♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, December 13, 2010

“AKAD” yang tidak menghalalkan. (PART 5)


Salam. Teruja pulak menulis tajuk ini, sehingga menjadi 5 bahagian sudah.

Kali ini, saya membawa sebuah kisah reality yang berlaku di dalam family. J

Saya teringat terimbau kenangan di majlis pertunangan kakak saya pada aidilfitri yang lalu.

pesan seorang ayah,

"Kami ni sebuah keluarga yang tidak berharta. Kami tidak punya tanah-tanah untuk diwasiatkan, kami tidak punya apa-apa harta yang boleh dibanggakan. Kami Cuma ada sebuah harta yang dipanggil 'MALU'."

Semua diam, keadaan jadi sunyi, tak faham apa maksud yang ingin disampaikan. Ada antara tetamu yang berbisik-bisik sesame mereka. Saya sendiri buntu. Saya jelling abang dan kakak ipar di sebelah. Abang saya angguk. Beliau faham ke? Saya masih bercari-cari maksud ayat tersebut.

"Malu disini membawa pelbagai aspek. Kami malu andai anak-anak kita yang bertunang hari ini tidak menjaga batas-batas yang ada. Kami malu andai anak-anak kita nanti tidak menghormati hukum Allah yang sedia ada. Maka, kami wariskan 'MALU', harta yang kami ada ini kepada anak-anak kita yang baru saja melangkah kea lam pertunangan. Moga-moga mereka malu untuk membelakangkan agama. Moga-moga mereka malu menconteng arang ke muka kita. Moga-moga mereka malu berlebih-lebihan dalam bercinta. Moga-moga anak-anak kita mewarisinya.." terang ayah.

Saya mula terkesima. Telah aku diwariskan dengan malu. Malu untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Malu dengan perkara-perkara yang mengundang murka Tuhan. Abang di sebelah mula menyampuk,

"Kerana malu itu separuh dari iman, maka kami wariskan malu itu pada kalian.. Moga kita sama-sama punya iman yang mampu menjaga diri dan keluarga dari tercampak ke lembah kehinaan."

Pesanan yang saya kira cukup terkesan. Kita perlu malu. Malu untuk membelakangkan hukum Tuhan. Kita perlu malu, pada manusia yang melihat kita melakukan dosa tanpa segan.

Andai malu itu tiada, apa lagi yang kita ada? Malu itu separuh dari keimanan, andai malu itu tiada, maka tiadalah separuh dari iman.

Maka semua berlapang dada.

Saya cuba membuat analisa sendiri dari pesan ayah. Mendalam maknanya. Saya berbincang juga dengan abang dan kakak. Ya, memang benar-benar 'ada' maksudnya.

Kalau kita buat dosa, kita tak malu pada Tuhan. Kita bercinta, sampai orang tahu, pun kita tak segan, padahal itu dosa dankesalahan. Maka, terbuktilah tiada malu dalam jiwa kita.

maka di mana keimanan?

Pesan seorang ustaz, yang masih terngiang di telinga mata dan kepala,

"awak solat,awak puasa, awak tunaikan ibadah sepanjang masa, tapi andai awak tak mampu melawan diri dari melakukan dosa, semua itu tak bermakna. Bukankah solat itu sendiri mencegah dari perbuatan mungkar? Andai itu tidak Berjaya, apa lagi yang nak awak harapkan?"

Sewaktu mendengar ayat ini, saya memberontak. Tapi lama-kelamaan saya mula sedar. Buat apa kita solat,puasa kalau kita mencuri?

Buat apa kita solat, puasa baca Quran, tapi kita melakukan dosa tanpa segan silu?

Apakah kesan solat pada kita? Kitalah yang mengetahuinya.


Kalau malu itu tiada, apa lagi yang tinggal untuk kita?


Maka, berlangsunglah pertunangan kakak di hari mulia. Alhamdulillah. Banyak pengajaran yang diambil. Kebetulan, keluarga yang bakal berbesan pun, tak kurang hebatnya. Perkataan yang keluar dari mereka penh hikmah dan bijaksana. Sewaktu di dalam majlis kakak, saya belajar banyak perkara. Pertunangan bukan lessen untuk lebih bermesra, tapi lessen untuk lebih perlu menjaga. Kerana andai tidak dijaga, dimana mahu dicari keberkatan berumahtangga?


Sewaktu kakak meminta kebenaran untuk bertunang,

Saya masih ingat pesan ibu,

"Bila bertunang, bukan nak suruh makin rancak bercinta, tapi nak suruh berpada-pada. Bila dah tunang, tak perlu risau apa-apa. Dah diikat adat dan agama."

Itu tunang, yang couple pulak bagaimana?


Andai malu itu tiada, apa lagi yang kita ada?


Andai iman didada dikaburi keindahan cinta sementara, bagaiman lagi ia mampu membezakan antara dosa dan pahala?


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

hohohoho.
hebat mmg hebat. sungguh hebat.
adakah disini bermaksud penulis tidak bersetuju dengan pertunangan? atau bagaimana??

husnataqwa said...

aish, penulis tak setuju dgn pertunangan? tu pelik tu..
pertunangan itu ada dalam agama. kenapa tak setuju? saya setuju malah suka.

tapi saya suka sebut kembali pesan ibu,
'pertunagan bukan untuk buat kita semakin rancak bercinta, tapi untuk kita berpada-pada. kita telah diikat dengan adat dan agama. risau nanti tiada keberkatan dalam berumah tangga'

mkna kata, bertunang boleh nk bertunang. tapi jagalah apa yang perlu dijaga.

+____________+

Anonymous said...

saya yakin post ini ditulis ada makna dan tujuannya. kan cik puan husna? bukan saja-saja. jadi, kepada yg rasa-rasa tu, ambillah pengajarannya.

siapa yg couple2 tu, ambillah pedomannya. saya mengenali owner blog, saya tahu beliau tidak menulis dan berkongsi saje2.

husnataqwa said...

cik lagi.. puan lagi.. mane satu kah? nasib baek tak letak datin sekali. +______+

ye, betollah tu. saya sendiri pun bukan sempurna dalam bab2 ini, tapi sedang mencari yg sebaeknya.

kalau nk kata saya sempurna mmg jauh sekali.. sekadar menyuarakan pendapat yg ada di jiwa. +________+

moga ada manfaatnya bersama.

mohon doa saya sentiasa istiqamah dgn semuanya.+_______________+

lagi satu, bukan nk jatuhkan sesiapa. tidak sama sekali tidak. sekadar nk berkongsi apa yang semua orang dah tahu, tapi mungkin buat2 tatau atau lupa. +____________+

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.