♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, October 08, 2010

Taat dan Kasih

Taat dan kasih. Agak-agak apa perbezaannya? Untuk menjawab persoalannya, biar saya kemukan satu soalan,

Anda mengikut kata ibu bapa,kerana apa? Kerana taat kepada mereka? Atau kerana kasihkan mereka? Cuba renung dan fikirkan. Agak-agak kenapa ya aku ikut semua kata ibu ayahku? Bila ayah kata "A",maka "A" lah aku. Kerana aku mahu taat kepadanya atau kerana aku kasih kepadanya?

Suka untuk saya membicarakan perkara ini kerana tertarik dengan statement seorang lelaki 20-an yang saya jumpa di rumah saudara, Pulai Chondong, pagi tadi.

"Nasib baek die tu ibu. kalau bukan sebab berdosa tak taat kat dia, dah lama saya pi kerja kat luar negara."

Merungkai persoalan, kita taat atau kita kasih. Mudah saja. Bagi saya, sebagai seorang anak, yang bercita-cita untuk menjadi anak yang solehah, tentu sekali ketaatan harus berjalan seiringan dengan kasih sayang. Kita lakukan dengan perasaan taat dan kasih. Macamana ye agaknya?

Contoh jelas ingin saya bawa disini, mungkin sering berlaku. Seorang ibu menyuruh anaknya mengurut tangan ibunya. Si anak dengan wajah mencuka, mengurut dengan sambil lewa. Menerut perintah, kerana taat. Tanpa kasih sayang. Berbeza dengan si anak yang mengurut tangan ibunya dengan muka yang manis,semanis strawberi coklat Siti Nurhaliza dan Datuk K. J Si anak sedang mengurut kerana taat dan kasih. Jelas contohnya?

Saban hari saya melihat ramai anak-anak yang melayan ibu-bapanya kerana taat,patuh atau tuntutan agama. Tidak dengan kasih sayang. Bayangkan hati si ibu jika si anak mentaati perintahnya dengan penuh kasih sayang.

Bayangkan, di waktu cuti yang baru bermula, si ibu mengetuk pintu bilik si anak yang sedang tidur. Lantas si ibu meminta si anak menghantarnya ke sekolah. Dek kerana taat, si anak bangun kerana terpaksa. Menghempas pintu dan memandu dengan laju, seperti baru saja lepas menelan sebiji pil kuda. Benar,si anak mengikut arahan ibunya. Tidak ingkar. Tetapi si anak melakukan tanpa kasih sayang. Agaknya apa perasaan si ibu? jangan kata si ibu, kita yang memandang pun kadang-kadang rasa nak hempap si anak dengan kayu golf Tiger Wood yang dah bersara.

Cuba kita muhasabahkan kembali pada diri kita. As long as umur kita sekarang. Tak kira lah kalau yang baru berumur 18 tahun atau yang sudah berumur baya-baya Lisa Surihani mahupun yang sudah berumur lebih kurang Rosyam Nor. Selama kita hidup, berapa banyak kita memenuhi hajat ibu dengan taat dan kasih sayang? Senang untuk taat, tapi tidak senang untuk melakukan dengan kasih sayang,

Cuba kita letak keadaan yang sama pada situasi suami isteri. Taat dan kasih sayang juga perlu berjalan seiring. Ini tips keluarga bahagia. Tak percaya? Cubalah! Bagi yang dah kawen, boleh cuba sekarang, bagi yang belum tu kena sabar dulu, simpan tips hingga dah berumahtangga nanti.

Sepasang suami isteri baru pulang dari kerja. Jam 9 malam. Dua-dua penat. Sampai saja di rumah, si suami minta secawan Kopi Janda ataupun Kopi Radix. "Mai Secawan!"

Dalam keadaan penat, si isteri boleh saja pergi ke dapur, masam mencuka dan buatkan kopi. Boleh jadi sangat pekat atau terlalu cair. Letak atas meja dengan muncung sepanjang Jambatan Pulau Pinang. (hanya yang pernah sampai Jambatan Pulau Pinang yang mengetahui kepanjangannya. J) Dalam hati siap kutuk lagi, "ingat dia sorang penat, aku tak penat?" tapi agaknya kenapa si isteri menurut kata suami walau dalam keadaan begitu? Kerana taatlah! Taat pada suami dan si isteri melakukannya kerana tuntutan agama. Tiada added value.

Cuba bandingkan dengan keadaan kedua, bila si suami minta kopi, bukan saja kopi, malah kek pisang serta semua jenis biskut raya yang masih tersisa dihidangkan. (jangan tiru aksi ini dirumah). Ya, si isteri taat pada suami. Dalam masa yang sama, si isteri saaaayaaang pada suami. Sebab itu lah, bila si suami minta kopi Janda, si isteri terfikir, "penat kot suamiku comel ini". Lantas dihidangnya segala jenis yang ada dengan wajah yang semanis kurma walaupun kepenatan dek kerana bekerja. Berbezakan? Si suami yang memandang pun sejuk rasa hati walaupun si isteri belum mandi pun lagi. Tak mengapalah. Si isteri saayaaang, bukan hanya taat. Pentingkan taat dan kasih sayang berjalan seiring? Jika anda belum bersetuju, senang saja. Baca berulang kali dan bayangkan anda berada di situasi yang tersebut. insya allah, anda akan tahu bernilainya sebuah ketaatan hadir bersama kasih sayang.

