Ya Allah, aku mohon kekuatan untuk terus melangkah. Aku mohon hati ini tenang dengan mengingatiMu. Aku mohon hati ini tidak mahal dengan air mata. Moga-moga ia lembut setelah dilenturkan dengan mengingatiMu.
Allah. Aku ini tidak punya apa-apa melainkan apa yang Kau beri padaku. Aku ini lemah melainkan segala nikmat yang Kau pinjamkan buatku.
Jadikan hati ini hati yang kasih kepadaMu. Jadikan jiwa ini jiwa yang tenang dengan mengingatiMu.
Aku mohon dipadamkan titik noda hitam dengan alunan taubat yang berpanjangan. Kerana aku tahu Kau maha Pengampun. Moga Kau sudi mengampuni hambaMu yang berterusan melakukan dosa.
Tuhan. Jiwa ini mahu selalu dekat padaMu. Bantulah ia.
Tuhan. Aku merindui segala kebaekan. Aku merindui segala tarbiyyah. Aku merindui segala dakapan kasih mesraMu.
Sentuhlah hatiku. Moga hati ini tidak terus menerus keras dengan dosa-dosa lalu.
Aku terkadang rindu dengan kehidupanku yang dulu. Banyak bedanya.
Semakin hari sepatutnya semakin baek, itu muslim yang cemerlang.
Apabila dihisab diri, sejauh manakah aku berjuang menjadi muslim yang cemerlang?
Mohon ampun atas segala khilaf hambaMu ini.
Dan moga manusia-manusia di sekelilingku juga memaafkan segala kekhilafanku. Aku punya banyak kekurangan. Jika mencari kesempurnaan, takkan mungkin ditemukan.
Moga kalian sudi memaafkan segala hak yang tidak tertunai. Segala khilaf dan kesalahan. Mohon dimaafkan segalanya. Moga rahmat Allah berpanjangan.
Allah. Aku mohon beriku yang terbaek di dunia dan di akhirat sana.
Aku mohon dilindungi kedua ibu bapaku nun jauh di sana. Makin hari demi hari dilalui, makin hati ini memutik rindu buat mereka di sana.
Ibu… Ayah… moga kalian khair-khair saja di bawah lindungi Ilahi. Jagalah mereka Tuhan.
Hati, jangan terlalu mahal dengan air mata. Air mata itu pelembut jiwa. Penenang hati yang gundah gulana. Menangislah mata, usah pertahankan ego yang tidak akan kemana.
Mata, biarkan air itu mengalir, sesekali. Tanda taubat berpanjangan. Berterusan.
Mata, biarkan air itu mengalir, moga membasuh titik noda hitam.
Mata, biarkan air itu mengalir, moga di akhirat sana, ia dihitung Tuhan.
Mata, biarkan air itu mengalir, moga hati ini lembut dengan mendekati Tuhan.
Mata, biarkan air itu mengalir, tanda lemahnya manusia yang bernama hamba.
Mata, biar air itu mengalir, kerana aku bukan siapa-siapa tanpa DIA.
Mata, biarkan air itu mengalir, moga membasuh segala dosa dan noda.
Mata, menangislah kerana Tuhan. Menangislah kerana segala maksiat yang dilakukan berterusan.
Moga dilindungi Tuhan.
-damba cinta Tuhan-
No comments:
Post a Comment