♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, November 09, 2010

Puasa dari online?

event RAFEST by MEDCY
datang jangan tak datang.

Hampir 3 hari saya tidak online. Baru 3 hari, dah nak kecoh kan? Biasanya saya online everyday. Susah klo tak online. Sebab saya senang berkomunikasi dengan comm. MEDCY by YM. Senang nk terang panjang2 dan jimat kredit tentunya. Diorang pun suka email2 macam2. Tapi sejak 3 hari ni saya puasa dari online. Bukan nak kata busy. Tak. Serius tak busy. Sekarang ni musim melatih adik2 1st year dah. Saya boleh relax sket. Tapi latih dengan pemantauan lah. Bukan lepas tangan. Alhamdulillah. Everything going on very well. Saya pun khair2 saja. J


Nak kata emosi kurang stabil pun boleh. Sabtu lepas, petang dah, ibu saya call. Dia kata saya kena balek Kelantan esok. Whats a great news! For some reason, memang ibu saya suruh balik. Bukan saja-saja ibu nak suruh cuti. Dan bukan ada orang nak datang melamar ke meminang ke. Takde kaetan ye. J berita ni memang make me sad lah. Kacau beberapa hari. Saya minta ibu kembali berbincang. Betol ke saya kena balek? Yang pasti bukan ibu yang nak saya balek. Lepas ibu bincang2, takle gak. Ibu kata kena balek. Ibu call, ibu sebak je cakap pada saya, baleklah. Amek tiket bas dan balek. Yelah, tiket flight mahunya dua tiga ratus. Saya kata pada ibu, biar saya istikharah. After 2hours nanti saya bagi keputusan pada ibu. ibu setuju. Ibu kata saya dah matang untuk buat own dicision. So saya istikharah. After 2hours, saya rasa tidak mahu pulang. Atas reason saya yang tertentu. Ibu sedikit tidak bersetuju. Lalu saya bentangkan pro dan contra serta sekali dengan 6 thinking hat lagi. haha. Kemudian ibu terus bersetuju dengan saya. Maka, jadilah hari ini saya tidak pulang dan masih berada di CFS yang terchenta. Mencedok ilmu sebaek mungkin. Alhamdulillah.


Kadang-kadang kena puasa dari online supaya kita dapat bersendiri dan menguruskan nafsu online tentunya. Hehe.


Minggu ni RAFEST dah start. Tak semeriah tahun lalu. Tapi events lagi mantop dari sebelumnya. Apapun, peningkatan yang bagus. J


Bila ada event Islamic kat CFS, entum tak datang. Klo takde entum komen2 CFS ni tak islamik la macam2. Saya pun pelik dan hairan. Anda rasa kenapa ye??


Tepuk dada Tanya iman. J



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.