Dulu, pernah ada orang Tanya, ape kenangan terindah dalam hidup. Saya tak ada jawapan. Sebab hari yang kita lalui, kalau dicoretkan pada potret, cantik sungguh. Sebab semua rancangan Allah cantik aturannya. Indah sungguh. Aturan sang pencipta.
Orang Tanya, peristiwa yang kamu rasa cukup membahagiakan? Saya kata, saya rasa bahagia, apabila saya merasa hidup berTuhan. Perasaannya seperti mempunyai ibu bapa yang sangat berkuasa. Yang menjaga saya. Yang memelihara saya. Yang mendengar rintihan saya. Saya rasa bahagia menjadi hamba.
Tiada kenangan yang terindah, sebab semakin hidup ini saya lalui, semakin hari semakin ada yang makin indah. Jika hari ini saya katakan semalam adalah terindah, saya risau esok tiada lagi keindahan buat saya. Kalau boleh, saya mahu hari-hari saya semakin indah. Dan sentiasa jadi yang terindah.
Indah bukan dinilai pada luaran. Tapi pada hati yang penuh sarat dengan keimanan. Indah hidup bersyariat. Indah hidup bertuhan. Semuanya indah, aturan tuhan.
Berjiwa hamba. Mari bercinta dengan Sang Pencipta.
No comments:
Post a Comment