♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, November 14, 2010

Bukan tak mahu dewasa..

Ibu, bersamalah aku meniti kedewasaan ini.
anakanda berjanji berusaha menjaga diri sebaeknya. insya allah ibu.
tapi anakanda tetap mahu ibu disisi. bersama,sentiasa.

Masa kecik dulu bila kita jatuh, mak hulurkan tangan.

Waktu kecik dulu, bila nak makan eskrem, kita minta pada abang.

Waktu kecik dulu, bila gado dengan kawan-kawan, kita bagitau ayah.

Waktu kecik dulu, semua orang tolong fikirkan untuk kita.

Tapi sekarang kita dah besar. Dah besar gedabak pun. Macam gerabak kereta api.

Kalau kita jatuh, bangunlah sendiri, sapu tempat luka dan teruskan berjalan lagi.

Kalau kita nakkan sesuatu, usahakan sendiri. Bersungguh-sungguh dapatkannya.

Kalau kita gaduh, selesaikan sendiri masalah kita, tiada lagi esak tangis sendu sebak.

Sekarang, kita dah besar, sudah tiba masanya kita fikirkan arah tuju hidup kita.

Sudah tiba masanya kita fikirkan matlamat kita dan perancangan menuju matlamat tersebut.

Susah menjadi dewasa. Tapi percayalah, dewasa membuatkan kita mampu melakukan pelbagai perkara yang kanak-kanak tak boleh buat!

Seperti? Belajar university! Seperti? Bawak keta sendiri! Seperti?? Kawen la ape lagi! mana kanak-kanak boleh buat.

[oke, sila jangan kutuk saya selepas anda baca statement ni.]

Dah dewasa dah anak mak. dah boleh belajar buat keputusan sendiri. Dah boleh fikir macam-macam. Sebab dan akibat.

Tapi kadang-kadang makin meningkat usia kita, makin banyak dosa yang kita lakukan. Makin banyak kebaekan yang perlu kita curahkan.

Umur bukan semata-mata angka, tapi ia adalah sesuatu kebaekan yang telah kita lakukan sepanjang umur kita. Itulah umur.

Jangan sedih menjadi dewasa. Tapi manfaatkan kedewasaan ini sepenuhnya.

Kadang-kadang, mengisytiharkan diri sebagai DEWASA, boleh menyebabkan banyak perkara laen muncul. Sebab tu kadang-kadang, ssuka menjadi budak-budak bawah umur dalam beberapa perkara. Menjaga otak. Menjaga hati. Menjaga diri. Menjadi dewasa bukan pilihan, tapi sesuatu yang perlu ditempuhi dengan iman.

-ibu, saya benar-benar merindui ibu. sebak hati saya mengenangkan ibu. ibu,hanya doa mampuku titip buatmu ibu. doaku buat penjaga Alam Semesta. Semoga Dia melindungimu,Ibu! anak ibu sedang berusaha menjadi dewasa. Melalui jalan menuju kedewasaan memang payah. Tapi jalan inilah yang bakal menentukan segalaya pada masa hadapan. Pintaku, moga doa ibu berpanjangan untukku dalam meniti jalan kedewasaan ini – Insya Allah.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

bro in law said...

tapi kamu tu dah besaq pun suruh abang jugak belikan aiskrim. sampai merajuk2. bila kamu nak dewasa ni.. musykil2.

husnataqwa said...

dewasa dah tu. klo tak, habes barang rumah kena terajang sebab tak dapat eskrem. hehe.
tnak la dewasa. nati tak dapat duet raya. +__+

husnataqwa said...

abang, ade orang kena marah kat IBU tadi, sebab tu jiwang ni. uwaaaaa.. :((

Anonymous said...

anak bongsu; normal kalau lambat matang. selalu dimanja.

husnataqwa said...

tak lah. saya tak manja.

anak permate said...

kalau tak kenal akak memang orang kata tak manja,tak mesra enn. tapi kalau dah kenal, hem.. kak husna tak seperti yang saya bayangkan. kelakar, baik. best lah moment dengan akak. tapi susah sangat nak jumpa dengan akak enn.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.