♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, October 29, 2010

Jeram Linang – Menjadi Muslimah bukan penghalang.



Alhamdulillah. Cuti semester yang lepas. Sempat saya dan beberapa orang sahabat (macam ramai je bunyinya, padahal dua orang je) berehlah. Dua kali pulak tu.



Sekarang saya mengerti mengapa orang sanggup spend banyak ribu untuk pergi melancong, pergi rehlah, sebab padanya ada kepuasan tersendiri. Tapi, kalo kita bole spend banyak ribu untuk pegi melancong, pegi rehlah, mestilah kita kena banyak spend jugak untuk kerja dakwah, zakat dan sedeqah, kan? Yelah, tentu pahalanya berlipat kali ganda, malah memberi manfaat pulak untuk orang lain. masya allah.



Saya kira ini kali pertama ibu saya benarkan saya memandu tanpa ibu dan kakak dengan kejauhan sebegini. Lebih kurang hampir dua jam memandu. Mungkin ibu saya memahami tekanan saya pada waktu itu. Tertekan dengan masalah birokrasi hospital. Apabila doctor saya tiada disini, semuanya menjadi susah. Maka, tekanan demi tekanan saya rasai, ditambah dengan ketidaksanggupan saya untuk meng'extend' tahun pengajian sekiranya masalah saya tidak dapat diselesaikan. Itu cukup untuk menjadi beban besar kepada saya. Kepada Allah tempat mengadu dan sebaek-baek tempat meminta pertolongan. Alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya walaupun saya terpaksa merajinkan diri mengampil pil-pil kegemaran saya buat sementara waktu.



Perjalanan tak terasa lama, walaupun hampir dua jam, ditemani Zakirah dan Wirdah serta pelbagai topic menarik yang dibualkan. Memandangkan hari tersebut merupakan hari Selasa, maka tak ramai orang di tempat air terjun tersebut. maka, kami bergembira. Memasang khemah. Setup tempat memasak dan sebagainya. alhamduliillah. Kali ni best dengan pelbagai kelengkapan lengkap dari Zakirah. Sekaligus melatih skill untuk lebih berdikari. Tapi bab masak-memasak, Wirdah memang gemar sangat. Jadi serahkan saja pada dia. Berbekalkan setin kecil sardine dan tiga biji telur (kedekut betol) kami memasak dengan riang gembira. Best. Buat air teh limau kegemaran Zakirah. Scramble egg kegemaran Wirdah. Saya? Roti Gardenia menjadi pilihan memandangkan perut masih dalam dalam servis lagi. Pergh!



Menjadi seorang wanita muslimah bukan penghalang untuk mandi-manda di air terjun. Sapa kata muslimah tak boleh mandi air terjun? Jangan jumud. Tak perlu membeli pakaian mandi muslimah yang berharga ratusan ringgit, tetapi tetap tidak sempurna penutupan auratnya. Cukuplah sekadar berbaju T-Shirt labuh lengan panjang, berseluar panjang, dan bertudung besar. Tudung besar mengelakkan masalah mudah tercabut dan melindungi apa yang sepatutnya dilindungi. Bagi saya sendiri, lebih selesa memakai baju kurung dan berseluar panjang berbanding T-Shirt labuh. Mengikut siasatan kes saya, baju kurung mengelakkan bentuk badan jelas terbentuk apabila kita mandi di dalam air berbanding baju T-Shirt yang melekat di tubuh. Itu pendapat peribadi. Berhak dipersetujui, berhak jua dibangkang. Tapi, tak payah la nak bahas, saya dah pencen. J



Saya sedih melihat kawan-kawan sejantina saya yang bertudung lengkap menutup aurat, tetapi apabila melakukan aktiviti rehlah di air terjun atau pantai, mereka membuka tudung dan tidak menutup aurat. Seolah-olah di dalam air, segala hukum Tuhan tidak berkuat-kuasa. Kan bagos kalau kita menutup aurat. Tak rugi, bukan susah. Malah melindungi diri kita dari gangguan makhluk yang berlainan jantina dengan kita, iaitu lelaki.



Takpe, bole kalo nak mandi tak pakai tudung, mandi dalam bilik air. Tak pun, nanti dah kaya-raya, buat kolam mandi dalam rumah. Pastu mandi puas-puas tayah pakai tudung. Kan senang. Waktu mandi di tempat awam, jagalah apa yang perlu dijaga. Terutama aurat. Hukum Allah fleksibel di mana-mana. Anda tak percaya? Saya pernah melakukannya. Tiba giliran anda membuktikannya. Insya allah Allah redha.








Next destination? Langkawi?


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

bukan said...

kalo dah suke pil-pil tu, telan ye. jangan dibuang. mahal ubat2 tu. bukan murah. sian ibu bayar mahal2. jangan kejam. jangan zalim. jangan minum ais. kalo tengok budak ni minum ais, lempang je die. mmg cari nahas..

for the sake of all ok.

detective said...

dan cik adik akan jawab,"susahla nk pantang ais. suruh la pantang sayur ke, kan senang."
abang, lempang je die ni. kasi sedar sket. kesihatan bukan nk jaga. kasi kawen je. kah3

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.