♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, November 02, 2010

Tok Guru islamkan 3 orang asli

"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.

 Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu. Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.

Sumber : HarakahMuda

Lusa : PilihanRaya Kecil GALAS. Doakan yang terbaek buat yang bertanding. Sapa yang akan menang ye agak-agaknya?


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

kak rase sape yg menang? tadi tanya kaba, BN tengah lebat lebarkan sayap kat sana. mungkin sejarah di Pasir Mas kembali berulang? sapa tahu.. kan?

husnataqwa said...

sejarah di Pasir Mas berulang...? moga2 tidak.. sayang sungguh.. tapi klo berulang, kita serah saje pada Allah. huih, panas nih darah orang Pasir Mas..hehe
takpe la, biar saje mereka lebarkan sayap mereka selebarlebarny..

Anonymous said...

tu laa. tadi papa baru balik dari Galas. dia kata, kuat UMNO kat sana. Suasana pun kian panaaaas je rasa. berpeluhpeluh papa tadi. hehe. kat sana tak berasa aura ke? ingat nk g jugak tadi, tapi jauh sangat. papa kalau g sehari baru balik. hemmm...

husnataqwa said...

takpelah In. dok jauh kite kirim doa, yg kita mampu. hehe. moga2 allah bagi yang terbaek untuk kita kan. kem salam papa eh. sian, hari tu tak sempat makan anggur. pesan papa, keje kuat2, kesihatan jaga jugak. nati sakit susah mama.. huhu. apepun. papa terbaeek lah!

Anonymous said...

eleh, kalau sejarah di pasir mas berulang, kita kena bangun bersuara kak. tak boleh diam diri dah. huuu.
papa kata, solehah sungguh budak ni.. hehe

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.