Setiap mata yang memandang, pasti terpesona.
Mendengar butir bicaramu, hati terbuai indahnya rasa.
Wahai mujahid muda, jangan menyangka hanya kami perlu menjaga.
Golongan Adam perlu turut sama.
Menjaga sesame kita. Yang berlainan jantina.
Aku penat mendengar bicara teman sejantinaku.
Terbuai indah dengan bayangan bersamamu.
Kadang-kadang aku penat mendengar aduan tentangmu.
Aku tahu mujahidku tidak bermaksud menggoda. Tapi golonganku yang tergoda.
Apakan daya, golongan kami juga manusia biasa.
Bisa tergoda dengan manisnya muka. Bisa tergoda dengan lembutnya tutur bicara.
Aku melihat temanku tidak lalu makan. Tidak tenang tidurnya. Tidak hening hatinya.
Tatkala aku bertanya khabar. Aku terkesima. Rupanya penanganmu membuatnya gundah gulana.
Benar! Aku tahu niatmu mungkin beda.
Aku mengenalimu wahai mujahid muda. Aku tahu peribadimu wahai pejuang agama.
Tapi aku terpana melihat sang teman tergoda.
Berkaliku pesan padamu mujahid muda.
Kurangkan karisma, bimbang ada yang tergoda.
Aku mengerti, sukar dan tidak semudah bicara.
Aku tahu kamu, tapi mungkin tidak mereka.
Aku kecewa bukan kerana cemburu buta.
Bukan risau mujahid muda digoda.
Tapi aku risau pada temanku sejantina.
Kucar-kacir hidupnya, hilang ketenangan hatinya.
Kami wanita. Punya naluri muda. Punya jiwa yang mudah tergoda.
Jangan kata kami yang hanya perlu menjaga. Engkau, mujahid muda, juga perlu menjaga.
Tergoda, bukan kerana iman lemah di jiwa.
Tapi perlu tahu, syaitan pandai menggunakan peluang yang ada.
Jangan dibuka ruang syaitan menggoda. Bimbang takut hati tak terduga.
Mujahidku, engkau milik agama. Jangan kerana wanita, engkau terpesona.
Jangan kerana engkau, kami tergoda. Golongan kami sayap kiri agama.
Aku tahu kalian tidak sengaja. Mungkin golonganku yang lembut jiwa.
Tapi pintaku, jagalah apa yang perlu dijaga. Bukan semua orang punya hati yang sama.
Andai sekali lagi berulang kisah yang sama, aku tidak mahu kalian futur kerana wanita.
Aku mahu mujahidku menjadi wira agama. Tidak tewas dengan godaan wanita.
Mujahid yang aku kuat kerananya, mujahid yang aku tercabar kerananya, mujahid yang menjadi pesaingku di dunia fana.
Aku risau melihat teman seperjuanganku teruji dengan segala kelebihan yang ada padamu.
Engkau indah pada pandangan semua mata. Mana mungkin tidak tergoda si golongan Hawa.
Mujahid muda, pahit telingaku mendengar cinta buatmu. Kelat telingaku mendengar yang tergoda denganmu.
Bukan kerana aku cemburu. Tapi kerana aku mahu, kita semua terhindar dari semua 'hantu'.
Yang boleh membuat kita buntu. Yang boleh membuat kita hilang arah tuju.
Aku sayangkan sahabat sejantinaku. Aku sayangkan mujahid agamaku.
Pintaku, golongan Adam, golongan Hawa, masing-masing punya tanggungjawab yang sama.
Kita sama-sama menjaga. Moga hati-hati kita tidak terpalit dosa. Moga jiwa kita tidak dibuai indahnya tergoda.
Mujahid muda; moga engkau tahu aku sedang menulis untukmu. Peringatan awalku buatmu. Golongan Adam, bakal memakmurkan negara. Golongan Hawa, bakal menjadi sayap kirinya.
>
Mari sama-sama menjaga sayap masing-masing. Satu patah, potensi intuk stabil di udara, tipis dan mungkin tidak berguna.
