♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, November 20, 2010

Kita 0rang tarbiyyah? Yakin?


Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak.Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang

didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.

yang cepat mengalah,yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara 'penting' yang lain.yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosongyang hanya tahu membandingkan jamaah itu dengan jamaah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi.Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~

p/s: masya allah.. kurangnya saya dari segi ini. Terima kasih buat yang sering memberi nasihat. Buat yang sentiasa memahami. Buat yang tidak bosan menunggu untuk bawa saya berlari bersama. Terima kasih buat yang tidak pernah meninggalkan saya dalam dakwah. Terima kasih Tuhan memberi saya penyokong-penyokong yang kuat, pendamping yang hebat, sehingga saya takut untuk berasa lemah. Takut menjejaskan orang hebat di sekeliling. Tuhan, saya tidak kuat seperti mereka. Tidak hebat seperti mereka. Saya banyak kekurangan berbanding mereka. Tapi mereka tetap mahu memegang erat tangan saya, membawa saya bersama mereka. Terbang tinggi menggapai langit biru. Syukran buat yang tak jemu memberi nasihat dan sumber kekuatan diri. Maafkan diri ini, tak mampu memberi apa yang kamu mahu. Tapi kamu tak henti-henti memberi. Kamu sumber kekuatan saya. Teruskan perjuangan, jangan tinggalkan saya. Bawa saya terbang bersamamu. Saya mahu. Terbang tinggi ke langit biru,bersamamu.

Buat rakan-rakan seangkatan,

Mari tarbiah diri. Kita jadi muslimat yang menjadi sumber inspirasi. Buat jiwa yang bernama lelaki. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

Anonymous said...

habiskan ayat..jangan?

husnataqwa said...

jangan apakah ini? tapaham.. ayat mane satu

Anonymous said...

last prgrph..

husnataqwa said...

jangan tinggalkan saya. bawa saya terbang bersammu.

kan?

Izzati Nur said...

kak bawa saya bersama blari,
yg baru blaja btatih di jln ini

husnataqwa said...

lari laju2 dan terbang tinggi2. capai langit biru. islam dijulang tinggi. ameen.
mari kita ganding bahu, capai matlamat yang satu. Ok?

SA said...

ye,saya takkan tinggalkan kamu...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.