♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, November 24, 2010

Telepati.. Atau ikatan hati?

"Teman, moga Allah meringankan beban, menenangkan hati, mengampunkan dosa, menyerikan hari-hari yang dilalui, memudahkan segala urusanmu,dunia dan akhirat. Uhibbuki fillah." –sms dari seorang sahabat.

Hari ini, benar, hati tidak tenang, jiwa terasa berat, dosa terlampau banyak. Tahukah dia resah gelisah hatiku?

"Nak makan eskrem?" – sms dari abang. Soalan ini selalu beliau ajukan tatkala saya tension,masam muka,berat hati.. Entah apa yang membuatnya menghantar mesej ini hari ini. Seolah dia tahu, saya kegelisahan. Dan beliau mengubatnya dengan kegemaran. Ahh. Ini telepati atau ikatan hati?

"Jangan terasa bosan dengan mehnah. Allah aturannya comel sungguh. Meraguikah kita akan segala ketentuanNya?" – pesan seorang rakan di FB. Masya Allah. Tahukah beliau hati ini sedang gundah gulana? Telepati atau ikatahn hati?

"….datang la seremban, kita mandi kolam.." –sms dari kakak, juga hari ini. Mandi kolam aktiviti sinonim apabila ke Seremban untuk melepaskan segala yang terbuku di hati. Berenang dan menyelam kepala di dalam air. Moga semuanya kembali semulajadi. Apa kakak tahu adiknya sedang mendamba secebis ketenangan? Diubatnya dengan sedikit pujukan yang tidak dirancang. Telepati atau ikatan hati?

Semuanya berlaku hari ini. Dan membuatkan hati terasa diubati. Allah, memang nyata, DIA menguji, DIA mengubati. Pelbagai cara. Pelbagai jalan. Tapi segalanya indah apabila semuanya diselitkan dengan rasa berTuhan. Allah, hilangkan segala kegelisahan, kembalikan segala ketenangan yang hilang.

Sewaktu sedang menulis post ini, ibu menelefon, pagi tadi sudah menelefon. Kali ini ibu bertanya, "saja telefon,Tanya khabar. Kakak ok?" Ahh. Tepat sungguh masa ibu bertanya. Deru air mata mula dirembeskan. Bagai ibu tahu anakanda menginginkan berada dalam dakapan, mendengar segala bisikan kekuatan. Ah, ibu.. ikatan hati atau telepati?

Allah maha mengetahui. Di saat segala kekuatan terasa hilang, DIA hantar peringatan pelbagai cara. DIA beri manusia untuk dimotivasikan, segaligus memotivasikan diri sendiri. Allah.. Betapa hebatnya aturanMu. Tidak mampu aku pertikaikan. Maka, aku serahkan segala aturan padaMu untuk segala yang bakal terjadi di masa hadapan.

Buat yang sentiasa memjadi sumber inspirasi, kalau aku rebah, jangan kata aku lemah. Kalau aku jatuh, jangan kata aku bodoh. Kalau aku lari, jangan kata aku hilang diri. Tapi, hulurlah tanganmu, agar bisaku bangkit kembali, meneruskan perjuangan hidup sebagai hamba Sang Ilahi Rabbi.

Allah.. Aku mohon diberikan sumber kekuatan untuk terus melalui jalan kehidupan.

Terlalu banyak taklifan minggu ini aku tak mampu laksanakan. Walau aku pernah katakan, aku tidak mahu berkata, tidak mampu. Akanku cuba terlebih dahulu. Tapi minggu ini terbukti, aku benar-benar tidak mampu, melakukannya seorang diri. Oh, taklifan, maafkan aku. Maaf atas segala hak yang tidak tertunai. Minggu ini, segala perancangan bagai berderai hancur. Aku tidak mampu,melakukannya seorang diri. Benar. Aku tidak mampu. Setelah mencuba terlebih dahulu, aku katakan, aku tidak mampu, membuat semuanya seorang diri. Moga ada yang mengerti. Aku bukan meminta simpati, Cuma minta ditemani, moga kekuatanku berttambah di jalan yang dilalui kini. Allah.. Moga Kau sentiasa menemaniku.

