♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, October 11, 2010

Mohon maaf.. ;(

Bismillah Alhamdulillah.

Here,

Saya, Penulis Blog ni nak memohon maaf atas kekurangan setiap yang ada pada blog ini. Sesunngguhnya, sekiranya kalian mencari kesempurnaan padaku,nescaya tidak kalian temui. Namun,tidak dinafikan hamba mencari jalan kesempurnaan. Moga-moga tidak jauh tersimpang dari jalan yang benar. Insya allah.

Pertama kali, saya rasa saya terlalu dhaif. Seperti kata kalian, benar saya terlalu dhaif. Dah kedhaifan saya terlihat pada setiap gerak geri dan kelakuan saya. Mohon tunjuk ajar dari kalian yang lebih 'alim dan jauh lebih hebat dari hamba yang serba kekurangan.

Saya pada awalnya menceburi bidang penulisan blog untuk memenuhi hajat keluarga yang waktu itu seorang di Indonesia dan seorang di Jepun. Tak lupa yang di Mekah dan Mesir. Alhamdulillah. Saya melaksanakan hajat kakak abang dan saudara terdekat. Tidak pernah saya sangka saya bakal menulis hari ini. Mohon ampun atas persediaan yang tidak mapan dan kekurangan yang terlampau-lampau jelas pada pandangan kalian.

Mungkin saya sepatutnya mampir dengan persediaan yang mantap untuk menjadi seorang blogger seperti kalian. Apa pun, saya berterima kasih atas teguran kalian yang menyedarkan saya di atas kekurangan saya. Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasa baek kalian. Di samping itu, saya memohon kalian yang serba hebat untuk terus membimbing saya.

Semoga kalian dilindungi Allah dan mendapat kebaekan yg berterusan. Mohon doa dari kalian buat saya. Moga-moga doa kalian menjadi segenggam tabah buat saya.

Kepada yang mewarnai malam saya kali ini, Anje Noor, Wirdah, Fathiah Radzi, saya dahului dengan ucapan SYUKRAN JAZILAN buat kalian. Moga-moga rahmat Allah tidak terhalang buat kalian.

Wirdah, thanks for a very nice word ya!

Saya penuh kekurangan, tapi jangan tinggalkan saya keseorangan.

buat teman seperjuangan, moga kita ketemu lagi dengan sakinah dan mawaddah. Insya Allah.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

ila said...

sindir sape ni?
takpe, kadang2 orang ni dengki dengan kita. yang penting, kita tahu kita buat benda baik. kak, jangan retire tulis blog ye..

murabbi said...

mungkin teguran membuatkan kita menjadi lebih baik..
apa2 pun...teruskan menulis kak..
moge tiap yang ditulis, ada mnfaatnya...
suke bace pnulisn akak...

1217 said...

biarlah seluruh dunia tidak memahami mu. i do.
biarlah seluruh dunia tidak mengakui kebaikanmu. i do.
biarlah dunia tidak memberi peluang untukmu. i do.
biarlah dunia tidak memandangmu. i do.
biarlah dunia tidak ada kebahagian buatmu. di akhirat kelak aku yakin terhidang untukmu. i do pray for me.
biar seluruh dunia mengecammu. aku ingin menyokongmu.
biar seluruh dunia tidak mendengarmu. i do.
biar seluruh dunia mengatakan bukan sepertinya untukmu. i will support u.
because allah sent me to protect u. i hope so.
update la blog. jgn tengok je..
update bukan unt sape2 kan?
husna yang baik,
mereka yg tidak mengenalimu pasti rugi. lebih rugi dengan perkataan2 yg tidak sesuai denganmu. biar mereka tidak mengetahui, allah kan tahu?
biar seluruh dunia menghukum, ada yg mengethaui kebenarannya.
kuatkan semangatmu teman.
ujian allah unt yang disayanginya mmg hebat. sehebat penerima ujian itu. kau lah orangnya.
aku tahu kau sedang berperang dengan sejenis perasaan, biar aku kata, itu fitrah. dan kau akan kata, lari dari fitrah itu bodoh.
bagi peluang ak bersama menemanimu dalam duka payah hidupmu. telefon tu angkat. mesej tu balas. tak baik hampakan harapan kawan. jangan ego sangat.. ak tahu kawan aku ni hebat. tapi biar ak jadi sebahagian dari hebatmu teman.
ak harap ade kebahagiaan untuk mu. pasti ada. kita yakin janji allah kan?
husna... matahari pasti muncul walau hujan selebat manapun. terbentuklah pelangi. indah bersemi. jangan rasa gundah dengan ujian yg datang bertamu. layan ia sebaik mungkin teman. jumaat ni ak balik. nak temankan kawan ak ni. itupun kalu die sudi menerima kedatangan ak. menjawab panggilan pun tak sudi. tak tahu lah..
kadang2 manusia lebih senang adanya ujian. supaya lebih rapat dengan tuhan.
husna..tabah dirimu bukan unt sesiapa. tapi unt dirimu. untuk tuhan yg mengujimu.
terima kasih membuatku bahagia menjadi temanmu sehingga aku lupa akan kebahagiaanmu.
*merepek kat sini sbb sahabat kesayanganku yg diuji tanda kehebatannya tidak mahu mendengar bicaraku,apatah lagi mengangkat panggilan telefonku.hinanya aku.. kalau terengganu ni pasir mas, dah lama ak ade di tangga rumahmu.*
sayang husna sangat. tapi allah lagi sayang husna.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.