Sekarang, mari kita pergi pada skop yang lebih luas, tentunya sebagai hamba. J

Sebagai hamba, taat dan kasih sayang sangat perlu berjalan seiring. Tuntutan sebagai muslim, kita wajib mengerjakan solat lima waktu.

Kalau hanya ada taat, kita kerjakan solat Subuh, tetapi mungkin hanya sekadar mahu menyempurnakan tuntutan. Kenapa solat? Sebab nanti kalau orang Tanya, dah solat belum, I will say, "Yes,I am".

Ramai orang solat. Kat masjid tu, penuh masjid. Tapi berapa ramai solatnya Berjaya mencegah dirinya daripada perkara mungkar? Tahniah jika anda Berjaya! Alhamdulillah! Teruskan usaha. Jika belum Berjaya, cuba kita renung kembali. Bayangkan kita melakukan solat kerana kasih sayang. Tentu kita tak kesah nak solat lama-lama. Sebab kita saaayaaang Allah, macam kita saaayaaang suami kita. Kan? Kita sayang Allah, kita melakukan ketaatan dengan penuh kasih sayang. Allah kata, solat 5 waktu. Tapi kita bukan saja kerjakan yang wajib, malah solat sunnat, selagi mampu dan ada kesempatan, mahu sangat kita tunaikan. Kerana kasihnya kita pada Allah. Kan best kalau kita jatuh hati pada Allah sama macam kita jatuh hati pada pacar-pacar kita? Macam ramai pulak pacar-pacar. Huu. Kalau kita dendangkan lagu "For the rest of My Life" buat pakwe/makwe kita kerana kita sayang padanya, tentunya sebahagia itu kita melafazkan zikir kepada Allah, kerana kita sayang pada Allah. Setuju?

Kadang-kadang saya buntu, bila orang bertanya, bagaimana saya mahu dekat pada Allah? Saya telah melakukan semua yang diperintahkan. Cuba renung kembali. Adakah kita melakukan dengan penuh kusyuk dan tawadhu'? adakah kita melakukan dengan segenap rasa kasih yang ada di hati kita? Renungkan dan perbetulkan apa yang tidak betul. Saya mula faham, bagaimana kasih sayang pada seseorang boleh membuatkan kita sanggup merentas lautan api, sanggup menghabiskan kredit telefon berates ringgit. Kerana apa? Kerana CINTA! Ini bukan slot Akasia di TV3, lakonan Fasha Sandha. Tapi ini CINTA, yang ada dalam jiwa kita. "Kuasa cinta ni hebat" kata seorang rakan. Dan saya tersenyum sambil menutup mata. Membayangkan CINTA lah! Mana tidaknya, adanya Taj Mahal lambing CINTA Mumtaz pada Syah Jehannya. Wah, teringin nak jadi Syah Jehan jugak lah! J takpe, boleh nak jadi Syah Jehan ke sape-sape ke. Mak kata, kena cinta Allah dulu. Insya Allah, nanti cinta manusia yang menyusul, penuh barakahnya. Mak kata jugak, Allah itu pemberi CINTA. Pencipta CINTA. Kalau kita CINTA pada DIA, insya allah, bakal diberikan kita CINTA yang cuuukuuup INDAH ciptaanNYA. Waahhh.. Mak,itu sya mahu!! CINTA.. Saya pejam mata lagi. Bayangkan CINTA! [+______+]

Tidak mengapalah. Hari ini, mari kita lakukan semuanya dengan penuh kasih sayang. Taat pada ibu dengan kasih sayang. Taat pada suami dengan kasih sayang. Mesti suami makin saaayaaang! Kalau kita taat pada Allah dengan sepenuh hati yang segenapnya dipenuhi rasa CINTA, tentu Allah maakiiin SAAAAYAAAANG, kan?

Kita berusaha menjadi anak solehah. Isteri Solehah. Mari jugak kita berusaha menjadi hamba ALLAH yang solehah. Mari. Mari. Jangan lupa, bawa saya sekali tau- Saya pun mahu menjadi yang solehah. Bawa saya juga, saya masih perlu pada 'lampu suluh' untuk bawa saya menyelusuri jalan yang pelbagai rintangannya. Saya risau tersasar dari [jalan kebenaran]. Mohon tunjuk ajar dan doa berterusan. JJJJ


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

hazwani khamarudin said...

very nice..
tekesan kat hati.
muhasabah kembali, sebesar mana mujahadah kita nk dekat dengan Allah...
Allah itu x jauh..tapi hamba ini yg sering menjauh..
astaghfirullah...

p/s: kopi radix,kek pisang,semua kueh raya dah t'hidang..=D

nurulhusna said...

sodaap dimakan kek pisang nyo.
canteekk dah ade blog. use it well. :))

kita hamba. sering lupa. tapi allah. pintu taubatnya sentiasa terbuka. mari kita masuk pintu taubatnya. bersama2.. :))

ila said...

salam kak husna. ni ila MMPM. sejak dua menjak ni blog kak memang wajib ila bukak bila online. kalu ila nk tanyo sket buleh a dop? kak hsna ado sape2 doh ke? and kak husna ade mase cuti2 ni meh aa g jale skolah lame. *,*

nurulhusna said...
This comment has been removed by the author.
nurulhusna said...
This comment has been removed by the author.
nurulhusna said...

ila, akak muda lagi.
p skola insya allah dalam perancangan. ila tade fb kah? ku mencari tidak ketemu. ke guna nama menda?
ola rerajin le lagi singgah blog tak seberapa ni. hohoho

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.