♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, November 16, 2010

Cepat sungguh!

Salam. Allahu akbar. Allahu akbar. Allah yang menjadikan masa. Dan DIAlah yang mengaturkan sebaik-baik masa. Terasa cepat masa berlalu pergi. Hujung minggu yang lalu, Bazaar Rafest muncul tiba. Dengan potensi yang besar untuk menghabiskan duet sebanyak mungkin. Hanya iman yang jadi pedoman. Heee.

Sekadar melepaskan gian, saya sendiri tidak pasti mengapa saya bersama-sama dalam aktiviti jualan bazaar Rafest kali ini. Kalau dikira, saya tidak dijemput. Apalagi ditaklifkan. Nampaknya ini kerja cari sendiri. Tahun lepas, saya tidak disini sewaktu Rafest.pada hari Jumaat, selepas melawat gerai Rafest yang masih dalam pembukaan, saya terus melangkah ke stesen untuk pulang ke Kelantan. Jadi, baru thaun ini saya merasai gegaran Rafest. Dalam masa yang sama mengerti mengapa ramai yang garu kepala bila tibanya Rafest. Apapun, ALHAMDULILLAH.

Kadang-kadang, berehat tidak bererti baring di katil atau lepak di kerusi rehat di tepian pantai. Rehat boleh jadi membuat sebarang kerja yang tidak memberi tekanan yang sama kepada kita. Contoh, anda tertekan dengan pekerjaan anda sebagai seorang pemimpin pelajar. Asyik mengarah, membuat keputusan, berbincang, syura, selesaikan masalah. Sesekali luangkan masa untuk memasak, mejual-jual, satu perkara yang menarik untuk merehatkan minda daripada tekanan kerja yang kadang-kadang melampau. Moga Allah memberkati.

Tidak saya sangka, hari ini saya bakal memulakan perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidil Adha. Esoknya hari raya. Mungkin saya bakal mengalirkan air mata mendengar takbir hari raya di dalam bas? Sedih,memang sedih. Lebih-lebih lagi ibu bapa saya di sana, mereka hanya menunggu kepulangan saya. Dek kerana abang dan kakak yang berada di perantauan sebuk dengan komitmen kerja masing-masing dan susah untuk mendapatkan cuti. Maka, sayalah anak tunggal perantauan buat ibu ayah pada hari raya kali ni. Jadi, wahai pemandu BAS, bawak bas molek2 deh, saya permata ibu ayah kali ini. Lebih-lebih lagi, saya bakal menjadi anak perempuan satu-satunya lagi kali ini. Whoa! Jadi sila pandu cermat memandangkan keadaan petang ini pun hujan yang tidak berhenti-henti sejak tengahari. Risau eden. Moga-moga perjalanan kami selamat. Dan mampu menyambut Aidil Adha dengan gembira dan bermakna. Sesungguhnya, pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail dalam peristiwa korban ini tiada galang gantinya. Sanggupkah kita berkorban seperti mereka? Maha Suci Allah yang menjadikan segalanya indah dan cukup indah. Alhamdulillah.

Isnin dan Selasa. Semua kelas terasa hambar. Nak tengok cikgu ajar pun dah malas. Nak dengar cikgu ajar pun tak gundah. Memang hati rasa nak balik ke rumah dah! Masya Allah godaan sungguh. Ku cuba hadapkan muka ke pensyarah. Tenung jugak muka pensyarah tu. Sampai pensyarah segan nak mengajar lama-lama. Hehe. Tade2. Supaya rasa terus berminat nak belajar dalam keadaan hati berada di rumah sebegini. Alhamdulillah. Semua kelas Berjaya di hadiri walau ada niat dihati nak 'tuang' kelas. Tapi Allah mengasihi, dihadirkan rasa bersalah pulak. Hehe.

Sudah beberapa hari tidak menelefon ibunda. Disebabkan keletihan sewaktu Rafest. Saya ni bukan buat kerja banyak pun, tu pun dah letih dah. Perasan sangat. Tapi memang letih tak tipu. Ahadnya pula hari hujan. Apalagi, bila kena hujan, kepala terus berdenyut-denyut. Bila ada task malamnya pun, saya yang dah sakit kepala ni makin menjadi-jadi. Saya kurang pasti, kenapa apabila saya terkena hujan, saya mengalami sakit kepala yang amat. Di Selangor lah, kalau kat Kelantan, siap boleh mandi hujan ramai-ramai lagi. bila dah sakit kepala, semua dah jadi tak betol. Alahai. Alhamdulillah LG diteruskan walau macam-macam dugaan muncul tengah jalan. Terima kasih Adek2 yang sudi menjayakan LG. terima kasih buat BOSS yang mengeluarkan arahan dengan tegasnya suruh pegi jugak LG walaupun waktu tu dengan sakit kepala dan semua benda yang terjadi, memang rasa nak bagi kat MR. Fahmi sorang yang handle. Alhamdulillah. Allah permudah semuanya. Smile.

Huh! Banyak kerja tertangguh. Memang banyak. Akanku usahakan perbetulkan semuanya secepat mungkin. Insya allah. Moga allah berkati segala pekerjaan kita.

Oh ya. Sewaktu Rafest baru-baru ini, saya ikot konsert UNIC, Far-East dan Algebra. Beshh sangat. Waktu Afiq (a.k.a AFIQAH Ibrahim Mohamad Yunus) jual tiket pada saya, saya terfikir, berminat ke? Eh, akhirnya bila dapat tiket, saya yang syok dengar konsert tu. Baru saya tahu, beshh konsert nih. Macam tu rupenya. Memang beshh konsert hari tu. Lagu diorang nyanyi pun tok sah kata lah memang beshh. Alhamdulillah. Berbaloi-baloi.

Ok. Jumpa lagi. [proses qada' tido dah buat, proses qada' study bakal menyusul]


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

hek eleh. permata ibu ayah pulak... ayah sakit tu. balik jangan nak jadi permata2, tengok2 ayah tu..

bumblebee said...

konsert best!!
bez sbb xyah pikir pape wktu tgk tuh...x yah nk pikir h0mework x siap ke, buku x bc lg ke...tgk dgn sng ati je...hehe

selamat hari raya aidiladha husna!!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.