♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, November 30, 2010

Kita yang mana?

Adalah tidak sama mereka yang ligat berjuang di medan perjuangan dengan mereka yang duduk berpangku lengan.

Betol. Dalam Quran juga Allah menyebut; dalam Surah Annisaa ayat 95.

"Tidaklah sama antara mu'min yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk* satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk** dengan pahala yang besar,"

Tapi, persoalan di sini,

Adalah tidak sama mereka yang ligat berjuang di medan perjuangan dengan mereka yang duduk berpangku lengan.

Kalau kita lihat kembali ayat yang digariskan di atas, yang membawa maksud yang cergas, yang kuat, yang rajin, yang aktif di medan perjuangan.

Jelas di sini, bagi saya, ramai orang yang berada di medan perjuangan, tapi tak ramai orang yang aktif di dalamnya. Tidak ramai yang aktif memperjuangkan perjuangannya.

Sebenarnya, mengapa kita berada dalam saff perjuangan? Adakah kerana kita nakkan nama bahawa kita tergolong dalam golongan yang berjuang? Walaupun pada hakikatnya, kita di medan perjuangan, mungkin hanya berpangku lengan.

Saya bawakan satu contoh, sebagai seorang ahli persatuan, anda memang menjadi ahli persatuan tersebut. automatic, anda merupakan seorang yang terlibat di medan perjjuangan persatuan tersebut. tapi adakah ia membawa erti sekiranya di medan perjuangan tersebut anda hanya duduk diam? Tidak aktif? Tidak membantu persatuan dengan agendanya? Adakah anda dikatakan ligat di medan perjuangan? Tidak! Tentunya tidak. Inilah situasi yang mana, berada di mean perjuangan, tetapi hanya berpangku lengan. Golongan sebegini banyak. Sangat banyak. Saya sendiri tidak pasti, kenapa join persatuan kalau hanya mahu menjadi salah seorang daripadanya? Sepatutnya, kita menyertai mana-mana persatuan, tentunya kita mahu menyumbang kepada persatuan tersebut. betol bukan?

Saya penat melihat orang yang kononnya berada di mean perjuangan. Semua orang Nampak, dia seorang pejuang. Tapi hakikatnya, kerja untuk perjuangannya, sungguh berat tulang untuk dilakukan. Kalau buat kerja pun, buat sikit dah rasa banyak. Buat sikit dah rasa busy. Buat sikit kerja dah rasa membantu gila. Saya tidak mengerti. Bagi saya, ini pendapat saya, sekiranya melakukan sesuatu, saya suka melakukan dengan bersungguh-sungguh. Walaupun sekecil-kecil perkara. Lebih-lebih lagi sekiranya kita di medan perjuangan. Sedang ingin bertempur di sebuah medan perang, orang lain hampir putus nafas berjuang, tapi kita senang-lenang duduk berpangku lengan. Adakah dengan itu anda ingin mengatakan bahawa anda seorang pejuang? Apakah bezanya anda dengan orang yang berpangku lengan? Sama saja. Tiada perbezaannya. Malah, orang yang suka berpangku lengan di medan perjuangan ini, boleh dikatakan kemuncup dalam perjuangan. Membebankan. Dan menyakitkan mata yang memandang. Jangan sampai kita menjadi golongan yang tercicir dalam perjalanan mencari keredhaan Tuhan. J

Contoh, apabila sebuah persatuan membuat program, event MEDCY contohnya. Satu talk diadakan. Kita antara komiti yang terlibat. Maksudnya kita antara pejuang di medan program tersebut. orang lain sedang sibuk dengan kerja-kerja untuk program tersebut. susun kerusi, sediakan makanan, jadi penyambut tetamu, melayan tetamu yang datang, boleh kata, komiti lain tidak menang tangan membuat kerja, tapi bayangkan, di satu penjuru, di atas kerusi, duduklah seorang manusia. Menggoyang kaki. Sedangkan orang lain semua menggaru kepala tak cukup otak nak fikir. Adakah relevan? Apabila ditanya, "kenapa adik tak buat kerja ni. Pergi lah tolong-tolong."

