♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, November 18, 2010

Selamat tiba di pagi hari raya

Alhamdulillah.

Setelah Berjaya menaiki bas pada pukul 6.30 petang di laman FZC UIA PJ, Alhamdulillah. Perjalanan diteruskan dengan baik walaupun keadaan jalan yang sesak. Syukur jua kepada Allah dapat berada satu bas dengan Wirdah dan Zakirah. Hehe. Demand betol. Ada orang hangin kalo saya demand2. Takpe. Ade sebab demand pun. Terima kasih kepada yang membantu. J keadaan sesak, memang dah agak pun,semua orang nak balek kampung, normallah tu. Alhamdulillah, dah agak dah bas tak berhenti bukak puasa. Awal-awal dah sediakan bekal nasik goreng kak Noni. Alhamdulillah. Nikmat berbuka puasa dimana-mana pun, janji IKHLAS kan. Huu.

Selamat tiba di KB pada pukul 5.40 pagi. Lewat dari jangkaan saya. Saya kira tiba di KB dalam pukul 3 pagi,paling lewat. Kasihan abang saya tak tidur tunggu saya sehingga 4 pagi! Masya Allah. Salah saya juga sebab tak angkat fon, syok sangat tido dalam bas,walaupun tak selesa. Bila saya call abang balek pukul 6 pagi, memang nak kasihan dengar suara serak tu. Maafkan saya. Saya mengakui,kepenatan dua tiga hari sebelum pulng bercuti membuatkan saya nyenyak dalam bas walaupun pak cik tu bawak bas macam rebut taufan,kadang-kadang. J Abang dari Pengkalan Chepa, singgah di KBTC pick me and terus pulang ke KB (Kubang Batang). Saya tiba lebih kurang jam 7 pagi. Syahdu memandang wajah ibu. anakanda pulang dengan keadaan penat dengan goncang dengan bas. Kugagahkan muka seceria mungkin, senyum. Saya berjanji menjadi anak yang paling baek untuk ibu ayah. Jadi saya gunakan peluang sebaeknya. [bukan bodek ok]

Hari Raya Aidil Adha lumrahnya sedikit dingin berbanding aidilfitri. Tidak semeriah aidilfitri. Tapi bukan alasan untuk kita tidak meraikannya. Memang benar, ramai yang tak dapat cuti. Tapi yang dapat cuti tu raikan sebaeknya hari kebesaran Islam ini. Tak rugi, malah besar ganjarannya disisi Allah. Raikan hari kebesaran ni bukan maksudnya makan daging banyak2 tau! Tapi hayati erti sebenar aidil adha itu sendiri. Penghayatan yang baek akan menjurus pada pemahaman yang baek. Pemahaman yang baek membawa kepada perbuatan dan dizahirkan dengan kelakuan yang baek. Begitulah sebaeknya.

Syahdu saya terkenangkan adik beradik di perantauan. Kata kakak di Indonesia, sudah 5 tahun beraya di indon. Kata saya padanya, sudah 5 tahun saya berhari raya tanpa kakak. Syahdu. Pilu semuanya ada dalam satu. Namun, memaknakan aidil adha tugas kita, khalifah Allah.

Moga-moga kita menghayati erti tadhiyah di aidil adha.

Mari kita tinggalkan semua kesukaan kita yang tidak baek kerana takutkan Tuhan. Sayangkan Tuhan. Mari kita lakukan sebaek2 pengorbanan. Korbankan semua nafsu yang bertentangan. Moga ganjaran Allah tiada bertepian. Buat hamba yang mencari keredhaan.

Salam aidil adha dari saya sekeluarga buat semua pembaca blog saya. Semoga kalian tak jemu membaca celoteh tak berapa masak ini. Moga ada manfaatnya bersama walau sedikit. Salam keredhaan. Salam ziarah di aidil adha.

p/s: elakkan minum ais di waktu2 klimak makan daging macam ni. Elak lemak beku, berat badan naek. Lagi elok kalo lepas makan daging, minum air limau nipis, kasi tak berlemak-lemak. Hee. Jagalah kesihatan. Kesihatan nikmat yang jangan kita dustakan. Moga kesihatan sentiasa baek sokmo-sokmo deh. J

apapun kenangan aidil adha yang lepas[klik link]
pasti menggamit memori saya buat masa sekarang. Saya rindukan keluarga saya. Susahnya nak kumpul semua. Kena tunggu saya sakit dulu ye baru semua orang kumpul2?? J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

Anonymous said...

jangan la mintak sakit pulak. abang kakak bukan tak nak balik, tak mampu la. kalau kami kerja syarikat sendiri, tentu kami balik dah. jangan cakap bukan2. tak nak la sakit2 lagi. kami pening bau hospital.

hanan said...

lamenya dalam bas!!

husnataqwa said...

hanan - normallah tu ~~

kami LG said...

selamat hari raya kak husna dan abang fahmi. jumpe lagi nanti belanja makan ye.

husnataqwa said...

adik LG - cari abang fahmi kat blog dia. fahmimatzin.blogspot.com
kat sini akak je yg bace. :))

Anonymous said...

baaaik bos!

kami LG said...

kakak abang dah ada blog, kami kena buat blog jugak ni. tapi kami tak hebat macam kakak abang la. :((

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.