♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, November 01, 2010

Bola. Kelate. Winner!


Sekadar rasa terharu dengan kemenangan negeri Kelantan. Walaupun duet royalty bukan milik kita, tapi kemenangan Piala Malaysia berpihak pada kita. Tapi apalah sangat nak dibandingkan kemenangan Piala Malaysia dengan Wang Royalti yang tidak diberikan kepada kami,rakyat Kelantan? Sadis sungguh hatiku. Apakah yang menghalang kami mengecapi kemewahan hidup seperti negeri-negeri laen? Namun sekiranya kemewahan itu adalah kelab-kelab malam, pusat hiburan, disko dan pub-pub, biarlah kami kekal begini, kami rela tidak mengecapi kemewahan. Itu kemewahan dunia, kami nantikan kemewahan akhirat sana. Insya allah.


Sewaktu berada di PPUM, berkesempatan menjeling televisyen. Ramai yang dok depan TV waktu tu. Tak tahannya, menonton pun berbaju merah. J Kebetulan itu, ada dua orang penyokong bola sepak, [mungkin Kelantan,sebab baju merah dan muka berconteng merah] dihantar ke unit kecemasan. Nampak macam semput. Tapi tak pasti. Tapi kalau semput pun, memang patutlah, rupanya negeri Kelantan nak bawak balik piala. Mengalahkan nogori. Haish, takle plak nak kata apa-apa kat nogori. Nanti orang nogori tak bagi balek sana pulak hujung minggu. J tak merasa la masak lomak cili padi yang sodap tu. Adushh. Memang sodappp. Terbukti sedapppp. Pertama kali makan kat restoran, [yelah, kakakku orang Kelantan, abang iparku orang Kedah,mana pandai masak lomak], bersama abang ipar dan anak saudara, memang terus tertarik dengan masak lomak cili padi yang sodapp tu. Ooh, Nogori, sedap sungguh masak lomak cili padimu. J


Apapun, semoga kemenangan negeri Kelantan dalam Piala Malaysia baru-baru ini, sebagai signal awal untuk kemenangan akan datang. Moga melimpah ruah kemenangan buat kami. Tak kesah lah walau tak dapat wang royalti minyak, kami dah dapat Sultan yang hebat. Tak kesahlah kalau nak anak tirikan kami, kami dambakan kemenangan yang nyata. Kemenangan yang sebenar-benar kemenagan, insya allah.



Go more kelate, go more!

Kepada semua rakyat kelantan, meh ramai-ramai pertingkatkan kualiti diri. kualiti iman. seterusnya membina ummah contoh kepada negeri laen. Haik? Insya allah.

Menjadi muslim yang sebenarnya muslim. bukan muslim celup-celup. bukan muslim pada nama. bukan muslim pada keturunan. bukan muslim pada IC. muslim yang sebenar-benar muslim.

ketemu lagi. :) [saya bukanlah peminat tegar bola sepak.]



ni baru betol.. :)

Dear Red Warrior - ejah pakai seluar panjang deh. Jange wi napok lutut. Jaga sporting spirit molek-molek.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

kuat teh semangat dio...

Anonymous said...

kuat teh semangat dio...

Al - Mu'allim said...
This comment has been removed by the author.
Al - Mu'allim said...

Tahniah!!
tapi sedih jg sb dipolitikkan kemenangan ini,

Apapun,
omo attey omo

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.