Jawapannya pula;

"saya sibuk ni kak. Banyak kerja nak buat. Saya kena buat macam-macam lagi ni."

Bagaimana perasaan anda? Tersenyum? Mungkin. Sekiranya saya, saya tentu menjawab,

"kerja yang nak buat banyak lagi, kamu dah kata kerja yang kamu buat tu banyak? Apa kamu yakin semua yang kamu buat itu sudah diterima Allah? Sehingga kamu menolak membuat kerja-kerja lain sedangkan kamu sedang memangku lengan?"

Saya kurang mengerti dengan manusia yang mampu berdiam diri, hidup dengan dunianya sendiri, sedangkan orang lain sebok tak cukop tangan berjuang separuh mati.

Jadi, apa bezanya kita berada di medan perjuangan, sedangkan kita hanya berpangku lengan?

Maka, mari. Ayuh kita bangkit semula. Ingatlah, kita di dalam mana-mana persatuan atau kumpulan, bukan untuk menjayakan kerja kita saja. Tapi kita mahu menjayakan keseluruhan matlamat program kita. Sekiranya kita hanya menjayakan urusan kita, tapi matlamat sebenar kita tidak tercapai, bermaknakah? Bantulah mencapai matlamat kita. Tidak rugi membantu, walau penat sedikit. Tapi kepenatan itu bakal hilang bukan? Jangan malas di perjuangan. Kita rasa orang tak perasan, tapi ramai orang cakap-cakap belakang. Jangan cakap belakang, cakap depan-depan. Awak ni seorang yang pemalas. Reti nak buat kerja sendiri saja, kerja orang lain awak taknak tolong langsung. Awak tahu tak kalau kerja orang lain tak selesai, hanya kerja awak yang selesai, perjuangan ini juga tidak akan selesai. Jadi bangkitlah. Tolong bersama menjayakan keberlangsungan matlamat kita semua. Moga ada secebis kesedaran bahawa, kita memilih untuk menjadi orang yang tak menang tangan melakukan kebaekan, bukan orang yang tidur di saat orang lain semua keletihan dan kepenatan. J

Sama-sama muhasabah sendiri. Tidak ditujukan kepada sesiapa, tapi ditujukan kepada semua pejuang yang berjuang walau di mana, anda berjuang. Walau untuk apa anda berjuang. Moga ada manfaatnya.

Konklusi, jangan jadi orang yang berpangku lengan di medan perjuangan. Tiada maknanya anda digelar orang yang berjuang, kalau pada haqnya, anda hanya reti berpangku lengan. J

Sama-sama bangun dan berjuang. J


p/s: anje nur, maaf, post yang anje mintak adik tak dapat sediakan lagi. masih menyelidik dan menyiasat kes yang anje bagi. Adik nak berhujjah dengan fakta dan reality. Insya allah. Moga suatu hari nanti keluar post yang anje minta. Mohon doa dan idea ye. J



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

10 comments:

Anonymous said...

ade nk lepas marah kat comm medcy ke husna?

husnataqwa said...

eh, tidaklah.. ini umum le. tak tujukan pada medcy pun. juzt bagi contoh, sebab saya kan persatuan medcy. :)

Anonymous said...

vice pres medcy la katakan.

nk komen kan, memang betul tu. ramai orang yang memegang taklifat, tapi tak semua orang komit dengan taklift masing2. ada orang tu jadi ketua pun, tapi tak buat kerja. habis rosak2 anak2 buahnya. saya memang tak faham, orang yg pegang taklifan tapi ta buat taklifan. kalo buat pun, orang kelate kata,"sele bele", yakni acuh tak acuh.

