Sudah 2 minggu semester baru bermula. Tapi pembelajaran sepenuhnya masih belum dimulakan. Nota-nota hanya beberapa helai. Yang sepatutnya setelah dua minggu,mungkin para pelajar sudah dihidangkan dengan tutorial dan kuiz yang enak dan lazat, untuk mengeyangkan perut para pelajar tentunya. Supaya tidaklah terlalu relax dan tidor sehingga pukol 1 petang! Namun itulah hakikat yang saya cuba terima. System UIA perlu diubah dan perlu lebih sistematik, supaya student yang dahagakan ilmu seperti kami tidak terumbang ambing dengan kelas yang entah kemana walaupun 2 minggu berlalu.
Bukanlah sesuatu yang menarik apabila menghadiri kelas, lantas kelas dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kalau sebulan sekali begini, pasti seronok. Tapi kalau sepanjang seminggu setiap hari, perasaan jemu dan bosan dengan system sudah pasti membuak-buak, membuatkan jiwa mula berasa ingin terus-terusan berehat..! Satu sikap yang memang tidak patut ada bagi seorang pelajar muslim!
Cuti dewali memang membosankan. Saya mengambil keputusan untuk tidak pulang kerumah. Sementara ramai daripada kawan-kawan saya mengikuti Fastrain. Ini kali kedua saya tidak mengikuti Fastrain. Tahun ini saya yang menolak. Atas sebab-sebab yang saya kira munasabah. Rupanya, bosan jugak tidak pulang ke Seremban. Orang kata, waktu semua orang tak nak balek, saya sebuk-sebuk nak balek. Waktu semua orang balek, saya pula yang terhegeh-hegeh di sini. Tapi saya kira ini memang menarik. Meluangkan masa dengan aktiviti yang saya memang tak boleh lakukan sewaktu bebanan kerja menggunung tinggi. Jadi cuti kali ini saya tempuh dengan penuh riang. Moga-moga ada manfaatnya disisi Allah.
Sekadar makluman, Rafest bakal bermula. Bermula dengan Sisters' Night pada malam Isnin nanti. Harapan saya, tidak ada sebarang aktiviti yang tidak enak walaupun malam tersebut merupakan malam sister. Tidak kiralah malam sister, atau malam apa saja, yang penting, berhibur ada batasan yang tertentu. Walaupun sama-sama perempuan, akhlak dan pemakaian perlulah dijaga supaya tidak melanggar batasan syariat kita.
Jika saya imbau kembali, sewaktu sisters' night tenure yang lalu, saya dijemput memberi tazkirah ringkas di event tersebut. saya memilih untuk membawa tajuk Srikandi Contoh Islam. Bagaimana kisah Asma Abu Bakar saya cuba bawakan untuk santapan rakan-rakan sejantina saya. Bagaimana kisah Siti Aisyah R.A saya cuba nukilkan buat rakan-rakan sekapal dengan saya. Dengan harapan saya, moga-moga semangat srikandi Islam terdahulu menitik didalam hati kita. Dengan harapan saya, kita mencontohi semangat juang dan segala contoh tauladan daripada srikandi Islam yang agung. Bagaimana contoh Siti Khadijah Isteri Pertama Rasulullah yang membantu perjuangan Rasulullah saya hidangkan dengan enak buat kita cari hikmah disebalik sejarah Islam yang mulia. Dalam masa yang sama tentunya, kisah-kisah penuh tauladan ini saya jadikan ubat buat hati saya dan hati pejuang-pejuang agama yang lain. mencontohi Rabiatul Adawiyah bukan senang. Tapi sekuran-kurangnya kita mengenali tokoh srikandi kita. Dan berusaha untuk mencontohi peribadi mulia mereka. Saya gembira, walaupun saya tidaklah orang yang selayaknya bercakap tentang sirah.tapi secebis ilmu yang saya ada, saya gembira untuk kongsikan bersama kalian. Lebih-lebih lagi rakan sejantina saya. Sekurang-kurangnya saya melakukan sesuatu untuk kesejahteraan kaum Hawa saya. Walaupun kesannya mungkin sedikit dan tidak kelihatan, tapi ia membuatkan saya puas.
Saya kira saya pernah bercita-cita untuk menjadi penceramah dalam bidang agama. Ya, itu cita-cita saya sejak saya bersekolah. Namun, saya tidak pasti, sekiranya cita-cita itu telah terkubur, memandangkan bidang yang saya pilih sekarang, sangat berbeza berbanding bidang yang saya impikan. Namun, kata semangat dari kakak saya, bahawa saya mampu melakukan cita-cita saya walaupun saya berkecimpung dalam bidang yang saya tidak pernah fikirkan sama sekali! Saya dengan penuh semangat berusaha menyahut seruan kakak, bahawa saya bakal menjadi dwi-profesion, yakni mempunyai dua profesion yang berbeza. Namun kian lama saya merasakan saya semakin tidak berkualiti untuk terus berkecimpung dalam bidang yang saya cita-citakan. Saya mohon doa dan petunjuk dari Allah untuk saya sentiasa tidak lupa memperbaiki diri dan berusaha mencapai cita-cita saya dan cita-cita kedua ibu bapa saya. Walaupun hakikatnya mungkin saya telah banyak mengecewakan mereka.namun ibu dan ayah saya tidak pernah memaksa dan tidak pula menghalang cita-cita saya pada asalnya. Moga-moga usaha saya untuk menggembirakan hati mereka, kedua-dua buah hati saya diredhai Allah dan yang pastinya saya menjadi hadiah terbaek buat mereka di dunia dan di akhirat saya, bersama dengan kakak-kakak, abang-abang dan adik kesayangan saya. Moga-moga. Saya hidangkan lagu Langkah Tercipta daru UNIC buat rakan seperjuangan saya, moga-moga kita sentiasa terhindar dari perasaan putus asa dan lemah semangat. Jangan merasakan kita terlalu banyak kerja yang dilakukan, sedangkan kerja yang perlu dilakukan untuk Islam jauh lebih banyak dari itu. Moga kita sentiasa menjadi obor yang tidak penat membanting tulang untuk kesejahteraan sejagat. Jagalah ibadah, jagalah ibadah dan jagalah ibadah.
Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,
Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan
Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan
Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta
Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu
No comments:
Post a Comment