Haish. Dulu, saya tapaham. Bila orang tag saya, bagi soalan-soalan suro jawab. Saya buat 'donno' je. Macam tatau plak kena jawab, paste kat blog segala macam. Selama ni dok jawab dalam hati je. Tetiba malam ni nak hilangkan mengantuk, setelah melalui meeting yg panjang dengan keserabutan yang pelbagai, saya menjawab soalan-soalan tag ni. Yang mana perlu jawab saya jawab, yang tak best, saya tak jawab.
- Apa nama yang kamu paling tak suka dipanggil?
Tempang (dioarang panggil saya waktu saya saket kaki dulu)
Una (rasa ayu sangat dan tade maksud)
- Apa barang yg paling berharga yang ada pada badan kamu selain henset dan wallet?
Jam tangan (sayang sangat jam pemberian abang sempena khatam hafazan Quran, abang beli waktu dia p Jepun. Sayang sangat2.)
Cincin..
Spek mata hitam (boleh menyebabkan rasa nak marah pada ramai orang kalo saya tak pakai spek, perasaannya sungguh tidak selesa, tambah2 bila hari panas.)
- Apakah yang kamu harapkan dari lelaki idaman kamu?
Perlu ke bagitau? Harapkan ape benda. Harap bawak terbang sama2. HA.HA.HA.
- Senaraikan 3 perkara yang paling kamu tak suka diperlakukan.
-menunggu-nunggu orang yg lambat.(byk keje saya nak buat, tunggu orang buat banyak kerja terlambat)
-cakap ikut sedap mulut, buat orang saket hati (bole nk sabar, tapi makan dalam)
-orang yang pentingkan diri sendiri(dia nak dia je. Pk dia je. Tak pk langsung pasal orang laen gane2.)
- Apa pendapat kamu tentang kawin waktu belajar?
Kalo mampu kawen sajalah. Kalo mak ayah bagi, dah jumpa jodoh terbaek, demi kepentingan islam, nak jaga diri, tade halangan, kawen saja. Bahagia ape. Yg penting, mestia de full planning dan jiwa yg kuat untuk menghadapi segala cabarannya. J
- Kamu rasa kamu menarik?
Tak langsung.
- Warna kegemaran kamu dan senaraikan barang-barang kesayangan kamu yang berwarna kegemaranmu.
Warna biru tentunya! Wallet saya biru, buku2 tulis saya biru, aksesori saya biru, Quran saya biru, meja saya biru. Telekung semayang biru. Banyak lah. Biru je sume.
- Apa yang membuatkan kamu tersenyum dalam kesusahan?
Eskrem.. eskrem. Kalo tension2, saya suka makan eskrem. Sebab saya suka eskrem. Suka gila ah. Tobat seyh suka. J
- Perkara pertama yang kamu buat apabila balik ke bilik daripada kuliah?
Letak beg atas kerusi, landing.
- Kamu masih available atau tidak? Jika available, kamu suka didekati dengan cara yang bagaimana?
Available tu ape mende?
Arahan tag ni kata, kena tag lagi orang laen. Saya tak reti nak tag gane. Dan saya rasa tak perlu kot. Haha.
No comments:
Post a Comment