Anonymous said...

saya setuju husna. seratus dua ratus peratus.
saya memang terasa panas hati dengan golongan yang mendakwa dirinya pejuang, tapi nak berkorban sikit pun susah. nak korban tidur sket untuk perjuangan pun susah. nak jaga kepentingan diri, bukan kepietingan ramai. memang memanaskan sugguh. saya setuju lah kak husna. mmg stuju. nak paste kat blog saya eh benda i. mesti akak bagi kan. thanks!

Anonymous said...

stuju kak husna!!!
tp..
cbe bwak ctoh...
yg join jmaah...mmg akan jlnkn tugas dkwah..sna dn sni...
tp...
adakh bila dia dah x join mna2 jmaah...dia msih akan ligat dkwah sana sini...atau...sudah mnyepi dr dnia dkwah....
ntah...kdg2..
mlakukan krja x istqomah...hnya jlnkn atas dsar jwatan...tp, x fkir pula...tklifan yg Allah bri tu utk smua muslim...bkan skadar yg brjwatan..

husnataqwa said...

betol tu. kalo kita ni daie, kita buat kerja bukan bermatlamat untuk apa2, antara matlamat yg selalu daie ade, ialah,
1- untuk selesaikan tugasannya
2- unt capai matlamat jemaahnya.

sedangkan kita berdakwah bukan kerana itu semata-mata.
huu.

akak setuju tu.
tapi kan, ade jugak orang yg duk dalam jemaah, tapi tak buat kerja. yg tu macamana pulak?

Anonymous said...

hum..
yg duk jmaah, tp x buat kerja...
wallahu'alam..
byk faktor, MUNGKIN...
ikut2an kawan2..
syok2 cuba mcm2 jmaah
dan..
ade yg prnah kate pd saya..
"rasa diri ni teruk kalau x join mana2 jmaah"
entah la.
'ala kulli hal
brgantung pd niat juge..
kan kak..

Anonymous said...

betol2. kadang2 orang join jemaah ni sebab nak nampak hebat. oh, ak ni budak jemaah. ak ni budak baik. aku ni budak ada fikrah. tapi dalam jemaah, dia tak membantu pun dalam gerak kerja. malah boleh jadi membebankan. kalau diberi taklifat pun, taklifat itu dipandang sebelah mata. kat dunia bole le cenggitu, kat akhirat, bila taklifat tu menghalang dia masuk syurga, baru dia rasa nak bertaubat. waktu tu dah terlambat. pegang taklifat, tapi tak reti nk buat kerja. gane tu pulak ka husna?

kak, saya tak memberontak pada akak. saya tau akak jenis yang tak boleh duduk diam. peace kak!

husnataqwa said...

ni orang yang same ke orang yg beza? nape tak pakai nama? huhu.

alhamdulillah.
sebagai orang yg aktif dalam persatuan, akak suka mengatakan bahawa, sekurang-kurang2 nya kita boleh kata, kalau takde saya dalam medcy, habeslah medcy. bukan kita nak banggakan diri kita. tapi kita nak cabar diri kita supaya melakukan sesuatu yang berjasa pada persatuan. contoh, kalau saya tak buat ni, memang persatuan tak bole hidup punya. menunjukkan kita ni ada function dalam persatuan tersebut. bukan juz riba tangan ye dak.
perumpamaannya mudah, kalau kita menjadi vice president. kemudian ada event. event la ape2 kan. tapi kita ade ke kita tade ke,orang tak terasa pun kelainannya. itu memang maknanya kita tade jasa. kita tak bergiat aktif. kita tak ligat. kita lemah. atau senang, kita tak berguna.

jadi apa yang akak nk kata kat sini, dalam persatuan tu biarlah orang boleh nampak jasa kita. bukan untuk bangga diri, tapi sebagai satu cabaran buat diri. ini kita ade ke tade ke same je. ape ke maknanya. buatlah sedikit sumbangan. walaupun sedikit, walaupun kecik, insya allah ia berguna untuk persatuan. tapi mmg sakit mata tengok orang yang dok riba tangan ni. :))

Anonymous said...

sian medcy... hehe

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.