Mohon maaf~

Dan sebelum entry ini saya mahu postkan, satu mesej saya terima, bertanya akan status taklifan yang diberikan. Makin hati ini merasa resah. Dulu, aku kata, tidak mahu mengatakan tidak mampu melakukan seorang diri, kini apa jawapan terbaek yang bolehku beri pada yang bertanya kali ni? Moga Allah redha.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

caliph said...

perfectionist..kdg2 tak selalu kita mampu nk buat semuanya sempurna dik..jangan persalahkan diri sendiri. takpe, kalau semua orang kata kau lemah,kami tetap ada di sini,mengatakan kau yang terbaik di hati kami. jangan sedih2. allah tahu adik dah usaha sebaik mungkin. sian dekna sorang2.. teruskan,jangan henti berlari. tak boleh lari, jalan. tak boleh jalan merangkak. yang petim jgn stop..

husnataqwa said...

saya bukan perfectionist la.. sy cume tak boleh buat keje maen2. kena sungguh2 klo buat keje. buat keje sampai jadi. tu je.. tadok la sapa perfectionist.. thanks.. motivasi yg baek. :((

Anonymous said...

moga thabat ya ukhti..

unknown said...

ibarat sebuah lampu, jika digunakan se"optimum"nya, pasti sinarannya bermanfaat kpd alam sarwajagat, malah jangka hayatnya lebih panjang

namun, jika digunakan se"maksimum"nya, sinarannya pasti terlebih terang, bermanfaat namun jangka hayatnya lebih pendek.lalu membawa kerugian kepada sarwajagat dgn ketiadaannya.

Dik, ibrahnya kita manusia, "berusaha bersungguh-sungguh" itulah jihad dan itqan.

namun, kita juga perlu sedar, kesungguhan itu batasannyya kemampuan.perbuatan melebihi kemampuan membawa kehancuran, itulah namanya mutasaqit dan futur.

dgn sebab itu, perlu kenal kemampuan dan batasan mampu bg diri kita.

semoga Allah mempermudah dan meringankan urusanmu. :)

Haura' Maqsurah said...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,kerana ALLAH kita bertemu,walaupun hanya dalam blog.salam ukhwah ukht.

Ukht,
kesusahan dan kepayahan dalam menjalani ujian ALLAH ini memang perit.Inilah tarbiyyah yang sangat halus ALLAH bagi untuk kita.Mungkin dengan ujian ini buat ukht,sedar bahawa,kita sangat-sangat memerlukanNYA dan ALLAH tidak memerlukkan apa-apa.

Bila kita muhasabah diri,barulah kita sedar yang kita hanyalah satu jiwa yang kosong yang tak punyai apa-apa keistimewaan pun,dan hanya berharap pada kasihnya ALLAH

Ukht,
setelah banyaknya ujian ukht tempuh,barulah ukht,sedar bagaimana hebatnya tarbiyyah yang ALLAH bagi buat kita.DAn setelah kosongnya ujian itu,barulah ukht,akan merasai rindunya dengan ujian yang dapat membuatkan ukht merasai dengan begitu tulusnya hati bila diuji.Ucaplah syukran pada ALLAH,kerana masih memandang diri yang penuh dosa ini.Kita ambil ibrah sama-sama.InsyaALLAH

Ukht,
Wanita solehah adalah wanita yang begitu tabah hadapi ujian,cekal dalam hadapi onah kehidupan kerana dengan ujian inilah memperkuatkan ikatan cinta kita kepadaNYA."jika AKU cintakan sesorang itu tidak aku temui cinta dunia dan akhirat agar dia lebih menyintaiKU dan lebih mengingatiKU.ASSAlamualaikum.

husnataqwa said...

kak hanisah dan kak fatimah - masya allah, terkesan di hati membaca komen yg indah tulisan dan bingkisan buat hati.
syukran atas peringatan dan juga kekuatan.
syukran jazilan- moga allah membalas kalian dengan yg lebih baek.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.