♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, October 07, 2010

I.K.H.L.A.S

Detik demi detik aku mengira. Terseksa rasanya. Bukan aku tidak sanggup menerima. Tapi ragu pada diri. Bersediakah hamba?

Biar apa pun yang datang menduga. Biar macamana sekalipun Tuhan mahu menguji. Biar. Hati ini mahu redha. Apa saja keputusannya nanti, hamba mahu bersedia.

Tuhan. Engkau mengajarku erti tabah sudah bertahun lamanya. Dan kini. Kau mahu menguji T.A.B.A.H ini dengan sesuatu yang lebih besar.

Tidak mengapa.. Aku cuba untuk ikhlas dan ikhlas.

Indah hidup berTuhan. Biar penuh derita kesakitan, tapi bernafas dalam jiwa hamba memang membahagiakan.

B.A.H.A.G.I.A menjadi hamba. Setiap kali bersyukur, semuanya rasa sempurna. Setiap kali berdoa, segala hajat rasa kesampaian.

Oh… Tuhan. Aku tahu Kau menyayangiku.

TIADA PERCINTAAN YANG LEBIH INDAH SELAIN BERCINTA DENGAN TUHAN.

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

Anonymous said...

menitik i mate bace.
takpe. i know my dear sister.. too much strong..
bila org tanye,
"adk ko canne? ok tak die?"
pikiranku terbayangkanmu. sesak nafas rase. tapi ak yakin adikku kuat. sooo strong. u can make it. jangan sedih. i know u are..
semoga allah limpah kasih sayang buatmu..
adoooii...jangan nangis dik (walaupun diriku sedang)

dtctve said...

this coming monday rite? trust u. smile always ok..
cannot feel what u feel, but i know it hurt. smile
sepupuku...

dtctve said...

this coming monday rite? trust u. smile always ok..
cannot feel what u feel, but i know it hurt. smile
sepupuku...

husnataqwa said...

mengapakah semua orang mahu bersedih di sini? rilek sudaa. tiada apa2 yg perlu dikhuatiri. keh3.
allag kan ada.. :))

Anonymous said...

hem.. macamtu laa dy selalu2 pun..

husnataqwa said...

:))

Afiqah Zulkifli said...

'Aku mengikut prasangka hambaKu.jika hambaKu bersangka baik, maka baiklah
ia. Dan jika hambaKu bersangka buruk, maka buruklah ia'

Anonymous said...

apa tajuk lagu ni??

husnataqwa said...

tajuk lagu erti syukur by U.N.I.C
:))

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.