Insya allah. Alhamdulillah. Walau kaki rasa kebas, tangan mula lenguh-lenguh, tekak mula nak batuk-batuk, kepala mula pusing-pusing, tapi apabila ada satu kepuasan di hati, ternyata, jiwa ini mampu tenang dan berlapang dada. Sayang sungguh Allah pada hambaNya. Kadang-kadang tidak diberikan tarbiyyah itu direct pada kita, tapi kadang-kadang Allah memberi peluang orang laen untuk ditarbiyyah, tetapi Alhamdulillah memberi kesan pada hati kita. Moga ia benar-benar tarbiyyah. Allah..
Kak Elly dan Munir dah bertolak meninggalkan Malaysia, ke Indonesia. Pelik jugak, semua orang Indon nak datang sini, tapi kakak nak pulak p melancongng kesana. Apalah yg ada kat sana. Saya juga kurang pasti. Orang ajak p Paris tamau, AirAsia tengah offer tiket. J Tunang Kak Hannani pun datang juga ke LCCT tadi, bagi barang. Sodap ado tunang yo? Hee. J alhamdulilla, tadi call diorang dah selamat sampai sana. Moga Allah menjaga permusafiran kalian. Buat si kecik cumell munir, Maaf cikna tak dapat tunaikan janji beli maenan, cikna bukan terlupa, cikna ingat Munir nak..
Kepuasan itu jelas dirasai. Moga terus dipelihara Ilahi.
Masya Allah. Tabarakallah.
Hebat sungguh aturan Allah ni. Memang cantiiik.
Kepenatan akan hilang eso lusa. Tapi kebaekan, kepuasan, jasa pengorbanan, pasti berkekalan hingga ke perkampungan Abadi insya allah.
p/s : ibu dah mula risau, dua tiga kali call bila dengar suara anak dia macam Ella kat telefon. Nak demam sikit je ibu. termaen hujan. Sebab tu jadi macam ni. Ibu jangan risau, ibu memang manjakan anak ibu, tapi anak ibu tidak mahu manja dengan perjuangan. Bila ibu dengar anakanda cakap sebegitu, moga-moga terbang tinggilah kerisauan ibu. jangan risau ibu, ramai yang sudi menjaga disini. (???)
ya Allah, dekatkan hatiku dengan hatiMu. Dekatkan hatinya dengan hatiku. Amen. J
No comments:
Post a Comment