

Anonymous said...

ust syahmi kena bawak kami melawat pd nih, kan kak.. hehe

Anonymous said...

pe lagi, sorang semban, sorang pd, picnic ukj sesuai ni.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.