"Maaf la kak saya tak dapat datang talk malam ni, saya ada study group.." kata si A.
"Maaf kak, saya tak dapat datang usrah, tak sehat sket." Kata si B.
"Maaf kak. Saya balik minggu ni jadi tak boleh nak tolong. Sori kak. Sori sangat."
"Eh,saya ada kelas penuh ni. Tak dapat nk datang lah!"
Tapi kalo orang ajak kita tonton TV atau movie,
"Ok,jap lagi aku sampai!"
"Kita tonton sampai esok ye! Aku kelas kol 2 esok!"
"Aku ada meeting. Nanti balek meeting kita tengok movie same2 eh.."
"Orait, 2minit aku sampai."
Bila ornag suruh kita bagi tazkirah,
"saya tak bersedialah. Kenapa tak bagitau awal-awal."
"saya tak layak la. Saya macam tin kosong je."
"Saya tak pandai. Segan plak tu."
"Eh, awak la bagi. Saya tak semantop awak!"
Bila orang ajak cerita pasal lelaki/perempuan yang disukai,
"Aku tahu sangat dia tu. Memang asyik nak menang je. Hish, teruk sungguh!"
"Aku pernah kerja dengan dia, memang jenis tak buat keje minah tu."
"Aku serik dah kenal dia. Memang bengis gile. Blaa..bla…blaaaa.."
Segala sirah-sirah yang terjadi antara kita, kita mampu ungkit, ingat dan panas-panas lagi, macam hafal untuk masuk exam. Tapi bila suruh cerita sirah-sirah Rasul, senyap tak keluar sepatah pun.
Kita ni memang suka memberi alasan. Begitu begini. Begitu begini.
Berkejar-kejarlah kearah kebaekan kerana entah bila kita mampu untuk melakukan kebaekan.
Entah suatu hari nanti Allah menarik segala nikmatNya. Tak terkata dan mnyesal sampai tua pastinya.
Tapi, berhusnudzon jugak. Mungkin betol2 orang yang beralasan itu mempunyai musyaqqahnya.
Mari berlapang dada.
Insya allah, saya cuba untuk bersabar dengan segala karenah kalian.
Dan dengan itu saya berharap sesiapa saja bersabar dengan karenah kita.
Jangan kerana kita BOSS, kita mahu semua orang ikut kita. Ikut cara kita. Kan?
Saya ingat pesan ini. Jangan kerana awak suka sesuatu perkara,untuk kepentingan awak, maka awak mahu semua orang mengikut kehendak awak.
Ingatlah, setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, sikap dan jiwa yang berbeza-beza.
Jangan samakan awak dengan orang lain. jangan samakan orang lain dengan awak. J
Mari kita elakkan masam muka dalam berpersatuan. Kita semua rakan seperjuangan.
Kelak Allah Tanya, kenapa kita berbalah sesame kita, sedangkan masalah ummah jauh lebih besar, apa kita nak jawab?
Konklusi…?
- Jangan gado2 dalam persatuan.
- Terima bahawa perbezaan pendapat itu normal dalam semua perkara. Maka, rasionallah!
- Yakin bahawa semua orang tidak bodoh dan boleh dipercayai.
- Jangan selalu cepat bersangka buruk dan cepat melenting tak tentu pasal.
- Selidiklah latar belakang ringkas orang yang kita berurusan dengannya.
- Don't put hign expectation to someone you don't know better.
- Jangan masam muka dan gaduh macam budak-budak tadika berebut eskrem ok!
- Jangan lari dari tugas, kita pegang amanah, bukan tugas semata.
- Kita bekerja kerana Allah, maka jangan lupakan DIA dalam segala gerak kerja.
Peringatan bersama ya!
jangan pentingkan diri sendiri. bahagiakan diri kita, bahagiakan orang sekeliling. mudahkan urusan kita. mudahkan urusan orang laen. hidup ini corakkanlah dengan sebaek mungkin. Iman dan Taqwa mesti didepan. Nafsu dan bisikan syaitan tolak jauh-jauh kebelakang. Menjadi MUKMIN CEMERLANG impian setiap insan. mari kita usahakan!
6 comments:
gado ng sape kak??
eeh. bukan akak. sekadar peringatan bersama. tadak gado ng sape2 pun... ade orang mengadu. so i juz write it here...
hehe. tak semestiny apa yang akak tulis tu akak yg rasa. +___+
eeh. bukan akak. sekadar peringatan bersama. tadak gado ng sape2 pun... ade orang mengadu. so i juz write it here...
hehe. tak semestiny apa yang akak tulis tu akak yg rasa. +___+
eeh. bukan akak. sekadar peringatan bersama. tadak gado ng sape2 pun... ade orang mengadu. so i juz write it here...
hehe. tak semestiny apa yang akak tulis tu akak yg rasa. +___+
eeh banyak pulakk jadiny. tekan banyak kali. huu
kalu saya suruh awak makan ubat, bape banyak alasan awak bagi? hujah ikut sains. hujah ikut islam. macam2. so skrg kalu orang bagi awak alasan, bagi telinga sajeeelaa..h
Post a Comment