♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, November 05, 2010

Tahniah. Galas digalas BN!

Isu Semasa saya kira. Semalam, saya menyemak ke meeting PERDANA, AMAL dan GATE. Untuk RAFEST. Nampak macam takde kerja pulak. Tapi selepas itu dipanggil Presiden untuk meeting Ad-Hoc. Wah! Alhamdulillah, ada kerja untuk dibuat malam tersebut. Biasalah, dalam meeting, kebanyakannya orang Kelantan.Kecek Kelate selalu. Sampai tak faham pun ada! Maka, tersebut pasal isu semasa, dikatakan Pas kalah di Galas. Maka kecewalah seluruh ahli mesyuarat tersebut. Ada yang frust, ada yang memuncung dan sebagainya. Macam-macamlah orang Kelantan ni. Saya? Senyum sajalah. Sementelah tadi Abang mesej mengatakan beliau tidak boleh turun di Galas. Terpaksa bekerja. Yelah, orang nak pergi Jepun, kena lah kerja keras kan Bang? Huu. Saya Cuma berpesan sebarang perkembangan, mesejlah kepada saya. Abang bersetuju. Tapi nampaknya tiada mesej yang saya terima. Mengapakah? Rupanya ada yang sedang makan hati berulam jantung. Ha.Ha.Ha. Lawak betol. Kemudian saudara-mara saya memenuhi inbox dengan mesej yang cukop bermakna. Antaranya, "Yehaa! BN menang di Galas dan Batu Sapi" "Kak!! BN menang besar di Galas. Pas kalah terok!" "Wah! Pas kecundang kali ni. Sejarah di Pasir Mas berulang." "Dekna, berita gembira, BN menang besar. Tak mengapalah.." Saya sekadar tersenyum. Gembira atau berduka? Terpulang. Yang penting, masing-masing senang hati. Orait~

Saya tidak pandai nak mengulas perihal pilihanraya. Mungkin akan menjadi seperti pengulas bola sepak yang selalu Abang saya tidak puas hati apabila mendengarnya mengulas. Jadi, saya mengambil keputusan tidak mengulas. Tapi sekiranya anda berminat [sewajarnya berminat] mengetahui perkembangan isu semasa di negeri saya, Che Siti Wan Kembang, maka saya cadangkan kalian mengikuti link yang saya kira ulasannya menarik. Yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, harapnya. Ulasan mengenai isu ini boleh didapati di kami-ais03, amenoworld dan sebagainya. seperti Malaysiakini, HarakahDaily, Berita Harian dan apa-apa sajalah. Yang penting, sekurang-kurangnya kita menjadi orang yang mengambil tahu. Bukan saja isu pilihanraya ini, malah semua isu. Isu-isu berkaetan ummah dan sejagat.

Apapun, TAHNIAH BN! Anda Berjaya menggalas GALAS. Dengan harapan, GALAS Berjaya digalas dengan segalas-galasnya. Tahniah BN. Namun jangan leka dengan kejayaan yang mungkin sementara. Buat PAS, kekalahan adalah tarbiah, untuk membuktikan siapa yang lebih istiqamah. Apapun, saya rasa sekali lagi ingin saya katakana, TAHNIAH BN. Kemenangan besar anda di GALAS dan Batu Sapi.

Tahniah!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.