♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, November 23, 2010

Kerja tertangguh. :(

jalan menuju syurga pasti tidak semudah ini. bersiap siagalah!


Alhamdulillah. Kesyukuran kita panjat pada Allah. Kerana sehingga hari ini kita mampu bernafas. Moga-moga nafas kita, nafas seorang yang berjiwa hamba. Insya allah.

Awal kalam, suka untuk saya maklumkan, selepas cuti 5hari I kampung untuk berhari raya, hari ini saya dengan selamatnya (Alhamdulillah) berada di UIA. Alhamdulillah. Subuh tadi abang ipar saya mengambil di stesen bas dan menghantar terus ke UIA. Alhamdulillah. Jimat tambang teksi RM30.

Kelas terus bermula seperti biasa. Namun demikian, masih tidak normal. Terlampau banyak kelas ganti yang terpaksa diadakan. Kelas tasmi hangus. Meeting hangus. Masa back up study pun hangus. Fuiyo! Nasib baek tak terbakar je. J (macamane nak hangus kalau tak terbakar??)

Salah siapa kena buat kelas ganti? Salah kami ke student? Kami berada di CFS tepat seperti yang tarikh tertera di takwim. Tapi masa kami terbazir dua minggu genap! Tanpa sebarang kelas. Salah kami ke? Kami datang kelas. Betol datang! Tapi tiada siapa yang sudi mengajar kami. Salah kami? Ke salah siapa? Kalau diberi peluang, nak je saya buat tajuk EAP, "kelas ganti, salah siapa?" J

Minggu depan kakak saya bakal bertolak ke Indonesia. Melancong cuti sekolah. Melawat kakak yang sorang lagi kat Indon. Sepatutnya dalam perancangan, saya juga turut serta dalam pelancongan kali ni. Tapi sayang seribu kali sayang. Duration study yang sepatutnya setahun setengah dilanjutkan menjadi dua tahun. Salah siapa? Bukan salah saya. Dan sepatutnya saya sudah menamatkan CFS sekarang. Dan menjadi dewasa sebagai pelajar ijazah. Tapi ketentuan Allah, saya masih di UIA dan tak mampu melancong ke negara yang serba aneh itu. J nampaknya hujung minggu nanti bakal saya habeskan masa bersama si comel, Abdul Munir. Dah lama tak jumpa dia. Rindu pulak rasa. Nanti balek Seremban, boleh makan masak lomak cili padi banyak-banyak. Sodap2.


Ooh, tajuk lari jauh dah ni. Memang minggu ni saya garu kepala. Terlampau banyak kerja yang tertangguh. Sehingga menyebabkan sehingga saat ini belum satu pun kerja saya selesai. Sebab terlalu banyak dan tatau nak capai yang mane satu. Buntu! Nak sentuh yang tu, kena jumpa dia. Nak sentuh yang tu kita bincang dengan dia. Habes tu macamana saya nak buat kerja? Saya memang independent, tapi kadang-kadang untuk membuat satu keputusan, saya sukakan perbincangan. Teruk ke? Yelah, mana ada orang sanggup spend masa nak berbincang je dengan kita. Saya yang perlu pertingkatkan kualiti diri supaya lebih berdikari. Tapi taknak orang kata buat kerja sorang diri, nanti sebarang risiko bukan kamu nak tolong tanggung. Kalau tanggung kat dunia pun,akhirat nanti saya kena jawab sorang-sorang jugak. L maka, berhati-hatilah menunaikan amanah dan taklifan. Satu-satu nanti Allah soal kat negeri abadi. Haa, ape nak jawab?? Sebab tu kena ada persediaan yang mantop. Bukan hafal skrip jawapan, tapi menunaikan amanah sebaek mungkin. Insya allah. J

Petang tadi terasa nak demam. Dari rumah lagi rasa kurang senang. Mak pun berat hati je nak bagi pergi UIA. Takpe, ni dah sebakul ubat ni. Allah jaga insya allah. J mak senyum je. Haa, kan comel kalau ibu sneyum je macam tu. J Ooh, lupa nak cerita tentang aidil adha. Hem, open village yang menarik. J nantilah kalau rajin. Bila rasa nak demam terus buat kerja kasi badan keluarkan peluh, supaya tak demam. Haru apa kalau demam musim orang semua tak cukup tangan nak buat taklifan. J Ibu call bertanya khabar, kata saya, banyak kerja saya tertangguh. Saya risau tak mampu selesaikan semuanya. Saya kata pada ibu, kalau boss saya marah, saya takkesah. Kalau lecturer saya marah saya sanggup. Paling habes pun nangis atau kena rotan pada tangan. Tu je lah kan. Tapi kalau Allah marah? Saya takooot. Ibu kata, "itulah perit orang berjuang. Kalau berjuang tu senang, tentu senang nak masuk syurga. Tak setimpal dengan keindahan yang ada padanya. Syurga itu kan indah, buat hamba yang merasai penat lelah,susah payah. J" maka bercucuranlah biji jernih dari empangan mata yang comel. J (perasan ok)

Benar, syurga itu indah. Tak setimpal kalau berjuang itu mudah. Biarlah susah payah, sebab itu akhirnya pasti indah.

sign in sebagai seorang pejuang mendamba syurga Ilahi,tidak semudah sign in YM. dah sign in belum? mari sign in sebagai pendamba syurga Ilahi, pemburu kasih Rabbi.

Saya sayang ibu. sayang sangat. JJ

Ok lah. Saya kena siapkan outline untuk EAP, tutor Chemistry, Lab Report Chemistry, preparation untuk Quiz. Dan macam-macam lagi. JJJ senyum dengan segala taklifan. Kita hidup bukan untuk bersenang lenang. Jadikan dunia ini jambatan ke negeri abadi.jadikan hidup kita bermakna menuju Ilahi. J sayang Rabbi.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.