Nasihat buatmu dan jua buatku. Bakal penggegar dunia. J
13 comments:
setuju dengan anti. kadang2 muslimin ni dia nak kita saja yang menjaga. dia tak mahu pulak menjaga. kalau muslimat dah terjatuh terjelepuk pada dia, dia nk pening kepala. betul2,dua2 kena jaga...
ahsanti... sekadar berbicara berdasarkan keadaan.. moga ade manfaatny..
sekadar meluahkan apa dijiwa. Hawa, kita perlu kuat menanganinya. jangan lemah dan mudah tergoda. kita Hawa. kita diutuskan menemani perjuangan si Adam. tapi dengan cara yang halal seperti yang dituntutNya. insya allah.kita bukan calang-calang Hawa. mujahid itu milik agama. jika kita mencintainya, biarkan si mujahid berjuang sehabes baek demi cintanya pada agama. mujahidku, si golongan Adam, bertebaranlah di muka bumi, rahmatan lil 'alamin. kerana engkau mujahid, aku mahu menjadi sayap kirimu. engkau milik agama. engkau mujahid agama. Hawa, kita mencintai si Adam, jangan sampai terganggu si mujahid di tengah perjuangan mencapai kegemilangan islam. moga-moga kita menjadi Hawa yang terbaek buat siAdam. :)
-saya copy paste dari blog ustazah. menarik :) saya suka. pendapat yang bagus.
aiwah... syukran.. sekadar perkongsian saje..
..............
realiti2. betul tu. setujuuuu sangat.
salam kak. suka saya ceritakan pengalaman saya. saya sendiri pernah 'terjatuh' hati pada seorang lelaki. memang hebat orangnya. apa yang tak ada pada dia? semua ada. betullah tu kata akak, kita gol hawa pun bisa tergoda dengan gol adam tu. bukan mereka je yang tergoda dengan kita. orang selalu salahkan wanita kalau bab menggoda2 ni. tapi kadang2 kita gol hawa pun terpikat gak kat dia sebab dia tuuuut........ apapun, sukee post ni.
salam. tujukan pada siapa ni?
ehem3
syukran. baru baca komen kat sini. :)
sama2 jadikan iktibar ye.
ditujukan buat yang sesiapa yang sudi mengambil iktibar insya allah. sesiapa pun dia, saya tahu dia tahu saya memaknakan untuknya.
semoga same2 mengambil ihtimam. saya tak khususkan, untuk tatapan umum, dah namanya ade kat blog ni. :) ala kulli hal, perkongsian sangat dialukan. moga allah sayang semua!
salam buat blogger yg semakin hari, semakin hebat berpencak d lembah blog yang semakin ramai bilangan pengikutnya,
banyak post ukht yang menyentap ana,khususnya. syukran.
ana senang membaca blog ukht atas perkongsian yang lebih realistik dan tidak jumud, nampak praktikal.
namun, sekadar teguran,
1-gunakan bahasa melayu lengkap. banyak bahasa melayu yang diubah menjadi ikut suka hati,nampaknya.
2-sesekali updatelah isu semasa. supaya thaqafah ukht semakin kemas.
3-istiqamah update. jangan berfasa.
4-comel dah blog ni ukht. jangan sedih dnegan sekadar teguran dengan hamba yang mungkin tidak setanding ukht pun.
melihat blog ini, terasa penulisnya ada aura yang tersendiri. moga aura tersebut digunakan untuk kebaikan ummah sejagat. ukht, jangan tersinggung,kecik hati dan sebagainya. ana menjadi silent reader ukht hampir berbulan lamanya. ana tahu, ukht boleh berlapang dada. salam ukhuwwah. ana telah pun menghantar email juga. check inbox ye ukht.
baru baca lagi. :)
entah macamane nak alert dengan komen.
syukran ala kulli hal.
moga allah membantu. +___+
betul sgt2.ya ALLAH kuatkan iman hambaMu yg lemah ini..
moga allah menjaga kita semua.. Allah, hati ini mahu dekat denganMu sentiasa. +___+
Post a Comment